Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 19, 2010

Osama Laden hanya sandiwara terkutuk pihak Amerika...

Apakah masyarakat dunia masih lagi mahu untuk terus ditipu dengan mempercayai apa saja dakyah-dakyah yang datangnya dari pihak Amerika Syarikat sehingga tanpa menyedari yang tindakan mempercayai apa jua perkara dengan tidak mengambil kira samada ianya benar atau tidak telah meletakkan diri dalam keadaan mudah untuk diperbodoh dan diperdayakan oleh mainan serta sandiwara yang berterusan oleh pihak-pihak tertentu di Amerika Syarikat yang jelas mempunyai 1001 macam jenis muslihat yang tersembunyi untuk terus dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai kuasa besar dunia yang tiada tandingannya.

Pembohongan, penipuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Amerika Syarikat semasa era bekas Presidennya sebelum ini, George W. Bush yang bermati-matian menuduh Kerajaan Iraq pimpinan Presiden Almarhum Saddam Hussein ketika itu memiliki serta turut menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran walaupun sehingga ke saat ini dakwaan itu gagal untuk dibuktikan biarpun Almarhum Saddam Hussein telah dijatuhi hukuman mati dan menemui ajalnya ditali gantung.

Inilah satu bentuk fitnah terbesar yang telah berjaya dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat dalam usahanya demi untuk membolehkan pihak mereka masuk menceroboh serta mencampuri urusan serta hal-ehwal dalaman negara lain tanpa melalui saluran diplomatik yang betul terlebih dulu sebagaimana yang biasa dilakukan diantara negara-negara tertentu dengan negara-negara yang terlibat.

Osama bin Laden, iaitu satu watak yang tidak akan mati dan watak ini akan terus hidup selagi matlamat terkutuk Amerika Syarikat untuk menguasai dunia secara halus belum dapat dipenuhi dan tercapai. Mungkin banyak pihak yang kurang atau tidak bersetuju jika saya katakan bahawa Osama bin Laden sebenarnya tidak pernah wujud didunia ini. Nama Osama bin Laden hanyalah satu rekaan pihak Amerika Syarikat untuk memperdayakan masyarakat Arab, rakyat Afghanistan, rakyat Pakistan, rakyat Iraq, rakyat Palestine serta masyarakat seluruh dunia.

Ini mungkin hanya satu teori tetapi saya pasti bahawa Osama bin Laden sebenarnya tak ubah sama seperti watak yang biasa dipegang oleh aktor Hollywood Sylvester Stallone dalam filem Rambo cuma bezanya watak Osama dihidupkan untuk menguasai sumber kekayaan semujadi yang terdapat di Asia Barat manakala watak Rambo sengaja diadakan untuk dipamerkan kepada seluruh masyarakat dunia betapa seorang bekas Komando tentera Amerika Syarikat berjaya menstabilkan keadaan tidak menentu didalam negara Vietnam walaupun menjalankan misinya secara bersendirian serta berjaya pula mengharungi segala rintangan biarpun berdepan dengan musuh yang begitu ramai.

Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Rambo IV dan juga Rambo V hanyalah sebuah filem Hollywood yang dihasilkan dengan muslihat halus oleh pihak yang tertentu di Amerika Syarikat dan ianya cumalah sebuah cerita khayalan semata-mata sementara watak Osama bin Laden yang wujud selepas berlakunya tragedi 11 September dimana menyaksikan WTC musnah dalam serangan yang kononnya telah dilakukan oleh pihak pengganas yang dikenali sebagai Al-Qaeda.

Semua itu adalah cerita yang sengaja direka-reka oleh Amerika dan saya sentiasa percaya kepada dakwaan bahawa tragedi 11 September sebenarnya sesuatu kejadian yang semeangnya telah dirancang dengan rapi dan tersusun lebih awal lagi oleh pentadbiran Presiden George W. Bush sebagai persiapan beliau untuk menyerang semua tempat-tempat yang dilihat sebagai penghalang kepada keinginan kerajaan Amerika Syarikat untuk terus bertapak dibumi Asia terutamanya Asia Barat.

Dalam isu yang membabitkan nama Osama bin Laden yang kononnya didakwa oleh pihak Amerika Syarikat sebagai seorang pemimpin pengganas yang paling dikehendaki didunia dan akan terus diburu adalah satu pembohongan yang paling besar pihak Amerika sama dengan dakwaan serta fitnah mereka sebelum ini terhadap kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein dulu yang dikatakan menyimpan senjata pemusnah berbahaya.

Tandatanya sentiasa bermain dikotak pikiran, bagaimana boleh sebuah negara yang dikatakan memiliki segala jenis bentuk peralatan perang tercanggih di dunia masih gagal untuk mengesan dimana kedudukkan sebenar Osama bin Laden berada. Setelah sekian lama,hampir sepuluh tahun berlalu namun sehingga ke saat inipun pihak tentera Amerika Syarikat belum lagi berjaya untuk menjejaki Osama bin Laden apatah lagi untuk menangkap watak ini samada hidup ataupun mati.

Dalam perkara ini, apakah kita harus menerima alasan atau hakikat bahawa tentera Amerika Syarikat sememangnya telah gagal dan akan tetap gagal untuk membawa Osama bin Laden kemuka pengadilan atau juga adakah kita harus mengakui bahawa Osama bin Laden sememangnya seorang pejuang Islam yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang luarbiasa untuk melindungi diri beliau daripada ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Amerika ? Persoalan seperti ini tidak perlukan jawapan sebab jawapannya ialah semua pihak harus sedar bahawa itu semua hanyalah satu sandiwara yang sengaja dicipta oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan isu yang membabitkan nasib bumi serta penduduk Palestine, rakyat dalam sebuah negara yang telah lama hidup berdepan dengan berbagai jenis bentuk penindasan berabad-abad oleh rejim Israel. Dalam isu ini juga kita boleh melihat bagaimana kerajaan Amerika Syarikat telah berjaya menggunakan sepenuhnya pengaruh yang ada pada mereka untuk mengeliru serta memperdayakan kebanyakan para pemimpin-pemimpin negara Arab sehingga jelas kelihatan ada diantara para pemimpin di negara Teluk sanggup menelan bulat-bulat apa saja yang telah diletak oleh pihak Amerika Syarikat dihadapan mata mereka tanpa memikir akan kesannya dimasa hadapan terhadap kedaulatan dan maruah negara itu sendiri terlebih dulu.

Dalam kejadian yang terbaru, bagaimana masyarakat dunia disajikan dengan kekejaman dan kebiadapan pihak Israel apabila mereka nekad untuk menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa serta meneruskan percubaan mereka untuk merampas Makam Nabi Ibrahim a.s di Baitulmaqdis untuk dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia bagi Israel. Begitu juga dengan usaha pencerobohan berterusan rejim Yahudi itu ke atas tanah rakyat Palestine di Timur Baitulmaqdis untuk dijadikan penempatan baru bagi pendatang haram Yahudi. Perkembangan ini telah menuntut perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan Amerika Syarikat sesuai dengan kedudukannya sebagai negara yang menjadi paksi kepada semua kepada semua tindakan biadap Israel.

Harapan masyarakat dunia tidak membawa apa-apa makna apabila kerajaan Amerika Syarikat yang kini dibawah pentadbiran Presidennya yang ke-44, Barrack Obama langsung tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menangani konflik terbaru antara Palestine-Israel walaupun dunia telah dikejutkan dengan 'kutukan' oleh kerajaan Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Luarnya, Joe Biden terhadap kerajaan Israel berikutan dengan keputusan kerajaan rejim Yahudi untuk meneruskan projek pembinaan 1500 Apartment bagi pendatang haram Yahudi di Timur Baitulmaqdis sehingga mencetuskan pertikaian diplomatik antara Amerika Syarikat dengan Israel. Ini juga adalah merupakan satu lagi sandiwara terancang oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat dilihat terus cuba untuk menipu masyarakat diseluruh dunia apabila sanggup berpura-pura bertindak keras terhadap Yahudi kononnya untuk menghalang pihak Israel dari meneruskan program membina kediaman untuk pendatang haram Yahudi itu padahal apa yang sebenarnya berlaku adalah satu jaminan daripada kerajaan Amerika Syarikat agar kerajaan Israel boleh meneruskan pencerobohan mereka ke atas tanah milik rakyat Palestine. Amerika Syarikat dalam isu antara Palestine dan Israel tidak ubah berkelakuan seperti memperlihatkan tangan kirinya seolah-olah menghalang kemaraan Israel manakala tangan sebelah kanannya pula giat mendorong setiap gerak langkah Israel supaya dapat terus bergerak maju ke hadapan untuk menceroboh dan merampas setiap inci tanah milik rakyat Palestine.

Arkib Blog