Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 31, 2009

Datuk Mohamad Aziz : Tak payah YB minta maaf.

Berikutan dengan gesaan oleh salah seorang Anggota Parlimen dari kalangan penyokong Barisan Nasional(BNBBC) iaitu Yang Berhormat Datuk Mohamad Aziz ahli Parlimen Sri Gading ketika berbahas dalam dewan Parlimen Khamis lalu yang meminta YB senator Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga Presiden parti Gerakan serta YB Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia agar segera meletakkan jawatan kerana menurut Datuk Mohamad Aziz mereka berdua sebagai telah gagal sebagai seorang pemimpin parti dan juga rakyat telah menimbulkan isu baru dikalangan anggota parti Gerakan yang telah mula mendakwa serta memainkan isu itu sebagai isu perkauman.

Dua cadangan telah tercetus ketika Gerakan mengadakan mesyuarat khas siang tadi gara-gara daripada gesaan oleh YB Datuk Mohamad Aziz itu. Cadangan yang memang dijangka adalah berkaitan secara langsung dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Mohamad Aziz iaitu mengenai desakan beliau supaya Koh Tsu Koon dan Ong Tee Keat meletak jawatan dan cadangan itu datangnya dari ketua pergerakan wanita Gerakan manakala cadangan paling nyanyuk adalah datangnya dari pemuda Gerakan melalui Ketuanya iaitu Lim Si Pin. Lim mencadangkan agar ditubuhkan satu lagi parti baru bagi menggantikan Barisan Nasional yang didakwa beliau sebagai tidak mercerminkan keadilan dari segi perkongsian kuasa memerintah.

Merujuk kepada cadangan yang pertama adalah paling tidak perlu bagi Yang Berhormat Datuk Mohamad Aziz untuk meminta maaf sebab pertamanya kenyataan itu telah dibuat ketika beliau berada didalam dewan Parlimen dimana semua anggota Parlimen dilindungi oleh kekebalan sebagai ahli dewan ketika berada didalam dewan melainkan jika mereka membuat kenyataan seperti itu ketika berada diluar dewan. Sebab kedua YB Datuk Mohamad tak perlu meminta maaf ialah kenyataan beliau itu tepat dan munasabah kerana berdasarkan kepada kemelut yang sedang dialami oleh Datuk Ong dalam MCA dan juga melihat kepada kelayakan Koh Tsu Koon untuk mengendalikan sesuatu tugas yang melibatkan soal KPI memandangkan kemampuan beliau yang semakin diragui. Dalam perkara ini saya melihat YB Datuk Mohamad betul dengan kenyataan beliau dan pihak Gerakan atau juga MCA harus terima kenyataan itu secara terbuka dan bukannya cuba untuk menyebelahi pemimpin mereka walaupun mereka sedar bahawa kenyataan yang telah dibuat oleh YB Datuk Mohamad itu adalah benar.

Cadangan yang kedua itu saya sebut sebagai paling nyanyuk atau gila ialah bilamana Ketua Pemuda Gerakan iaitu Lim Si Pin mahu ditubuhkan satu lagi parti baru untuk menggantikan parti BN yang beliau sifatkan mengandungi terlalu banyak parti-parti didalamnya yang lebih mementingkan soal perkauman. Apakah saudara Lim Si Pin tidak sedar apa yang beliau ungkit itu sebenarnya adalah amalan yang memang ada dalam parti Gerakan sendiri sejak dari dulu lagi. Cuba saudara Lim Si Pin fikir semula, pihak mana yang telah menentang kuat penubuhan sekolah Wawasan ketika zaman pentadbiran YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu jika bukan Gerakan, MCA serta MIC. Tujuan sekolah Wawasan yang dicadangkan itu adalah sama tujuannya dengan apa yang dimaksudkan oleh saudara Lim Si Pin itu, tetapi malangnya idea itu telah ditentang keras oleh MCA, Gerakan dan MIC yang masih lagi mahu mengagung-agungkan bahasa ibunda masing-masing walaupun ternyata tindakan mereka itulah sebenarnya yang telah menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan sebenar dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Dan sekarang pula apabila timbul satu lagi cadangan daripada Profesor Madya Dr. Khoo Kay Kim yang mahu kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran bagi mengatasi masalah sesetengah kaum sukar untuk bersatupadu apabila sudah dewasa dimana menurut Profesor itu, apabila anak-anak dididik sejak dari kecil untuk hanya belajar dalam kelompok mereka saja seperti dalam lingkaran sekolah jenis kebangsaan contohnya sekolah Tamil dan Cina maka apabila mereka telah besar adalah sangat sukar untuk mereka itu menyesuaikan diri serta bergaul dengan rakan-rakan lain dari bangsa yang berlainan seperti kaum Melayu, Iban, Kadazan, Melanau, Murut, Bidayuh, Bajau serta kaum Bumiputera yang lainnya. Pada saya pihak yang hanya tahu menyebut perkataan "perkauman" itu maka pihak itulah sebenarnya yang paling tebal sifat perkauman mereka. Mereka mudah terasa bila terdapat pemimpin tertentu itu berusaha untuk meningkat taraf hidup kaum yang kebetulan sama bangsa dengan pemimpin itu, maka berbagai dakwaan pula akan sengaja mereka buat.

Oleh itu kepada pihak Gerakan terutamanya, tidak payahlah mendesak YB Datuk Mohamad Aziz untuk memohon maaf kerana apa yang beliau nyatakan itu semuanya berlandaskan kepada kenyataan serta semua orang tahu kenapa dan apa sebabnya YAB Datuk Seri Najib terpaksa melantik bekas Pengarah Urusan MAS iaitu Datuk Seri Idris Jala untuk membantu Tan Sri Koh Tsu Koon bagi memantau keberkesanan prestasi atau KPI setiap anggota pentadbiran. Koh Tsu Koon harus terima hakikat bahawa beliau sebenarnya tidak layak sama sekali untuk menjaga prestasi pemimpin lain memandangkan beliau juga telah dilantik bukannya berdasarkan kepada prestasi beliau yang cemerlang tetapi perlantikan beliau semata-mata untuk mengambil hati ahli-ahli Gerakan yang parti mereka kalah teruk pada PRU-12 lalu. Sepatutnya PM serahkan saja terus KPI itu untuk dijaga oleh Datuk Seri Idris dan bukannya memperbodohkan Datuk Idris supaya sujud kepada Koh Tsu Koon setiap kali menyerahkan hasil pemantauan prestasi yang telah dibuat bagi dipersembahkan kepada Perdana Menteri.

Adakah Datuk Seri Ong Tee Keat, kera sumbang ?

Setelah kita melihat dan disajikan dengan apa yang telah berlaku didalam Parti MCA sejak kebelakangan ini, sudah tentu kita mahu tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dan siapa sebenarnya Presiden MCA itu.

Jika dulu dengan bekas naib Presiden MCA iaitu Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan Malaysia masa pentadbiran YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita dapati YB Datuk Seri Ong juga sentiasa ada krisis dengan Datuk Chua.

Selepas itu bertelagah pula dengan Timbalan beliau pada ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Chua Sooi Lek sehingga membawa kepada insiden pemecatan Dr. Chua dari jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden MCA.

Dan yang terbaru pula apabila Datuk Seri Ong dikatakan memulakan perang dinginnya ke atas Timbalan Presden MCA yang baru dipilih iaitu Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai sejak MCA mengadakan EGMnya baru-baru ini. Perselisihan pendapat dan juga perang media antara Datuk Seri Ong dengan timbalan beliau Datuk Seri Dr. Liow dikatakan semakin memuncak.

Jika keadaan berterusan begitu, wajarkah pada prinsipnya apabila Datuk Seri Ong untuk terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai seorang Presiden MCA apabila beliau sendiri amat sukar untuk menyesuaikan diri beliau dengan keadaan atau lebih tepatnya dengan orang lain disekelilingnya ?

Keburukkan sifat yang dapat kita lihat ada pada Datuk Seri Ong ialah apabila beliau tidak berpegang kepada apa yang pernah beliau ucapkan sebelum Mesyuarat Luar Biasa(EGM) MCA yang lalu.

Sebelum EGM diadakan Datuk Seri Ong telah menyatakan pendirian beliau untuk menerima apa saja hasil keputusan yang akan dibuat semasa EGM itu diadakan namun apa yang berlaku selepas itu ialah beliau tidak mahu menerima keputusan apabila hasilnya menolak kepimpinan kedua-dua mereka iaitu Datuk Seri Ong sebagai Presiden MCA dan juga Datuk Seri Chua sebagai Timbalan Presiden MCA.

Jika sebelum ini saya melihat tindakan Datuk Seri Ong yang berusaha untuk melucutkan Dr. Chua dari jawatan Timbalan Presiden MCA kerana ingin membersih imej parti MCA daripada masalah moral para pemimpinnya, maka saya melihat usaha beliau itu harus disokong demi menjaga maruah Barisan Nasional juga.

Tetapi apabila tindakan yang hampir sama yang dilakuka oleh Datuk Seri Ong turut melarat kepada Timbalan Presiden MCA yang baru, sudah pasti akan menimbulkan seribu satu persoalan dibenak kita berkaitan dengan tindak-tanduk terbaru Datuk Seri Ong ini.

Biar apapun, kita tunggu dan lihat saja apa perkembangan seterus yang akan berlaku dalam MCA selagi Datuk Seri Ong Tee Keat masih lagi berkuasa sebagai seorang Presiden parti...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Wakil Rakyat 2 kerusi Dewan - Apa pandangan anda ?

Tajuk artikel ini bertujuan untuk mendapat pandangan serta pendapat sesiapa saja berhubung dengan seseorang wakil rakyat yang sanggup duduk diatas dua kerusi yang diwakilinya iaitu sebagai ADUN dan disaat yang sama juga sebagai Ahli Parlimen. Bila keadaan seperti itu berlaku sudah tentu sekali akan menimbulkan persoalan tentang tahap kemampuan serta kebolehan seseorang wakil rakyat itu untuk melaksanakan tugas atau mandat yang telah mereka perolehi daripada rakyat.

Berdasarkan kepada semua itu mari kita lihat sejenak separuh daripada senarai nama-nama wakil rakyat yang terlibat didalam keadaan dimana mewakili rakyat pada peringkat negeri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan juga pada waktu yang sama mewakili rakyat pada peringkat pusat sebagai Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Rakyat.

[ 01 ] YB Datuk Ngeh Ko Ham - DAP, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sitiawan, Perak dan beliau juga adalah Anggota Parlimen Beruas di Perak.

[ 02 ] YAB Lim Guan Eng - DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, Pulau Pinang dan disamping itu juga beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan, Pulau Pinang.

[ 03 ] YB Profesor P. Ramasamy - DAP, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Perai, Pulau Pinang dan dalam pada itu juga P. Ramasamy adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Batu Kawan, Pulau Pinang.

[ 04 ] YB Nga Kor Ming - DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Perak dan pada masa yang sama beliau juga sebagai Anggota Parlimen Taiping, Perak serta jawatan beliau dalam DAP ialah sebagai Pengerusi DAP Perak.

[ 05 ] YB Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin - PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Perak dan beliau juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak dan beliau seperti yang umum memang ketahui adalah bekas Menteri Besar Perak.

[ 06 ] YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang - PAS, beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Redang, Terengganu dan Haji Hadi juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Marang, Terengganu dan sebagai YB Nizar, Abdul Hadi juga adalah bekas Menteri Besar Terengganu.

[ 07 ] YB Mohd. Azmin Ali - PKR, Azmin adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor serta beliau juga adalah Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan Azmin merupakan Naib Presiden PKR.

[ 08 ] YB Teresa Kok - DAP, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Selangor dan disamping itu juga beliau adalah Ahli Parlimen Seputeh, Selangor.

[ 09 ] YAB Tan Sri Mohd. Khalid Ibrahim - PKR, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan dan beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok serta sebagai Anggota Dewan Rakyat untuk Parlimen Bandar Tun Razak.

Apabila kita meneliti senarai nama mereka sebagaimana yang tercatat diatas ternyata kita tidak mendapati yang wakil rakyat daripada parti Barisan Nasional ada terlibat dalam keadaan seperti itu malah hampir kesemua yang memegang dua kuasa untuk tempoh yang sama adalah wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang.

Tentu ada yang akan bertanya, apakah wakil-wakil rakyat seperti itu berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang adil, saksama dan bertimbang rasa kepada rakyat sebagai mana yang pernah diucapkan oleh YB Nga Kor Ming ketika beliau membaca ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran seketika dulu.

Apa yang pernah berlaku pada hari Rabu 28 Oktober 2009 lepas membuatkan hati ini bertambah ingin untuk mengenengahkan perkara ini kepada pihak lain dimana pada tarikh itu kita tahu bahawa Dewan Undangan Negeri Perak telah bersidang dan pada masa yang sama juga Dewan Rakyat juga sedang mengadakan persidangan bagi membolehkan para anggotanya membahaskan beberapa usul yang telah dibentang.

Pada waktu itu sepatutnya YB Nizar, YB Nga dan YB Ngeh berada bersama dengan Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen bagi menyertai perbahasan yang sedang berlaku namun oleh kerana pertindihan jadual dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada masa itu maka mereka terpaksa memilih untuk mengorbankan salah satu daripada tanggungjawab mereka selaku wakil rakyat dan adalah mustahil untuk mereka dapat mengikuti kedua-dua persidangan itu dalam waktu yang sama.

Jadi adakah tindakan untuk terpaksa memilih mana satu persidangan yang harus diutamakan iaitu mesti dihadiri boleh dikatakan sebagai adil kepada rakyat ? Dalam perkara seperti itu saya melihat walau bagaimanapun pertimbangan yang akan dibuat bagi mengatasinya namun ianya tetap tidak akan memberi sebarang keadilan kepada sesetengah rakyat yang mereka wakili.

Khamis, Oktober 29, 2009

Syabas ! YB Badrul Hisham : ADUN Pelabuhan Kelang.

Syabas serta Tahniah kepada YB Badrul Hisham Abdullah, Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Kelang, Selangor Darul Ehsan kerana telah keluar daripada PKR.

Terima kasih Yang Berhormat kerana telah bertindak bijak dengan meninggalkan sebuah parti yang tidak dapat dilihat hala tujunya yang sebenar.

Yang Berhormat kini adalah ADUN Bebas dan bermakna Yang Berhormat sudah bebas untuk berkhidmat kepada rakyat di Pelabuhan Kelang tanpa tekanan daripada Pakatan Pembangkang lagi.

Selamat maju jaya untuk Yang Berhormat Saudara Badrul Hisham Abdullah.

Rabu, Oktober 28, 2009

Dr. Jeffery Kitingan telah tinggalkan PKR...

Sebagai rakyat Sarawak negeri yang berjiran dengan Sabah, saya merasa sangat gembira apabila mengetahui saja bahawa naib Presiden PKR iaitu Datuk Dr. Jeffery Kitingan telah meninggalkan Parti KeADILan Rakyat dengan meletakkan semua jawatan yang beliau sandang didalam parti berkenaan.

Jawapan yang mudah untuk kita teka kenapa dan mengapa sebabnya Dr. Jeffery mengambil keputusan yang sangat mengejut itu adalah disebabkan oleh tidak ada sebenar istilah "keADILan" yang wujud dalam PKR sebenarnya. Perkataan ADIL yang dicantum dengan kata "Ke & an'' itu hanyalah semata-semata untuk mengelirukan rakyat bukannya menggambarkan matlamat sebenarnya perjuangan parti itu.

Tindakan Dr. Jeffery ini juga telah memberi tamparan paling hebat kepada Datuk Dr. Chua Jui Meng yang belum setahun jagung menyarung jersy PKR apabila beliau menyatakan sebab utama mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya DAP.

Menurut Chua Jui Meng, hati beliau sangat tersentuh dengan pengakuan yang telah dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang telah memberi jaminan bahawa PKR menolak konsep "ketuanan Melayu" jika berjaya menubuhkan kerajaan bersama dengan DAP dan juga PAS.

Belumpun sampai dua minggu Chua Jui Meng melahirkan rasa hati beliau yang sangat teruja dan terharu dengan kenyataan Dr. Wan Azizah itu, Dr. Jeffery pula telah bertindak untuk menafikan segalanya apabila timbul banyak kenyataan dari berbagai pengikut PKR di Sabah yang mempertikaikan perlantikan Thamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan bukannya Dr. Jeffery.

Ramai pihak terutamanya pengikut PKR di Sabah yang kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR Pusat yang tidak memilih Dr. Jeffery untuk kejawatan itu dan apabila keadaan seperti telah berlaku maka para pengikut PKR Sabah mulai curiga dengan keikhlasan Dr. Wan Azizah apabila menyentuh soal konsep "ketuanan Melayu" sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Chua Jui Meng sewaktu majlis makan malam di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Mereka iaitu penyokong-penyokong PKR Sabah sudah mulai merasa ragu dengan dasar-dasar perjuangan PKR yang kononnya menolak konsep "ketuanan Melayu" sebagaimana yang telah didakwa oleh Chua Jui Meng. Mereka tidak nampak mana buktinya yang PKR ikhlas dengan kata-kata apabila telah tidak memilih Dr. Jeffery yang beragama Kristian untuk jawatan itu bagi menggantikan YB Azmin Ali tetapi telah memilih Thamrin Zaini yang berbangsa Melayu dan Islam.

Walau apapun, kini Dr. Jeffery telahpun bebas dan telah tidak bersama dengan PKR lagi. Dr. Jeffery telah bertindak bijak dan tepat apabila telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR dan telah mengikut jejak langkah Dr. Chandra Muzaffar, Ezam Mohd. Noor dan yang lain-lain lagi keluar sebelum karam bersama PKR.

Di Sarawak pula, diharap kepada mereka-mereka terutamanya penyokong tegar PKR serta para pemimpin peringkat negeri di Sarawak ini, adalah sangat diharapkan agar anda lihat dan nilai sendiri perjuangan parti yang sedang anda sokong sekarang ini dengan berpaling seketika melihat apa yang sedang berlaku dengan PKR di Sabah. Buka hati dan lapangkan fikiran pasti anda akan dapat melihat sesuatu yang memang tidak kena dalam perjuangan PKR sebenarnya.

Syabas dan Tahniah kepada Datuk Dr. Jeffery Kitingan. Mulakan episod baru Datuk dalam dunia politik Malaysia dengan azam baru yang lebih bermakna buat rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Selamat berjuang !!!

Sidang DUN Perak vs Muktamar PAS hari ini...

Hari ini akan berlangsung dua peristiwa yang tidak kurang juga pentingnya kepada perkembangan terkini dalam politik negara kita.

Yang telah agak lama kita sudah ketahui atau sedia maklum adalah mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pertama selepas kejadian kekecohan di DUN yang sama satu ketika dulu.

Jadi kepada semua ADUN negeri Perak yang akan bermesyuarat mulai pagi ini nanti terutama sekali mereka dari kalangan Pakatan Pembangkang(DAP/PKR/PAS), kita sebagai mahu melihat kesungguhan dari pihak mereka untuk membela rakyat tetapi bukannya ingin melihat kesungguhan mereka untuk mendapat kuasa.

Oleh itu kita sebagai rakyat biasa ini juga mahu melihat suasana tenang dan aman akan mewarnai sepanjang persidangan itu nanti dan kepada YB Nizar, YB Nga, YB Ngeh, YB Siva...harap YB-YB ini semua patuhilah peraturan Dewan dan undang-undang yang sememangnya tidak membebankan dan oleh kerana itu tidak salah sekiranya anda sebagai YB-YB yang telah diplih oleh sesetengah rakyat Perak untuk tahu berdisiplin ketika didalam dewan dan duduk bersopan seperti anda semua dalam gambar yang ada terdapat diatas ini.

Kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang menjerit ketika diusung keluar YB S. Sivakumar, maka berusahalah untuk melupakan kenangan terindah anda kalian ketika bersidang di bawak pokok "demokrasi' itu dulu dan YB Siva lihat sendirilah keretakan yang ada pada plak itu dan jika YB Siva boleh tafsirkan maka begitulah retaknya hati dan jiwa rakyat negeri Perak apabila melihat tingkah laku serta kelakuan YB-YB dari dari kalangan Pakatan Pembangkang ketika hadir di DUN Perak.
Ingatlah pesan orang dulu-dulu, "barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang akan merosak badan" dan lantaran itu fahamilah maksud sebenar prinsip demokrasi yang sejak sekian lama telah diamalkan dalam sistem pemerintahan di negara Malaysia ini. Jangan rosakkan prinsip demokrasi yang sudah semakin dan sentiasa subur di negara kita.
Dan satu lagi peristiwa yang akan pasti kita tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya ialah Muktamar Khas PAS yang juga akan berlangsung di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini ekoran desakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu PAS memanggil EGM bagi membersihkan PAS daripada "dua tiga kerat" pemimpin yang beliau sebagai bermasalah didalam PAS.
Kepada persidangan atau Mukatamar Khas PAS ini juga rakyat ingin melihat kesungguhan yang luarbiasa akan dilakukan oleh para pemimpin-pemimpin dalam PAS untuk membersihkan parti mereka daripada mereka yang sebenarnya bermasalah dan bukan mereka yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz itu.
Selamat bersidang kepada DUN Perak dan juga selamat berMuktamar kepada PAS !

Selasa, Oktober 27, 2009

Indonesia, Monaco & Poland - berkongsi satu bendera.

Kali ini saya hendak anda lihat sendiri tentang persamaan yang jelas ketara yang terdapat pada rupa bentuk bendera tiga negara yang punya budaya, adat resam dan kepercayaan agama berbeza tetapi menggunakannya apabila boleh dikatakan setiap pagi akan menaik dan mengibarkan bendera yang serupa bentuk dan warna walaupun diiringi dengan lagu kebangsaan masing-masing.


Atas ini adalah bendera negara Monaco. Negara dalam benua Eropah dan sudah tentu majoriti rakyatnya berpegang kepada kepercayaan agama Kristian. Dan kedudukkan negara Monaco pula adalah terletak dalam teluk melengkung antara Itali dengan Perancis tetapi bagaimana Monaco boleh memiliki bendera yang serupa dengan bendera kebangsaan negara Republik Indonesia ? Adakah negara Monaco ini serumpun dengan negara Indonesia ?

Ini pula adalah bendera kebangsaan Indonesia yang kita faham sedikit masa dulu telah disalahgunakan apabila telah diikat oleh sesetengah rakyat Indonesia pada sebatang buluh yang telah ditajamkan untuk tujuan yang tertentu yang mereka sendiri sudah sedia maklum. Lihatlah, dimana bezanya...cuma apa yang blogger Indonesia iaitu pengedali blog nkri-nkri.blogspot.com(NKRI:anti-Malaysia) jelaskan dalam chat box di blog beliau ialah bezanya cuma pada ukuran bendera itu saja...dan dia minta saya harus teliti melihat perbezaannya tetap ada disitu.

Bagi saya jika dia boleh minta orang lain untuk harus mencari perbezaan kepada sesuatu benda yang jelas sama itu tetapi kenapa dia sendiri apabila ada perkara yang membabitkan soal berbangkit yang melibatkan antara Malaysia dengan Indonesia dia seolah-olah terus menutup mata ? Apakah dia mahu orang lain saja harus memahami kehendak dia sedangkan dia sendiri langsung tidak pernah cuba untuk mengenali asal-usul orang depan-belakang-kiri-kanan-bawah dan atas beliau ?

Manakala gambar bendera yang bila dinaikan pada kedudukan terbalik ini jika dibandingkan dengan bendera Monaco dan bendera Indonesia iaitu warna merah berada disebelah bawah dan putih disebelah atas adalah bendera negara Poland iaitu satu-satunya negara yang masih mengamalkan ideologi Komunisme dalam dasar pemerintahan negara mereka.
Seperti negara Monaco, negara Poland juga adalah sebahagian dari negara yang membentuk dalam benua Eropah dan kedudukannya berada disebelah utara berbanding dengan Monaco di selatan Eropah. Negara Poland berada di sebelah timur Jerman dan dikelilingi oleh negara-negara lainnya seperti Lithuania, Belarus, Republik Czech, Slovakia dan juga Ukraine.
Dan yang sudah pastinya ialah Poland bukanlah negara jiran terdekat kepada negara-negara yang ada di sebelah Asia Tenggara jauh sekali boleh dianggap sebagai negara serumpun cuma Poland adalah negara sahabat saja tetapi walaupun begitu kenapa juga Poland boleh memiliki bendera yang warna serta bentuknya sama saja dengan bendera Indonesia ?
Yang peliknya ialah mengapa pula Poland boleh memilih untuk memasang bendera yang seratus peratus segala rupa bentuk dan warnanya sama dengan bendera negara Indonesia dan Monaco dalam keadaan yang terbalik iaitu warna merah sebelah bawah dan warna putih sebelah atas? Apakah sebabnya Poland tidak mahu memasang bendera yang serupa dengan bendera negara tersebut pada kedudukan yang sama ? Adakah mungkin rakyat Poland juga risau akan dikatakan sebagai menciplak bendera negara orang lain...

Isnin, Oktober 26, 2009

Indonesia - Dimana ada perbezaan di situ tetap ada persamaan.

Gambar diatas adalah sejenis buah hutan yang dikenali sebagai Buah Keranji. Rasanya lemak manis dan masam tapi bukan lemak berkrim. Di Pulau Borneo tumbuhan pokok hutan ini banyak sekali boleh didapati terutamanya di beberapa tempat dalam negeri Sarawak, Sabah dan juga di Kalimantan Tengah serta Kalimantan Utara Indonesia.

Jika di negeri Sarawak, pokok keranji ini mudah untuk ditemui dikawasan berbukit-bukau seperti dalam bahagian Kapit, Sibu, Bintulu dan Miri terutamanya di Hulu Baram. Semasa musim buah keranji ini bermula, kita akan mudah untuk melihat ianya banyak sekali dijual terutamanya di Central Market di Sibu dengan harga lebih kurang RM3 untuk sukatan yang dikenali sebagai "kong" dan juga boleh didapati di pasar tamu di Bintulu dan sekitar Kuching namun agak jarang untuk ditemui dalam jumlah yang banyak dijual dibahagian Miri, Limbang ataupun di daerah Lawas.

Oleh itu saya harap jangan ada sesetengah rakyat dari negara tertentu yang akan menuduh pula Malaysia mencuri pokok Keranji dari negara mereka dan mereka harus faham bahawa sesuatu tumbuhan itu akan tumbuh tanpa mengira dia suka kepada negara tertentu atau tidak tetapi tetapi ianya akan tumbuh mengikut kesuaian tanah yang diperlukan oleh pokok keranji ini untuk tumbuh.

Gambar yang kedua ini pula sudah pasti semua orang tahu apa bendanya. Rama-rama dan ada juga orang menyebutnya sebagai kupu-kupu. Rama-rama terdapat dimana-mana saja dan unggas ini juga akan hinggap dimana saja tak kira bunga ataupun najis. Di Malaysia hidupan ini banyak sekali kita dapat lihat terutamanya ditaman-taman dan dimana-mana sajalah.

Ini juga saya harap tidak akan ada timbul lagi tuduhan Malaysia mencuri rama-rama sebab rama-rama atau kupu-kupu ini akan terbang kemana saja dia suka tanpa sesiapa yang akan mengawal pergerakannya. Jadi khasnya kepada sesetengah rakyat dari negara yang sangat suka untuk bertelagah pendapat tentang perkara yang remeh-temeh seperti ini, bukalah sedikit fikiran yang terlalu tertutup itu untuk melihat kepada perkara-perkara yang lebih daripada apa yang sedang mereka fikirkan.

Ini pula adalah gambar bunga reflesia. Bunga ini juga boleh ditemui dalam kawasan-kawasan hutan yang berbukit di negeri Sarawak dan juga di Sabah serta di pendalaman Kalimantan Utara Indonesia. Bunga ini juga sama seperti tumbuhan yang lain dimana ia akan tumbuh dikawasan yang cuaca serta tanahnya sesuai untuk bunga seperti Reflesia ini menghasilkan baka.
Malang sekali apabila bunga ini pula telah dijadikan sebagai modal atau bahan baru oleh sesetengah rakyat di Indonesia untuk terus menuduh Malaysia mengambil hak milik mereka. Mereka telah menuduh Malaysia mencuri bunga Reflesia ini yang dikatakan hanya ada di Indonesia.
Saya juga berharap agar mereka-mereka terutamanya segelintir rakyat di Indonesia yang masih lagi mahu memainkan bermacam-macam isu yang kadangkala jika kita fikirkan semula adalah paling bodoh untuk melayan karenah-karenah seperti itu maka adalah lebih baik sekiranya mereka itu dapat memahami bahawa didunia ini tiada yang berbeza itu tanpa persamaan. Sudah tentu kita kerap menemui persamaan akan ada dimana-mana, jadi wajarkah untuk kita bersengketa sesama kita hanya disebabkan terdapatnya persamaan didalam lingkungan kita.
Bendera parti UMNO juga tidak terlepas dari dijadikan sebagai isu oleh pihak-pihak yang sama di Indonesia. Bendera UMNO dikatakan sebagai telah ditiru daripada bendera kebangsaan Indonesia hanya disebabkan ada sedikit persamaan walaupun pada bendera UMNO ada simbol bulan penuh beserta dengan simbol kris tetapi kedua-dua objek itu tiada pada bendera Indonesia. Apalah.... benda-benda macam ini juga turut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka... hmmmmmm

Bagaimana pula dengan bendera Kerajaan Republik Rakyat Singapura diatas ? Apa reaksi daripada sesetengah rakyat Indonesia dengan perkara ini ? Bendera Singapura hanya dibezakan dengan logo anak bulan dengan logo lima butir bintang, tetapi jika kedua-objek itu ditiadakan bolehlah kita bayangkan bendera itu akan berubah seperti bendera negara mana... hmmmm

Gambar diatas ini adalah gambar bendera negara Monaco. Adakah ini bendera berkembar ? Kenapa ianya sama dan tidak ubah sama sahaja seperti bendera Republik Indonesia ? Jadi, siapa yang tiru siapa ? Apa pandangan sesetengah rakyat Indonesia mengenai bendera negara Monaco ini ? ...hmmmmmmmmm


Nah ! ...cuba kita lihat, kan sama saja bendera Indonesia dengan bendera negara Monaco... mengapa harus terjadi sedemikian... ? Protestlah !


Yang ini pula adalah gambar bendera negara Poland. Ini lagi teruk, merah disebelah bawah dan warna putih disebelah atas. Jika diterbalikkan bendera Poland ini sudah tentu sekali ianya 100% tak ubah seperti bentuk rupa bendera kebangsaan Indonesia... hmmmmmm
Jadi, apa lagi...bagilah jawapan kepada semua persoalan ini... mengapa sentiasa ada persamaan walaupun anda benci pada perbezaan ?

Ahad, Oktober 25, 2009

Bajet 2010: Kenapa Anwar boleh terlepas dengar satu perkara ?

Apabila Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Penasihat Umum kepada Parti KeADILan Rakyat(PKR) YB Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melahirkan perasaan kecewanya terhadap pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib pada petang Jumaat 23 Oktober lalu yang didakwa oleh Anwar sebagai langsung tiada menyebut peruntukan khas untuk pasukan pertahanan maka kita sebagai rakyat lagi berhak untuk merasa kecewa dengan dakwaan Anwar itu.

Sebagai Ketua Pembangkang yang duduk bertentangan dengan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan sedang berlangsung didalam Dewan Rakyat adalah sangat mustahil bagi Anwar untuk tidak perasan atau mendengar tentang perkara yang beliau bangkit itu sebenarnya telahpun Datuk Seri Najib sebut semasa pembentangan itu.

Mungkin ada sesetengah daripada rakyat biasa ketika siaran langsung bajet 2010 itu disiarkan di kaca TV terdapat ada yang mengikutinya sehingga siaran tamat dan pasti ada yang sekejap mengikuti dan kemudian keluar semula kerana tuntutan masa kerja yang tidak mengizinkan dan sudah tentulah ada yang terlepas dengar atau tertinggal mengenai peruntukan-peruntukan tertentu yang diumumkan oleh PM itu tetapi perkara seperti itu tidak sepatutnya boleh berlaku terhadap Ahli-ahli Parlimen yang ada didalam Dewan sepanjang waktu pembentangan itu berlaku.

Bagaimana Anwar boleh tidak mendengar PM mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion khas untuk pengurusan pertahanan negara seperti RM1 bilion diperuntukan khas untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), RM1.9 bilion dikhaskan untuk Tentera bagi meningkatkan berbagai-bagai perkara dan lebih RM622 juta disediakan untuk Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia.

Jika betul Anwar tidak terdengar yang PM ada menyebut sejumlah peruntukan sebanyak RM3.7 bilion itu untuk pasukan pertahanan serta pasukan keselamatan negara maka saya percaya mungkin fikiran Anwar ketika sedang melayang memikirkan tarikh 03 November yang hampir mendekati beliau untuk menunjukkan jalan bagi membawa beliau ke bangunan Mahkamah.

Tetapi jika Anwar sengaja mengatakan yang beliau tidak pernah mendengar yang PM ada menyebut peruntukan yang berjumlah RM3.7 untuk polis dan tentera maka bermakna bahawa ianya menunjukan bahawa Anwar memang mempunyai motif atau muslihat yang tertentu seperti ingin mengelirukan fikiran kalangan anggota tentera dan juga anggota polis mengenai bajet 2010 itu.

Dan pada pandangan saya seandainya ada diantara segelintir anggota tentera dan polis berjaya dikelirukan oleh Anwar berkenaan dengan Bajet 2010 itu maka sudah tentu sekali hasrat beliau untuk mendapat kuasa untuk menjadi sebagai seorang Perdana Menteri adalah semakin cerah. Kelazimannya ialah golongan yang telah berjaya dikelirukan akan lebih mudah untuk diperdayakan agar terus menyokong apa saja usaha itu tanpa mereka sedari samada mereka sedang diperalatkan atau nasib mereka diperjuangkan.

Jika suatu ketika dulu Anwar telah diketahui umum dengan hasrat beliau yang berminat untuk memancing sejumlah besar kalangan Anggota Parlimen dari Barisan Nasional lebih kurang 30 orang agar melompat parti dan masuk kedalam Pakatan Haram samada dalam PKR, DAP mahupun PAS walaupun Anwar sendiri tahu bahawa tindakan atau cara itu adalah sangat bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Sasaran Anwar pada tarikh 16 September sebagaimana yang telah beliau tetapkan iaitu lebih setahun sudah berlalu dan jelas telah gagal namun berkemungkinan besar beliau masih berusaha dan sentiasa menyimpan hasrat untuk mencapaikan matlamat itu walaupun terpaksa menghalal sesuatu cara yang sebenarnya memang jelas salah dari segi prinsip demokrasi.

Mungkin Anwar melihat kepada peristiwa yang telah berlaku di negara Honduras baik untuk dipraktikkan dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri iaitu dimana Presiden Manuel Zelaya telah berjaya digulingkan dengan bantuan pihak tentera, pihak berkuasa serta mendapat sokongan padu daripada pengamal undang-undang di Honduras seperti para Hakim dan juga para peguam.

Gempa: Hari ini saja Indonesia telah 5 kali digegar...

Belum lagi hilang perasaan sedih dan sayu rakyat Indonesia terutamanya mereka yang telah menjadi mangsa gempa bumi di Tasik Malaya dan juga di Padang Sumatera Barat baru-baru ini, gempa seakan-akan tidak pernah puas untuk menyerang wilayah-wilayah terdapat di Indonesia.

Hari ini saja sejak dari subuh sehingga jam 9.30 pagi tadi beberapa wilayah di Indonesia telah digegarkan dengan gempa bumi sebanyak 5 kali. Kejadian pertama berlaku waktu subuh di wilayah Waingapu, Nusa Tenggara Timur dengan catatan sekuat 6.1 pada scala richter manakala gegaran kedua berlaku sejurus kemudian dengan kekuatan 5.3 scala richter.

Ketika pagi telah menjelang kira-kira jam 7.35 waktu Indonesia Barat satu lagi gempa berlaku di Kabupaten Tual, Maluku dengan 5.3 pada scala richter catatan magnatiud. Tidak lama selepas itu lebih kurang 1 jam lebih sekali lagi gempa menyusul iaitu berlaku di Mentawai, Sumatera Barat dengan 5.0 scala richter yang berlaku pada jam 8.50 WIB.

Manakala disebelah utara Indonesia iaitu di Bitung, Sulawesi Utara(Sulut) satu lagi gempa dikesan dengan kekuatan 5.2 pada scala richter dan telah berlaku tepat pada pukul 9.25 pagi tadi waktu Indonesia Barat.

Apabila melihat kepada peristiwa yang sedang berlaku di Indonesia dan boleh dikatakan hampir kesemua wilayah di Indonesia kecuali wilayah Kalimantan di Pulau Borneo mempunyai risiko paling tinggi untuk dilanda gempa bumi dan semua ini kita boleh buat pernilaian dengan setiap kejadian-kejadian gempa yang pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.

Melihat kepada segala kejadian yang telah berlaku seperti ini, persoalan yang pasti menanti suatu jawapan ialah apakah pengajaran yang terbaik dan yang harus harus dipelajari oleh sesetengah masyarakat yang terlibat secara langsung ataupun tidak daripadanya disaat adanya pihak-pihak tertentu disana yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan beberapa masalah dengan negara lain terutamanya Malaysia.

Kita di Malaysia juga turut sama berduka dengan apa yang telah berlaku di Indonesia dan dalam pada itu juga kita sangat mengharapkan supaya pihak-pihak yang pernah bertindak ataupun sekarang masih berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan konflik antara Indonesia dengan Malaysia agar segera menghentikan perbuatan yang akan merugikan masa depan kedua-dua negara berjiran ini terutamanya Indonesia sendiri.

Nik Aziz gagal sebagai seorang Ulama...

Ternyata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah gagal menjalankan kewajipan beliau selaku orang yang bergelar sebagai pemimpin agama atau lebih tepat lagi sebagai seorang Ulama.

Seperti apa yang cuba diterjemahkan melalui gambar yang terpamer diatas, maka sudah tentu sekali kelakuan sedemikian rupa memang dilarang sama sekali dalam agama mana sekalipun apatah lagi didalam agama Islam itu sendiri yang sangat menitik beratkan soal perpaduan dikalangan sesama umatnya serta dengan penganut agama lain dimuka bumi ini.

Tetapi apa yang kita dapat lihat sejak kebelakangan ini ialah, sifat serta tindakan Nik Aziz yang telah jauh tersasar dari sikap yang harus ada pada seseorang Ulama apatah lagi beliau sebagai seorang Menteri Besar yang sememangnya menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat di negeri Kelantan Darul Naim tanpa mengira latar belakang politik yang dibawa oleh rakyatnya.

Nik Aziz kekadang sering terlepas cakap perkara-perkara yang tak elok didengar dan yang tidak sesuai sama sekali dengan kedudukan beliau sebagai seorang Ulama atau yang selalu disebut sebagai seorang Tok Guru.

Sebagai seorang yang bergelar Ulama dan Tok Guru Nik Aziz haruslah memiliki serta mempunyai sifat-sifat yang penyabar, penyayang, pemaaf, pendamai dan sebagainya dan bukannya mempertahankan sifat sukakan kepada perpecahan seperti menentang hasrat rakan-rakan beliau dalam PAS untuk mewujudkan perpaduan demi agama Islam dan bangsa Melayu dengan pihak UMNO.

Alangkah eloknya jika Nik Aziz dapat mengikis sifat cepat terasa, melatah atau sensitif beliau terhadap sesuatu perkara yang belum lagi diselidiki sedalam-dalamnya dan seharusnya Nik Aziz hendaklah sudi dan bersedia untuk berbincang secara Islam atau cara orang Melayu apabila ada timbul sesuatu cadangan yang dilihat boleh membawa kebaikan kepada bangsa, agama dan negara yang dibuat oleh pihak PAS sendiri. Dan tidak sepatutnya Nik Aziz menolak bulat-bulat perkara yang telah diterima baik oleh orang lain.

Dan juga, alangkah bertuahnya jika Nik Aziz mampu untuk berubah menjadi seperti dia dalam gambar yang ada diatas ini, duduk tenang saja semasa mendengar sebarang keluhan dan rintihan rakyat dan juga orang lain sebelum mengeluarkan sebarang pendapat-pendapat beliau.

Dan jika Nik Aziz boleh buang jauh-jauh sifat panas baran yang ada pada diri beliau itu, saya percaya adalah tidak mustahil untuk beliau meraih semula kepercayaan yang telah hilang para pengikut PAS terhadap beliau.

Tetapi sayang sekali, segalanya telah terlambat buat Nik Aziz. Bak kata orang dulu-dulu "luka ditangan nampak darahnya, tapi luka dihati siapa yang tahu" dan oleh itu saya merasakan bahawa betapa lukanya hati Presiden PAS iaitu YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS YB Tuan Ustaz Nasharudin Mat Isa setelah diperlakukan sedemikian oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Adakah Abdul Hadi dan Ustaz Nasha akan terus membiarkan diri mereka menjadi sasaran kemarahan seorang Ulama dari dalam parti mereka sendiri ?

Sabtu, Oktober 24, 2009

Bagaimana, masih ada harapan untuk masuk Syurga ?

Dulu semasa Pilihanraya Kecil di kawasan Manek Urai Kelantan ada satu slogan yang dicipta khas PAS untuk digunakan sewaktu kempen berjalan disitu iaitu "tengok gambar Nik Aziz masuk Syurga."

Sejak dari dulu lagi memang pemimpin PAS terutamanya Nik Aziz Nik Mat sering menghebohkan kepada seluruh rakyat terutamanya pengikut taksub PAS sekiranya memangkah PAS semasa dalam Pilihanraya nescaya Syurga lah Nik Aziz janjikan.

Hebat betul slogan itu, mengalahkan suruhan Tuhan. Kepada mereka yang memang sudah taksub dengan PAS mungkin ada diantara atau semua daripada mereka akan terima slogan itu sebagai yang harus diakui.

Mudah sajakan, bila saja melanggar larangan agama tak payah sembahyang atau memohon ampun dari Yang Maha Esa tetapi cukup sekadar melihat gambar Nik Aziz maka secara serta-merta dosa anda akan lenyap dan yang lebih melucukan lagi ialah bila kita tiba masanya seseorang itu meninggal dunia tempatnya telah dijamin masuk terus ke dalam Syurga.

Itu dulu. Semuanya akan menjadi tandatanya selepas ini iaitu selepas kita tahu apa perkembangan yang akan berlaku dan terjadi dalam kepimpinan PAS nanti. Jika sesuatu akan berlaku kepada mana-mana pemimpin tertinggi PAS sekiranya EGM terpaksa diadakan seperti akan dipecat, dilucut, direform, direbah dan sebagainya siapa pula yang akan menentukan tempat roh orang yang sudah meninggal dunia samada di Syurga ataupun di Neraka ?

Walau apa-apapun kita kena tunggu apa saja perkembangan seterusnya...adakah ada diantara penyokong-penyokong tegar PAS akan berubah sedikit demi sedikit dari terlalu taksub berubah kepada sikap tunggu, lihat dan bertindak. Mungkin juga mustahil bagi semua ahli-ahli PAS untuk tidak berubah fikiran apabila melihat perkara yang sedang berlaku didepan mata mereka sendiri adalah bertentangan sama sekali dengan perjuangan asal PAS.

Mengapa ada Ulama menentang perpaduan sesama Islam ?

Hairan saya ! Kenapakah Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim begitu marah sekali kepada rakan-rakan dia didalam parti PAS yang ingin memulakan usaha perpaduan dengan rakan sebangsa dan seagama dari parti UMNO.

Sebagai orang yang telah mengiktirafkan diri sendiri sebagai Tok Guru maknanya beliau harus menunjukkan teladan yang baik kepada semua para pengikutnya bukan jadi terbalik apabila para pengikutnya pula yang beriya-iya ingin membawa Nik Aziz ke arah perdamaian dan perpaduan namun telah ditolak oleh Mursyidul Am PAS itu mentah-mentah.

Sepatutnya Nik Aziz sentiasa menyeru kepada semua penyokong-penyokong serta para pemimpin PAS agar selalu meletakkan kepentingan bersama sebagai landasan untuk menguatkan perjuangan seperti memelihara perpaduan bukan saja setakat dengan orang-orang PAS semata tetapi juga dengan seluruh umat Islam di Malaysia tanpa mengira ideologi politik yang mereka ikuti.

Kita lihat bagaimana Nik Aziz telah gagal menjalankan semua tugas beliau sebagaimana yang diharapkan. Saya berpendapat bukan saja setakat rakyat Kelantan atau segelintir orang-orang PAS saja yang kecewa dengan keadaan seperti itu malahan kemungkinan ramai dikalangan pemimpin utama dalam PAS itu sendiri juga sedih dengan tindak-tanduk Nik Aziz selama ini.

Hanya disebabkan oleh dendam lamanya terhadap UMNO seketika dulu sehingga memaksakan Nik Aziz terus mengikat diri beliau supaya terus untuk menutup pintu kepada segala rundingan demi perdamaian dengan para pemimpin UMNO dan disebabkan oleh tindakan kurang bijak Nik Aziz inilah maka menyebabkan beliau sentiasa berperang dengan perasaan diri beliau sendiri.

Pada hal apabila kita sering mengikuti perkembangan atau apa yang telah, sedang dan akan berlaku didalam parti PAS sudah pasti kita dapati kebanyakkan perkara yang menjadi perbalahan kadangkala memakan masa yang agak panjang adalah berpunca daripada kenyataan atau tindakan Nik Aziz sendiri. Banyak isu yang selalu timbul sekiranya adalah melibatkan PAS dan UMNO sudah tentu nama Nik Aziz akan terbabit sama.

Kita semua tentu masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu "kerajaan perpaduan" antara PAS dengan UMNO yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sehingga menyebabkan kemarahan Nik Aziz memuncak kepada tahap yang begitu menakutkan sekali iaitu jika dibanding dengan ukuran pada scala richter lebih kurang 8.8 SR.

Begitu marah sekali Nik Aziz apabila terdengar saja ada orang-orang dari dalam PAS hendak berbaik-baik dengan UMNO. Oleh itu, dimanakah letaknya keburukan yang ada pada UMNO telah dilihat oleh Nik Aziz sebagai menjijikkan sehingga beliau begitu berang sekali kepada sesiapa saja yang ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO ?

Dan juga dimanakah letaknya kemuliaan yang ada pada parti PAS pada pandangan Nik Aziz sehinggakan beliau begitu bertegas untuk langsung tidak mahu ada sebarang usaha bagi tujuan menggandingkan UMNO bersama dengan PAS demi perpaduan orang-orang Melayu dan juga demi Islam ?

Apakah hanya kerana UMNO menolak hukum Hudud yang telah diperjuangkan oleh PAS menyebabkan Nik Aziz begitu membenci seluruh orang-orang UMNO ? Jika itu adalah antara puncanya yang Nik Aziz bertindak sedemikian, jadi bagaimana pula dengan DAP yang terang-terang dari awal mula menentang cadangan PAS itu yang mahu melaksanakan hukum Hudud jika menjadi pemerintah ?

DAP lagi teruk apabila Pengerusinya YB Karpal Singh telah meminta supaya Nik Aziz melangkah mayat beliau terlebih dahulu sekiranya Nik Aziz ingin juga meneruskan niatnya untuk mengistyiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Malaysia berjaya Pembangkang ambil-alih pentadbirannya

Walaupun telah diperbodohkan oleh puak-puak DAP sebegitu rupa namun sangat pelik apabila melihat Nik Aziz tidak terasa sedikitpun dengan semua maklumbalas daripada DAP itu. Malah sebaliknya Nik Aziz dilihat semakin selesa berpeleseran dengan orang-orang DAP sehingga membenarkan orang DAP yang bukan dari kalangan beragama Islam mempersendakan ayat-ayat suci yang terkandung didalam Al Quran.

Walau seteruk mana sekalipun UMNO pada pandangan mata kasar dan rabun Nik Aziz itu, namun belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO membenarkan orang yang bukan beragama Islam untuk menyelongkar segala isi kandungan ayat-ayat suci yang terdapat didalam Al Quran untuk tujuan politik tetapi hanya Parti Islam SeMalaysia(PAS) saja yang sanggup berbuat demikian.

UMNO yang paling lama menjalinkan kerjasama dengan parti-parti lain yang bukan berteraskan Islam dan bangsa dalam perjuangan mereka seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, PBRS, SUPP, PRS, SPDP, AKAR dan lain-lain lagi tidak pernah sekalipun kita lihat meretui mana-mana ahli dalam gabungan BN itu untuk sesuka hati menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan agama Islam.

Ini berbeza sekali dengan PAS yang seolah-olah turut memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada orang yang bukan beragama Islam dalam DAP dan PKR untuk memperlekeh serta mempersendakan agama Islam.

Oleh itu saya berpendapat sekiranya tujuan Nik Aziz untuk memanggil EGM atau Mesyuarat Agung Khas semata-mata untuk menyelesaikan isu yang dikatakan beliau sebagai "pemimpin bermasalah" lebih baik tak payah saja. Apa yang perlu Nik Aziz lakukan mulai sekarang ialah fikirkan segera waktu yang terdekat dan yang sesuai untuk dia meletak jawatan.

Jadi tak payahlah bersusah payah untuk membuang masa bagi mengadakan mesyuarat luar biasa seperti itu, hanya membuang masa saja. Kita tahu, tiada ada satupun keputusan yang luarbiasa terhasil daripada mesyuarat seperti itu, hanya gempak saja. Contoh yang boleh kita lihat ialah tentang EGM yang telah diadakan oleh MCA. Apapun hasil keputusan dari EGM itu sudah tidak penting lagi...betul-betul membuang masa dan tenaga.

Jumaat, Oktober 23, 2009

2009 Tahun malang buat Pakatan Pembangkang.

Jika pada suku pertama tahun 2008 boleh dianggap oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang sebagai tahun amat bertuah sekali bagi mereka kerana telah berjaya menafikan majoriti 2/3 dari penguasaan BN di Parlimen dan hampir memungkinkan mereka menjadi sebuah kerajaan, namun suasana itu seakan berubah kepada keadaan yang tidak menentu apabila satu persatu peristiwa yang tak terduga telah mulai berlaku didalam gabungan Pakatan Pembangkang itu.

Kegagalan projek 16 September yang kerap didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh untuk Pakatan Pembangkang menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional dengan menarik seramai mungkin Ahli Parlimen dari BN agar melompat masuk kedalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai perintis kepada timbulnya semua masalah yang sedang mencengkam mereka saat ini.

Selepas gagal dengan igauan 16 September, pada 25 January 2009 Pakatan Pembangkang bolehlah menarik sedikit nafas lega apabila ADUN Bota di Perak YB Datuk Nasarudin Hashim telah mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyertai PKR pada majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Anwar. Ini juga kes lompat parti, Anwar serta semua pemimpin Pakatan Pembangkang memang suka dan setuju 100% dengan tindakan YB Datuk Nasarudin itu, malah mereka menyatakan demokrasi mulai hidup di Malaysia hanya kerana YB Nasarudin lompat parti.

Tapi malang sekali, rupanya "langit tidak selalunya cerah" benar juga kata-kata kiasan seumpama itu apabila pada 5 February terjadi peristiwa tiga ADUN iaitu YB Hee Yit Foong(DAP-Jelapang), YB Mohd. Osman Jailu(PKR-Changkat Jering) dan YB Jamaludin Mohd. Radzi(PKR-Behrang) telah mengistyiharkan bahawa ketiga-tiga mereka telah keluar daripada parti yang mereka anggotai itu dan mereka telah mengumumkan akan kekal sebagai ADUN namun hanya sebagai wakil rakyat Bebas tetapi menyokong penuh kepimpinan Kerajaan BN.

Yang membuat Pakatan Pembangkang semuanya hampir pitam ialah dengan tindakan yang tak disangka-sangka daripada YB Datuk Nasarudin Hashim yang turut mengikut jejak langkah tiga ADUN Pakatan Pembangkang yang terdahulu yang telah keluar semula dari Pakatan Pembangkang dan bagi YB Datuk Nasarudin sendiri beliau sebenarnya balik semula kepangkuan UMNO/BN setelah berada dengan Pakatan pembangkang cuma lebih kurang sepuluh hari saja.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Apabila keadaan seperti itu telah berlaku, bermakna Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak telah tumbang serta-merta kerana mereka sudah kekurangan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri dan sudah kita sudah ketahui segalanya apabila Barisan Nasional telah mengambil-alih pentadbiran kerajaan Negeri Perak daripada tangan Pakatan Pembangkang.

Walaupun keputusan pada beberapa Pilihanraya Kecil yang diadakan selepas PRU-12 atas beberapa sebab dilihat keputusannya seringkali memihak kepada pihak Pakatan Pembangkang tetapi semua perkembangan seperti juga tidak boleh digunakan sebagai bahan pengukur bahawa rakyat semakin menerima mereka dan bukti yang menafikan perkara itu adalah keputusan yang telah Barisan Nasional perolehi di DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang N. Sembilan dimana kita melihat majoriti undi yang BN dapat meningkat lima kali ganda berbanding pada PRU-12 yang lalu.

Antara perkara malang yang terus menimpa para pemimpin dalam Pakatan Pembangkang sejak beberapa minggu yang lalu antaranya ialah Anwar Ibrahim telah gagal dalam samannya yang berjumlah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir kerana mendakwa beliau sebagai seorang pengamal homoseksual setelah Mahkamah sebulat suara menolak saman yang telah dikemukakan oleh beliau Tun Dr. Mahathir.

Manakala Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo telah gagal dalam usahanya untuk mencabar keputusan Dewan Rakyat yang telah mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau apabila telah dilarang hadir pada sessi di Dewan Parlimen untuk tempoh selama 12 bulan atas sebab-sebab yang berkaitan melanggar larangan serta peraturan Dewan setelah Mahkamah juga menyatakan bahawa Mahkamah tidak boleh mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat [perkara inipun Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tidak faham].

Sementara itu, Ahli Parlimen bagi kawasan Batu YB Chua Tian Chang pula telah didapati bersalah dan telah dijatuhkan dengan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3000 atas kesalahan beliau menggigit tangan seorang anggota polis yang bertugas pada satu perhimpunan haram anjuran kumpulan "Bersih" 11 Disember 2007 yang mereka adakan di hadapan bangunan Parlimen.

Bagi Ahli Parlimen Bagan Serai YB N. Gobalakhrisnan pula, beliau juga merupakan wakil rakyat yang mempunyai kes yang bertimbun-timbun didalam file polis atas beberapa sebab seperti menghasut, menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan berbagai-bagai lagi. Beliau dijangka akan kerap keluar masuk mahkamah bagi menghadapi segala pertuduhan disamping juga perbicaraan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor pula iaitu YB Karpal Singh yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang kerana telah menderhaka terhadap KBDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah setelah beliau dengan jelas dan terang mempertikaikan keputusan yang telah Baginda buat berhubung dengan kemelut pentadbiran kerajaan Perak sehinggakan sampai ketahap dimana YB Karpal tergamak berkata untuk menyaman Sultan Azlan Shah.

Masih banyak lagi YB-YB dari kalangan Pakatan Pembangkang yang mempunyai kes-kes tertunggak dalam Mahkamah dan ada juga diantaranya masih dalam siasatan polis seperti YB Salehudin Ayub(PAS-Kubang Krian), YB R. Sivarasa(PKR-Subang) dan beberapa nama lain lagi kerana berbagai kesalahan ketika melanggar undang-undang negara.

Ketika berbahas didalam Dewan Rakyat sejak beberapa hari yang lalu iaitu yang bermula pada hari Isnin lepas, kebanyakkan wakil rakyat dari barisan Pembangkang semakin hilang punca. Buktinya apabila Ketua Pembangkang sendiri YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering bertindak mencelah ketika YB Mohd. Nor Othman(BN-Hulu Terengganu) terkedu dan terus diam membisu tatkala celahan beliau telah "mematikan" hujah beliau sendiri.

Ketika giliran YB Mohd. Nor Othman berbahas mengenai Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani bagi menaikkan elaun penerimanya daripada RM300 kepada RM500, Anwar telah berjaya mencelah seolah-olah mendabik dada dengan seraya berkata "Sama ada YB Hulu Terengganu sedar atau tidak, dalam seluruh sejarah, peruntukkan terbesar kepada pegawai dan anggota tentera terutama sudut perumahan adalah diluluskan semasa saya memegang jawatan Menteri Kewangan," kata Anwar.

Dakwaan Anwar itu dengan mudah berjaya ditepis oleh YB Mohd. Nor Othman dengan hanya berkata "Ya kita berterima kasih kerana Ketua Pembangkang telah sediakan jumlah banyak untuk perumahan anggota tentera dan polis ketika menjadi Menteri Kewangan dulu." Tambah YB Mohd. Nor lagi "Tetapi ingatlah, pada masa itu Ketua Pembangkang boleh melaksanakannya kerana Ketua Pembangkang berada dalam kerajaan Barisan Nasional. Kalau diluar kerajaan BN, belum tentu Ketua Pembangkang boleh berbuat seperti itu."

Kata-kata oleh YB Mohd. Nor Othman itulah yang gagal untuk dijawab oleh Anwar sehingga YB Mohd. Nor berjaya menyelesaikan perbahasan beliau tanpa adanya gangguan daripada Anwar mahupun daripada rakan-rakan Anwar dalam Pakatan Pembangkang. Dan begitu juga nasib yang telah menimpa YB Tian Chua(PKR-BATU) dan YB M. Kulasegaran(DAP-Ipoh Timur) apabila berjaya dimalukan oleh YB-YB Barisan Nasional ketika berada di dalam Dewan Rakyat.

Dan berkemungkinan sehingga pada penghujung tahun 2009 ini, sentiasa akan terjadi lagi sesuatu perkara yang akan melemahkan Pakatan Pembangkang secara perlahan-lahan ataupun secara cepat-sederhana. Sama-sama kita ikuti !

Khamis, Oktober 22, 2009

TBH : Dr Pornthip Rojanasunan - 20% menerima upah, 80% diupah.

Pakar Patologi yang di import dari negara gajah putih Thailand oleh Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim dan dibawah telunjuk YB Ronnie Liu iaitu Dr. Pornthip Rojanasunan ternyata bukanlah seorang yang pakar dan tidak boleh dianggap sebagai pakar apabila telah mengumumkan hasil siasatan serta kajian beliau berhubung dengan kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock dalam bentuk angka-angka peratusan yang sangat tidak logik.

Apabila seseorang yang telah diakui sebagai memang pakar didalam sesuatu bidang yang tertentu dan tambahan pula telah di import dari negara lain bagi digunakan khidmat pakar mereka dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mendapat jawapan jelas punca dan sebab seseuatu perkara itu berlaku, maka sewajarnyalah seseorang yang dianggap sebagai pakar itu mampu membuktikan hasil kaji-selidik dan siasatan beliau adalah tepat dan jawapan kepada sesuatu persoalan itu hendaklah pasti 100% dan bukannya yang 100% itu dipecahkan kepada beberapa peratusan.

Berdasarkan apa yang telah saya baca di blog-blog sahabat seperti Kumbang di analisisringan.blogspot.com, PanglimaPerangCyber di penembak-tepat.blogspot.com, Abang Tuah di abangtuah.blogspot, PisauNet.com, the unspinners.blogspot.com dan lain-lain lagi yang mempunyai maklumat lengkap mengenai kes itu, jelas sekali Dr. Pornthip tidak pernah menyentuh tubuh mayat mendiang Teoh Beng Hock apatah lagi untuk menyertai pakar-pakar yang lainnya ketika proses bedah-siasat dilakukan terhadap mayat mangsa.

Apa yang difahamkan ialah Dr. Pornthip hanya membuat kajian melalui kertas siasatan serta hasil laporan yang telah dibuat oleh pakar-pakar patologi yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Diraja dan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Jika beginilah cara bekerja pakar yang dimegah-megah oleh kerajaan Selangor jadi tak payahlah hendak bersusah payah mengimport pakar dari Thailand dan sebagainya. Dalam Malaysia sendiri banyak, berlambak-lambak...hendak berapa kapal pun senang dapat.

Yang peliknya ialah bagaimana seorang yang dikatakan sebagai pakar dalam bidang patologi gagal untuk memberikan satu jawapan yang kukuh berhubung dengan kejadian itu. Sebagai seorang yang telah diakui sebagai seorang yang pakar, jika ketika didalam siasatan untuk mendapatkan angka-angka peratusan bagi sebarang kemungkinan adalah tidak salah malah memang perlu juga tetapi masalahnya ialah apabila sudah sampai kepada penghujung siasatan bermakna peratusan siasatan mesti 100% maka kesimpulan yang hendak diberikan itu mestilah lengkap dengan jawapan pasti dan tidak boleh meletakkan benda yang telah siap disiasat itu kembali menjadi bahan pertikaian umum.

Jadi sekiranya kita percaya atau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr. Pornthip Rojanasunan itu iaitu kemungkinan 20% mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri dan 80% dibunuh bermakna sampai bila-bilapun kita akan meletakkan diri kita dipersimpangan. Bagaimana Dr. Pornthip boleh menggambarkan kepada umum tentang peratusan dari 1% sehingga ke angka 20% bahawa "kemungkinan" mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri dan adakah Dr. Pornthip mampu untuk menerangkan peratusan dari 21% hingga 99.9% mendiang Teoh telah dibunuh ?

Bagaimana Dr. Pornthip berupaya untuk memperolehi semua nilai peratusan itu sedangkan beliau tidak pernah berkesempatan untuk melakukan sebarang bedah-siasat ke atas mayat mendiang Teoh disebabkan desakan oleh keluarga mendiang sendiri yang mahu mayat mendiang agar segera disemadikan ? Adakah segalanya telah diatur oleh pihak kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan bersama Khalid dan juga Ronnie Liu ?

Adalah difahamkan juga bahawa posisi Dr. Pornthip di negara Thailand adalah sama dengan kedudukan Ronnie Liu, Khalid Ibrahim dan yang lainnya iaitu sebagai pembangkang kepada kerajaan semasa. Dr. Pornthip juga dikatakan sering menimbulkan masalah di Thailand dan sentiasa bertindak memusuhi pihak berkuasa di Thailand terutamanya pihak polis sama juga dengan apa yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang di negara ini yang sememangnya anti-polis, anti-undang-undang dan juga anti-ISA.

Rabu, Oktober 21, 2009

2 jawapan menarik di Parlimen oleh Perdana Menteri

Semasa sessi hari pertama Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal kedua dan Parlimen Kedua Belas pada hari Isnin lalu, saya sangat tertarik dengan satu jawapan yang diberikan oleh YAB Datuk Seri Najib terhadap satu soalan tambahan yang telah dikemukakan oleh Anggota Parlimen Putatan(BN) YB Datuk Dr. Marcus Mojingoh yang bertanya mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Datuk Seri Najib telah menjawab dengan berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.
"Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan tidak seperti negara Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka. Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian... tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.

Kepada soalan asal yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Kepong(DAP) YB Dr. Tan Seng Giaw yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus, Datuk Seri Najib telah menghuraikan jawapan beliau sehinggalah kepada perkara-perkara yang menyentuh mengenai usaha oleh negara-negara kumpulan G20.

Antara lain Datuk Seri Najib berkata "Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional. Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir tahun 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 itu".

Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia menyeru Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera.

Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa buah negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global.

Sebelumnya menurut Datuk Seri Najib lagi, isu-isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju - sumber utama dari Bernama.

Coretan saya: Dua jawapan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib itu bagi saya sangat istimewa dan membawa makna-makna yang berguna disebaliknya bagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara yang tertentu. Ianya sangat berguna dan bernilai untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selasa, Oktober 20, 2009

Ribut Tropika Azmin turut melanda PKR Sarawak.

Setelah mengganas di Sabah, kini ribut berkelajuan kurang pasti berapa kilometer sejam itu iaitu ribut "azmin"kini telah beralih arah ke Sarawak pula. Ribut yang disertai dengan khabar-khabar angin itu semakin bertiup kencang. Para nelayan dinasihatkan agar jangan keluar ke laut dalam masa terdekat, ini bagi mengelak perahu-perahu mereka daripada karam jika dilambung ombak besar ala Tsunami.

Rakyat Sarawak juga harus diingatkan supaya menjauhkan diri dari terlalu dekat dengan kawasan pantai atau bersantai ditepi laut kerana khuatir kejadian yang tak diingini akan terjadi sebagaimana yang boleh anda lihat pada gambar diatas. Orang tua dulu-dulu pernah berpesan "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai," atau sekarang kita boleh ubah sedikit jadi macam ni "kalau takut terpedaya, jangan menyerah kepada PKR."

Sebenarnya saya ingin untuk berkongsi sedikit maklumat dengan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia yang mungkin kurang mendapat liputan mengenai peristiwa yang sedang berlaku baik di Sarawak maupun di Sabah saban hari.

Berita yang ingin saya paparkan disini adalah satu berita dari Sarawak yang seakan-akan hampir sama dengan apa yang telah dan sedang berlaku di negeri Sabah berkaitan dengan pergolakan dalaman PKR di kedua-dua negeri ini dan berita ini saya petik dari akhbar harian Sarawak dan Sabah iaitu Utusan Borneo yang bertarikh pada Selasa 20 Oktober 2009.

Adit bayangkan harat keluar PKR
-----------------------------------------------------------------------
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ngemah yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Sarawak YB Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar daripada parti berkenaan apabila semalam beliau mengumumkan tidak lagi menyokong PKR.

Menurut beliau, keputusan rasmi untuk keluar daripada parti pembangkang itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Ditanya alasan disebalik pengumumannya tidak lagi menyokong parti pimpinan Anwar Ibrahim itu, beliau berkata: "Tidak perlu alasan."

Spekulasi yang timbul daripada tindakan itu mengatakan bahawa Adit kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang melantik Baru' Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak menggantikan Mustafa Kamil Ayub.

"Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya peduli. Apa yang saya dapat katakan kepada Baru' ialah semoga berjaya. Memberi jawatan itu kepada Baru' ialah satu kesilapan PKR, tetapi saya berharap saya salah anggap," katanya ketika ditanya mengenai kebenaran khabar angin itu.

Adit menyertai PKR hujung tahun 2008, iaitu selepas genap dua tahun beliau menang bertanding di kerusi DUN Ngemah atas tiket Bebas. Beliau pernah menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak(SPDP) satu anggota BN Negeri tetapi keluar daripada parti tidak lama sebelum pilihan raya negeri 2006 diadakan. Kini turut kedengaran beliau akan menyertai semula SPDP.

Spekulasi turut menyebut Adit akan mengetuai satu parti baru yang akan diberi nama sebagai Pakatan Rakyat Malaysia(PRM) satu parti yang pro-Barisan Nasional(BN). Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan pendirian politiknya samada pro BN atau masih bersifat anti-kerajaan.

Sementara itu, pemilihan Baru' ke jawatan yang menjadi isu dikalangan pemimpin PKR Sarawak, telah memusnahkan harapan ADUN Padungan YB Dominique Ng untuk menduduki kerusi berkenaan.

Ulasan saya : Itulah kata orang, langit tidak selalu cerah... dan kepada rakyat Sarawak ingatlah pesan orang dulu-dulu yang pernah menggunakan ungkapan ini sebagai perisai diri iaitu "bila mendengar guruh dilangit, air di tempayan dibuang jangan," maknanya bila kita dengar ucapan berdegar-degar oleh para pemimpin PKR terutamanya boss mereka iaitu Anwar Ibrahim maka janganlah kita mudah leka dan lalai sehingga membuat kita mudah lupa dan juga sehinggakan membuat kita sukar untuk mengenal "mana satu intan dan mana satu pasir."

Dan juga, apabila kita disajikan dengan ucapan berbunga-bunga oleh pemimpin PKR terutamanya dan Pakatan Haram lainnya seperti DAP dan juga PAS janganlah sampai membuat kita terlupa akan tanggungjawab sebenar kita kepada agama, bangsa dan negara. Oleh itu jika kita merasakan yang kita semua sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama dalam membela negara ini daripada untuk diganggu-gugat oleh sesiapapun jua maka haruslah kita jauhi PKR.

Isnin, Oktober 19, 2009

16 September Harijadi Malaysia. Bukan tarikh ke Putrajaya.

Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk menetapkan agar tarikh 16 September setiap tahun bermula pada tahun depan iaitu pada 2010 akan di sambut dan dirayakan sebagai Hari Malaysia.

Bermakna enam belas hari selepas rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan maka rakyat Malaysia akan sekali lagi menyambut perayaan bagi memperingati harijadi Persekutuan Malaysia setelah Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah untuk membentuk sebuah negara yang sekarang ini telah dikenali sebagai Malaysia.

Untuk beberapa ketika yang lalu, tarikh 16 September telah menimbulkan sedikit kegusaran dan kegelisahan pada diri dan hati sesetengah rakyat Malaysia apabila tarikh itu telah didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk memancing sebilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional bagi memudahkan perjalanannya untuk menuju ke Putrajaya bagi menawan Pusat Pentadbiran Negara itu.

Namun Anwar tidak pernah menyatakan tahun bila dia hendak menjayakan impiannya itu walaupun tarikh hari dan bulan telah dinyatakan tetapi tahunnya tidak pasti kerana tidak disebut sehinggalah tarikh itu kini telah ditetapkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan yang akan disambut secara rasmi pada 16 September 2010.

Sebenarnya saya kurang selesa dengan keputusan oleh kerajaan itu yang saya lihat seolah-olah telah mendapat ilham daripada rancangan pincang Anwar suatu ketika dulu iaitu hendak membelakangi sistem demokrasi di negara ini dengan memperkenalkan kaedah "lompat parti" bagi membolehkannya untuk menubuhkan kerajaan yang baru di Malaysia yang jika beliau berjaya memperolehi sekian-sekian jumlah anggota Parlimen yang sanggup berpaling tadah maka pada tarikh 16 September itulah maknanya kerajaan BN terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Pakatan Haram yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Walau apapun, sebagai rakyat kita harus menerima juga keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan itu demi untuk menghalang pihak-pihak tertentu daripada mempergunakan tarikh itu sebagai modal bagi merasuk fikiran sesetengah rakyat yang masih terdapat kurang mendapatkan maklumat yang tepat.

Dengan pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri itu, bermakna kita rakyat Malaysia akan mendapat cuti tambahan satu hari lagi sebagai cuti umum dan kita akan selalu bercuti tapi taklah bercuti lama sampai enam bulan seperti yang dibagi oleh Anwar kepada Datuk Zaid Ibrahim atau tiga bulan seperti yang pernah PKR bagi kepada YB Elizabeth Wong dulu.

Arkib Blog