Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 23, 2010

Lesen judi Piala Dunia 2010: BN main tarik tali dengan Pakatan Pembangkang


Apabila isu kerajaan meluluskan pemberian lesen judi kepada syarikat Berjaya Group bersempena dengan kejohanan paling berprestij didunia iaitu perlawanan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan penghujung June depan, maka banyaklah pihak yang bangkit menentang atau membantah dan yang paling kuat suara menentang adalah datangnya daripada pihak Pakatan Pembangkang.

Dan tidak ketinggalan menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan itu ialah dari kalangan pihak-pihak yang pro-kerajaan sendiri, rakyat-rakyat yang membayar cukai serta para bloggers baik yang pro-kerajaan mahupun yang protegar pembangkang.

Sebenarnya saya melihat isu ini dari sudut yang agak berbeza dan pandangan saya ianya cumalah salah satu langkah atau percubaan daripada pihak kerajaan untuk mendapat maklumbalas dari semua pihak terutama sekali daripada pihak Pakatan Pembangkang sendiri yang sebelum ini seringkali mendakwa kononnya pihak merekalah yang sangat sempurna dari segala segi seolah-olah tiada cacat celanya lebih-lebih lagi dalam usaha membenteras gejala rasuah, judi dan sebagainya yang secara tidak langsung seakan-akan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu tersebut.

Isu lesen judi ini bagaikan untuk menjerat pihak Pakatan Pembangkang sendiri apabila kita melihat bagaimana cepatnya sesetengah daripada pemimpin mereka bangkit menentang walhal jika kita menoleh kembali kepada apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang di Selangor dan juga di Pulau Pinang, isu judi ini bukan saja setakat gagal untuk mereka hapuskan malah ianya bertambah semakin parah apabila kewujudan pusat-pusat judi di kedua-dua negeri tersebut yang semakin bercambah seolah-olah tiada halangan daripada kerajaan negeri masing-masing.

Jika diperhatikan betul-betul, ternyata seperti tiada kesungguhan yang sebenarnya daripada pihak kerajaan dalam isu meluluskan lesen perjudian tersebut berbanding dengan kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam usaha menghapuskan sebarang kegiatan judi walau dalam bentuk apapun di negara ini. Dan pada akhirnya saya pasti ini akan dibatalkan juga dan yang paling seronoknya nanti bilamana pihak Pakatan Pembangkang terpaksa menutup muka agar tidak terkena air liur yang diludah mereka sendiri ke atas langit.

Arkib Blog