![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWN95kFGuZ_4N-Nq45hNveXA9ejMmTuGJrYsh_np4XhDlgDnJuuHxqApDEECZXfwKKIkK2JDOa-Slt3GU8pnrpL_Zp_ffv3yyhD82EPi0yYWbm-8ZXT9AwarxrkYm1EB1VOr1o1EuizP1I/s400/stgkurita.jpg)
Bertambah menarik lagi jika ditakdirkan 'sotong kurita' yang memiliki lapan tangan bijak untuk mencipta akaunnya sendiri dalam laman sosial seperti facebook dan juga twitter. Bayangkan kalau "sotong kurita" itu ketika bermain atau tengah mengemaskini akaun di facebook atau twitternya tetapi dalam waktu yang sama juga dia tengah membuat ramalan sambil memeluk salah satu daripada dua peti yang diramalkan untuk menang.
Lagilah bertambah menarik jika ramalan 'sotong kurita' itu tidak tepat iaitu apabila pasukan yang sebelumnya telah diramal sebagai akan menang namun akhirnya kalah kepada pasukan bukan pilihan, jadi apakah 'sotong kurita' yang punya banyak tangan itu akan berkata, "oh! ..saya ada dirumah ketika itu bersama keluarga serta cucu sambil mengemaskini akaun di facebook dan twitter, yang anda semua lihat dalam akuarium tu bukan saya tapi sotong lain sebab perut saya kempis sedangkan perut sotong dalam akuarium tu buncit."
Bolehkah rasanya bagi kita untuk menerima secara bulat-bulat penafian 'sotong kurita' yang bertangan lapan itu sebagai bukti yang dia tidak pernah memeluk salah satu peti yang terdapat didalam akuarium piala dunia itu dan apakah 'sotong kurita' itu jujur atau sebaliknya ketika membuat semua penafian itu ?