Apakah belum selesai lagi proses untuk penambahbaikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ?Memandangkan masa yang begitu lama diambil untuk proses itu ternyata ianya telah memberi peluang yang sebesar-besarnya kepada segelintir pihak terutamanya para pemimpin pembangkang di negara ini bagi mencipta berbagai angkara demi untuk mewujudkan keadaan yang tidak menentu dalam negara terutama dari segi perpaduan kaum iaitu salah satu daripada kunci kesejahteraan serta keamanan didalam negara kita.Persoalannya ialah, adakah sementara usaha menambaik atau meminda dilakukan tak kira ianya membabitkan apa-apa jua peruntukkan yang sedia ada dalam Akta itu maka sesiapa walaupun terbukti dengan nyata telah melanggar larangan mengikut undang-undang ISA pada waktu itu tidak boleh ditahan dibawah Akta tersebut ?Kita dapat melihat bagaimana banyak pihak yang telah secara jelas seringkali cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam negara namun tiada juga tindakan diambil. Antara contohnya, Ahli Parlimen Ipoh Barat YB N. Kulasegaran yang sering menyentuh isu ketuanan Melayu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh yang pernah cuba menyaman Sultan Perak, Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan yang pernah menghasut penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang semasa PRK Permatang Pasir, YB Nga Kor Ming yang pernah menyalahgunakan ayat-ayat suci Al Quran, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang pernah memijak gambar pemimpin Melayu dan banyak lagi.Ada juga diantara mereka terus berusaha untuk membawa pulang semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharam Chin Peng ke Malaysia walaupun mereka tahu bahawa Kerajaan tetap bertegas dengan pendiriannya dalam isu tersebut. Jelas sekali apa yang pernah mereka cuba lakukan memang mampu untuk mengancam keselamatan didalam negara jika tidak dibendung sejak dari awal-awal lagi.Inilah niat sebenar mereka sejak berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dalam Dewan Rakyat selepas PRU-12 lalu. Sekira mereka berjaya mendesak kerajaan agar menghapuskan terus Akta I.S.A dari sistem perundangan negara kita maka bermakna akan menjadi lebih mudahlah untuk mereka mencapai apa sahaja kehendak yang selama ini terpendam kerana ada akta tertentu yang menjadi penghalang.Kepada kerajaan Barisan Nasional pula, sekira boleh janganlah tiada majoriti 2/3 di Parlimen untuk dijadikan sebagai alasan tidak boleh bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak dari Pakatan Pembangkang yang sengaja membuat atau menimbulkan keadaan sehingga boleh membawa kepada keadaan tegang didalam negara. Berpeganglah kepada prinsip, selagi Barisan Nasional mempunyai kuasa memerintah maka selagi itulah mereka harus bertanggungjawab terhadap keselamatan negara serta keharmonian kaum di Malaysia. Jangan terlalu memikirkan soal majoriti 2/3.Jika pendekatan yang diamalkan sekarang iaitu dengan membiarkan saja mana-mana pihak untuk terus menimbulkan suasana yang tidak menentu dalam negara, adakah kerajaan terutamanya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memberi jaminan yang teguh kepada rakyat bahawa keamanan dalam negara ini tidak akan tergugat walaupun memadai bagi pihak Kementerian dengan hanya memberi amaran demi amaran kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab itu tanpa tindakan tegas dikenakan seperti menahan dibawah akta I.S.A ?