Fitnah serta tuduhan tidak berasas mereka itu terhadap Datuk Seri Mohd. Najib menjadi semakin kuat dengan munculnya beberapa keping gambar yang memperlihatkan betapa intimnya bakal Perdana Menteri ke-6 itu dengan Altantunya namun akhirnya segala fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh puak-puak Pakatan Haram terbongkar sebaik ramai pihak yang menyedari bahawa sebenarnya gambar itu telah diubahsuai, diolah serta dijana dengan kepakaran teknologi komputer yang cukup canggih (superimpose).
Masih tak berpuashati, puak-puak Pakatan Haram sekali cuba untuk melakukan fitnah namun kali ini terhadap isteri Perdana Menteri YBhg Datin Seri Rosmah Mansor apabila mereka cuba membuat fitnah kononnya Datin Seri Rosmah memiliki sebentuk cicin bernilai jutaan ringgit. Namun fitnah mengenainya gagal kerana cincin berkenaan sebenarnya digunakan oleh sebuah syarikat aksesori atau perhiasan luar negara untuk tujuan pameran kepada orang ramai di mana isteri Perdana Menteri juga pernah berkunjung ke situ.
Ketika mengiringi Datuk Seri Mohd. Najib yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel di Australia tahun lepas, sekali lagi keluarga Perdana Menteri menjadi bahan fitnah oleh puak-puak Pakatan Haram apabila menuduh anak perempuan Datuk Seri Mohd. Najib berbelanja jutaan ringgit ketika membelah di Australia iaitu kononnya sewaktu turut serta dalam rombongan Perdana Menteri itu walhal anak perempuan pasangan Najib dan Rosmah itu sebenarnya didalam negara dan tidak pernahpun mengikut keduanya ke Australia ketika itu sepertimana yang didakwa oleh puak-puak dalam Pakatan Haram pembangkang.
Isu yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu, isu rogol gadis bawah umur yang kejadiannya telah dikaitkan oleh DAP dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu. DAP sengaja mereka-rekakan cerita mengenai gadis berkenaan sehingga akhirnya memaksa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta semua jawatan lain di dalam UMNO.
Tan Sri Abdul Rahim terpaksa akur dan berundur dalam keadaan beliau yang telah diaibkan sebegitu rupa oleh DAP namun mengapa ketika itu Anwar Ibrahim saat beliau masih ada kuasa di dalam kerajaan serta UMNO tidak pernahpun mencadangkan kepada Parlimen Malaysia agar dipinda beberapa undang-undang contohnya pada Seksyen 377(B) dan juga Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan bagi memastikan agar tidak berlakunya perbuatan mengaibkan pihak lain oleh pihak-pihak tertentu.
Dan yang terbaru, isu fitnah yang disebar oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap National Feedlot Corporation yang akhirnya menyaksikan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengemukakan saman fitnah sebanyak RM100 juta kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan juga terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana sengaja menimbulkan fitnah yang mengaibkan keluarga Datuk Seri Shahrizat.
Mengapakah semua perkara yang sebegini yang dilakukan oleh ramai puak-puak dalam Pakatan Rakyat tidak dilihat oleh Anwar Ibrahim sebagai satu kerja untuk mengaibkan pihak lain tetapi kenapa hanya baru sekarang Anwar Ibrahim mahu berjuang menghapuskan undang-undang yang dikatanya sudah lapok dam tidak lagi relevan.
Anwar tetap cadang pinda undang-undang aibkan seseorang
KLANG 22 Jan - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mahu undang-undang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk peruntukan dalam Seksten 377(A) dan 377(C) Kanun Keseksaan.
Pendirian itu dinyatakan dengan alasan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak boleh dikekalkan kerana kononnya ia bersifat zalim dan terdedah kepada amalan fitnah oleh pihak-pihak tertentu.
"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377(b) dan 377(c) Kanun Keseksaaan), saya tidak pertahankan. Ia undang=undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya mask penjara," katanya ketika berucap di Taman Sri Kerayong Kapar yang dihadiri kira-kira 250 orang penyokongnya disini semalam.
Seterusnya Baca di Utusan Online