Bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang hilang majoriti untuk memerintah YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih berkeras mengakui bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Apa yang sahnya ?
Yang sahnya ialah beliau sudah hilang majoriti atau sokongan didalam Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, namun oleh kerana sifat yang tidak mahu menerima hakikat sebenar maka apa yang dulu mereka kata adalah demokrasi kini boleh diterbalik menjadi tidak demokrasi ataupun zalim.
Apa yang menariknya ialah, bekas MB Perak ini sudah hilang kelayakkannya untuk mentadbir negeri Perak dan sebagai Menteri Besar disebabkan oleh tindakan 3 ADUN yang sebelum ini berada bersama mereka telah keluar dari Pakatan Haram dan berkhidmat hanya sebagai ADUN bebas tetapi menyokong kepimpinan Barisan Nasional.
Semua itu sangat payah untuk diterima oleh YB Nizar, seboleh-bolehnya beliau masih mahu kekal dianggap sebagai Menteri Besar walaupun kenyataannya kini beliau hanya merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen biasa saja. Betul-betul sukar kan, untuk menerima kenyataan bahawa beliau sebenarnya telah hilang kuasa untuk memimpin kerajaan negeri.
Sebenarnya YB Nizar tidak digulingpun ataupun disingkirkan dengan kekerasan tetapi mengikut amalan demokrasi yang sebenar-benarnya tetapi oleh kerana beliau serta konco-konconya dari DAP dan PKR gagal untuk memahami erti prinsip demokrasi seperti yang mereka sering sebutkan, maka begitulah jadinya apabila mereka hanya tahu menyebut "D.E.M.O.K.R.A.S.I" tetapi malangnya mereka tidak tahu apa itu demokrasi dan bagaimana cara untuk menggunakannya.
Demokrasi menuntut mereka untuk menyerahkan kuasa secara aman jika mereka sudah tidak lagi mendapat kepercayaan daripada lebih separuh Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri. Oleh itu mereka tidak perlu untuk berguling-guling diatas jalanraya bagi mempertahan kuasa yang sebelum ini berada ditangan mereka dan yang sebaik-baiknya mereka hendaklah belajar bagaimana cara untuk menerima apa-apa juga keputusan.
Manakala gambar yang disebelah ini adalah Presiden Honduras yang digulingkan dari tampuk pemerintahan iaitu Manuel Zelaya, banyak orang tahu dengan apa yang sedang menimpa beliau saat ini.
Beliau digulingkan menerusi rampasan kuasa paling terancang apabila telah diculik ketika sedang tidur dibilik beliau pada subuh 28 June 2009 yang lalu. Zelaya diculik ketika masih lengkap dengan pakain baju tidurnya dan dibawa lari ke Costa Rica pada pagi itu juga.
Adalah difahamkan bahawa penculikkan itu berjaya dilakukan hasil kerjasama padu diantara pihak tentera, penentang beliau dalam kerajaan serta para pengamal undang-undang atau hakim-hakim. Semua berpunca dari hasrat Zelaya yang bercadang untuk meminda perlembagaan negara Honduras. Kemungkinan ada pihak yang tidak menyenangi niat beliau itu maka berlakulah tragedi yang tidak diduga seperti itu.
Setelah hampir tiga bulan menjalani kehidupan didalam buangan, Zelaya telah mengejutkan seluruh rakyat Honduras terutamanya pemimpin-pemimpin rampasan kuasa itu. Mereka hairan bagaimana Zelaya boleh secara tiba-tiba berada di Tegucigaipa ibu negara Honduras dan terus berada didalam bangunan yang menempatkan pejabat Kedutaan Brazil iaitu tempat Zelaya berlindung.
Menurut Presiden Venezuela Hugo Chavez yang juga sekutu Zelaya, Presiden Honduras itu menaiki sebuah pesawat dari Costa Rica melewati ruang udara Nicaragua dan mendarat di sebuah landasan berhampiran sempadan Honduras dengan Nicaragua dan dari sana Zelaya terpaksa bersembunyi didalam but sebuah kereta yang dibawa dengan sebuah traktor menuju ke ibu negara Honduras.
Yang menyedihkan dalam peristiwa rampasan kuasa di Honduras ini ialah, bagaimana seorang yang masih berstatus sebagai Presiden boleh menerima akibat atau keadaan yang sedemikian rupa. Apabila sudah bersembunyi didalam but kereta untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju maka ianya tidak ubah seperti taktik para pendatang tanpa izin untuk menyelinap masuk ke sesebuah negara tertentu. Apakah layak seseorang yang masih lagi punya kuasa yang sah untuk berkeadaan sedemikian ? ...pasti tidak kan...
Yang lebih mengharukan lagi ialah apabila kisah beliau saat ini yang masih lagi mendapat perlindungan didalam bangunan Pejabat Kedutaan Brazil, segala kemudahan asas yang disalurkan ke bangunan tersebut seperti bekalan air, eletrik, talian komunikasi dan sebagainya telahpun dipotong oleh pihak berkuasa Honduras yang ditadbir secara sementara pemimpin rampasan kuasa itu.
Zelaya serta pengikut beliau memberitahu bahawa kehidupan mereka saat ini tidak ubah seperti haiwan dan bukannya manusia lagi. Mereka juga mendakwa selama berlindung didalam bangunan itu mereka hanya makan biskut kering, nasi dan air biasa saja. Selama disitu juga mereka mendakwa tidak pernah mandi kerna bekalan air sudah tiada. Malah yang lebih teruk lagi apabila mereka mengakui terpaksa berkongsi sebatang berus gigi untuk sembilan orang.
Dari kisah kedua-dua watak ini iaitu antara Zelaya dan Nizar, saya melihat betapa jauhnya perbezaan yang telah dan yang akan mereka tempuhi. Jika Nizar, beliau tidak pernah sekalipun menghadapi masalah serupa dengan apa yang dialami oleh Zelaya. Andaikata Nizar menuduh bahawa apa yang berlaku terhadap beliau sebelum ini sebagai satu rampasan kuasa yang zalim, sudah tentu beliau silap besar. Beliau hanya diminta untuk berundur secara terhormat dari kedudukannya tanpa sebarang kekerasan.
Berbeza dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Zelaya ketika ini yang masih bergelut untuk untuk mendapatkan semula apa yang sememangnya hak bagi beliau, namun Nizar pula dilihat hanya berjuang untuk menegakkan sesuatu yang nyata bertentangan sama sekali dengan prinsip demokrasi jika ianya diteruskan juga iaitu perkara yang sudah jelas tidak lagi memihak kepada beliau.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, September 27, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com