Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, November 17, 2009

Anwar juga harus buktikan tuduhan sebab kenapa beliau lari ke Kedutaan Turki

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar kerajaan khusus Barisan Nasional agar membuktikan tuduhan yang kononnya dibuat oleh BN bahawa beliau memiliki harta yang mencecah sehingga berbillion-billion ringgit dengan menyiasat semua akaun milik beliau bagi membuktikan segala tuduhan itu samada ianya benar ataupun sebaliknya.

Isu ini timbul apabila bekas Penolong Gabenor Bank Negara pada waktu itu dalam sekitar tahun 1998 iaitu Datuk Abdul Murad Khalid telah mendedahkan didalam akuan berkanunnya antara lain menyebut bahawasanya Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan, mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 billion.

Walau apapun biarlah pihak yang berwajib menentukan apa-apa juga bentuk tindakan yang mereka akan ambil terhadap perkara itu, cuma kita sebagai rakyat kebanyakan ini hanya mampu untuk menyampaikan pandangan melalui berbagai-bagai cara selaras dengan "kebebasan bersuara" yang turut diperjuangkan oleh Anwar sendiri dan telahpun dilaksanakan ketika pentadbiran Kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu dan sekarang kita kena menggunakan sebaik-baiknya peluang ini. ...Eh ! melalut pula tulisan saya ni...

Oleh itu, sebelum Anwar mahu mencabar pihak kerajaan agar membuktikan apa yang telah beliau sifatkan sebagai penyebaran fitnah berterusan oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap dirinya, maka adalah lebih wajar bagi Anwar untuk mendedahkan terlebih dulu kepada seluruh rakyat Malaysia tentang tuduhan beliau suatu ketika dimana Anwar mendakwa "nyawa" beliau "diancam" sehingga memaksa beliau lari bersembunyi bagi mendapatkan perlindungan di Pejabat Kedutaan Negara Turki untuk beberapa hari.

Mungkin Anwar tidak sedar bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia masih menuntut penjelasan dan jawapan jujur daripada beliau sendiri tentang perkara itu iaitu "kenapa Anwar bersembunyi di pejabat kedutaan Turki?" serta "Siapa sebenarnya yang mengacam keselamatan beliau sebagaimana yang Anwar tuduh?" dan juga "Dari mana Anwar mendapat maklumat yang menyatakan bahawa nyawa beliau sedang dalam bahaya sehingga menuntut jaminan keselamatan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah?"

Anwar harus sedar bahawa peristiwa beliau lari bersembunyi kedalam Pejabat Kedutaan Turki dulu tetap menjadi satu tandatanya berterusan dan sesuatu yang misteri bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Peristiwa itu tetap terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sebagai sesuatu yang mendebar dan memeranjatkan serta paling melucukan... oleh kerana itu, ia tetap menuntut satu jawapan yang pasti samada tuduhan Anwar itu benar atau tidak.

Arkib Blog