Saya melihat tindakan terdesak yang dibuat oleh DAP dan PKR yang seakan-akan belum lagi mampu untuk menerima akan kekalahan mereka dalam pilihanraya umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh Barisan Nasional dan keputusan DAP dan PKR yang tanpa segan silu sanggup untuk menubuhkan Kerajaan Bayangan di Sarawak juga seolah-olah cuba mempermainkan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat Bumi Kenyalang dalam pilihanraya berkenaan.
Seperti langsung tidak menghormati amalan demokrasi di negara ini dan juga boleh disifatkan sebagai satu usaha untuk menafikan keputusan yang telah dibuat oleh sebilangan besar rakyat Sarawak yang masih setia dengan Barisan Nasional, tindakan yang mirip kebudak-budakan oleh DAP dan PKR saya juga melihat ianya tidak lebih seperti hanya untuk menunjukkan kepada kita semua betapa mereka masih tidak berpuashati dengan kegagalan Pakatan Pembangkang yang turut disertai PAS, SNAP, PCM dan Bebas untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.
DAP seperti tidak pernah bersyukur dengan kemenangannya di 12 kerusi DUN Sarawak daripada 15 calon yang diturunkan seterusnya bersama PKR yang hanya menang 3 kerusi DUN lalu keduanya sekali lagi nekad menubuhkan kerajaan olok-olok di Sarwak kononnya bagi memantau setiap prestasi kerja semua menteri serta menteri muda Barisan Nasional. Ini betul-betul kerja gila. Kalau dah kalah mengaku sajalah, yang mahu buat kerja memantau menteri dari kerajaan yang sah di Sarawak apakah keduanya tidak sedar yang kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor penuh dengan masalah kelemahan, penipuan dan pembohongan.
Bagi kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang sah pula, apakah kerajaan ini nanti dapat memberi khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Sarawak apabila sudah tiada lagi pihak Pembangkang yang peranannya adalah untuk menegur sebarang kekurangan atau kesilapan yang dilakukan kerana sentiasa dibayangi oleh satu lagi kerajaan yang haram iaitu Kabinet Bayangan DAP dan PKR.
Saya tidak nampak yang DAP dan PKR akan mampu berperanan sebagai sebuah parti Pembangkang yang berkesan di Sarawak kerana dalam masa yang sama juga mereka turut membayangkan yang keduanya adalah sebuah kerajaan selain daripada kerajaan Barisan Nasional. Jadi siapa lagi yang patut dilihat sebagai pembangkang di dalam DUN Sarawak ini kalau dah DAP dan PKR juga mahu berlagak seperti dua parti yang turut berada didalam kerajaan bersama dengan Barisan Nasional?
Hanya satu saja yang saya rasa BN boleh lakukan setakat ini iaitu perlu membentuk satu "pasukan pembangkang olok-olok" didalam DUN Sarawak bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh DAP dan PKR. Pilih mereka dari wakil-wakil rakyat BN sendiri yang tidak tersenarai dalam kabinet sah Barisan Nasional untuk menjalankan peranan pembangkang.
Walaupun tindakan ini jelas bertentangan dengan etika parti namun saya pikir untuk memastikan yang BN sentiasa berpegang kepada apa yang disebut sebagai 'mendahului rakyat' dalam banyak perkara adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk BN berbuat demikian bergantung kepada keadaan iaitu jika perlu dibuat maka harus dibuat.
Peranan "Pasukan Pembangkang Bayangan" DUN Sarawak nanti tidak hanya menjadi kepada pembangkang kepada kerajaan BN yang sah malah akan menjadi pembangkang kepada 'kerajaan DAP dan PKR yang tidak sah' juga dan maknanya rakyat Sarawak ada pilihan iaitu tidak hanya melihat kepada sebelah pihak saja tetapi akan dapat melihat kelebihan dan kekurangan yang ada pada kedua-dua belah pihak.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Mei 04, 2011
Jam Omega sudah ditemui? ..sidang Omegadia jam 2 petang ini !
Apakah ianya berkaitan dengan penemuan jam Omega ,poligraf, DNA, botol mineral, tuala good morning, berus gigi, karipap, kata laluan mokhtar dan lain-lainnya...?
Label:
omega
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com