Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 30, 2010

Jawatan MB Selangor TS Khalid kini bertaraf Aji-No-Moto...


YAB Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar daripada kalangan pemimpin tertinggi negeri Pakatan Pembangkang yang tidak punya apa-apa kuasa pemutus dalam parti peringkat negeri apabila kuasa yang sepatutnya kekal untuk beliau sejajar dengan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, iaitu jawatan Pengerusi PKR negeri kini telahPUN ditarik dan diberikan pula kepada Naib Presiden PKR YB Azmin Ali yang merupakan bukan anggota dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kalau dalam Barisan Nasinonal terutamanya UMNO perkara ini juga telah berlaku iaitu di negeri Terenggnu Darul Iman apabila jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu telah diberi dan dipegang oleh Naib Presiden UMNO iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan bukannya oleh Menteri Besarnya iaitu YAB Datuk Seri Ahmad Said sebagaimana kelazimannya.

Berbalik kepada krisis kepimpinan PKR di Selangor itu sudah tentu kita dapat melihat bahawa apabila Menteri Besarnya sudah tidak punya apa-apa kuasa dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal parti sepertimana sebelum ini maka amat jelaslah yang kepimpinan beliau kini bukan saja lagi telah ditolak oleh hampir kebanyakkan rakyat di Selangor malah oleh para pemimpin tertinggi PKR sendiri.

Walau apapun alasan yang telah dikemukakan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar berkaitan dengan perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti dalam kepimpinan PKR negeri Selangor itu, orang diluar parti tetap berpendapat itu semua telah menjelaskan kepada umum bahawa khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor telah sampai ke penghujungnya.

Peranan Tan Sri Khalid dalam PKR negeri serta sebagai ketua pentadbir negeri kini tak ubah seperti keperluan Aji-No-Moto iaitu sejenis serbuk perasa didalam hampir kesemua masakan.

Keperluan Aji-No-Moto didalam masakan memang wajib namun kuantiti yang diperlukan cuma sedikit berbanding dengan jumlah yang diperlukan untuk bawang merah, bawang putih, garam, halia, kantan, cili, asam dan sebagainya lalu ini bersesuaian dengan peranannya yang hanya dijadikan sebagai pelengkap didalam setiap hidangan.

Inilah lumrahnya dalam hidangan harian kita, ada Aji-No-Moto pun jika tanpa garam, tanpa bawang, tanpa serai, tanpa kunyit, tanpa halia dan lain-lain lagi segala rempah ratus sudah tentu tidak menjadi juga...namun tanpa serbuk perasa itupun jika hanya ada garam sedkit gula beserta lain-lain rempahnya kita masih boleh makan juga.

Ahad, Jun 27, 2010

...bila Ulama masuk UMNO, bukan Islam pula masuk PAS...


Apabila berita tentang sokongan para Ulama terhadap UMNO semakin meningkat dan ditambah lagi dengan penyertaan 40 orang daripada mereka yang masuk kedalam UMNO baru-baru ini diketahui umum terutamanya rakyat Malaysia sudah tentu ini sesuatu yang sangat menarik bagi saya kerana pada perkiraan saya ialah bila saja UMNO semakin mendapat sokongan padu daripada seluruh kaum Melayu serta Bumiputera Islam lainnya di negara ini maka adalah satu perkara yang betul dan tepat masanya untuk orang bukan Islam yang berhajat hendak memilih Islam sebagai pedoman hidup.

Berbeza pula dengan parti PAS apabila sepatutnya orang Islamlah yang masuk dan memberi sokongan berterusan kepada perjuangan mereka namun sayang sekali bilamana ruang itu kini telah diisi oleh 'orang-orang bukan Islam atau kafir' melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)tanpa perlu mereka ini untuk memeluk agama Islam terlebih dulu.

Harapan agar Malaysia terus aman, maju, harmoni dan sejahtera selalu dibawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional...

Rabu, Jun 23, 2010

Tahniah ! ..rakyat Johor Darul Takzim bertuah...


Gembira sangat apabila melihat bagaimana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Johor Darul Takzim Tuanku Ibrahim yang begitu sudi telah mencemar duli untuk menemui serta mendekati rakyat jelata disetiap ceruk rantau negeri Johor.

Program 'Kembara Mahkota Johor' yang memang sinonim dengan penjelajahan Baginda untuk menemui seluruh rakyat Johor merupakan aktiviti Baginda sejak dilantik sebagai Tuanku Mahkota Johor lagi dan masih diteruskan walaupun kini Baginda adalah Sultan Johor yang menaiki takhta bagi menggantikan tempat Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah harus diberikan kepada seluruh rakyat Johor Darul Takzim kerana mempunyai seorang Sultan yang begitu mudah didekati oleh rakyatnya serta begitu mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Baginda.

Kemesraan Baginda Tuanku Ibrahim ini pasti sentiasa mengingatkan kita semula akan keramahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terhadap rakyat Baginda ketika hayat Almarhum sebagai Sultan Selangor Darul Ehsan dulu dan juga kita sebagai rakyat biasa boleh melihat bahawa wujudnya persamaan sifat semulajadi yang mulia diantara Tuanku Ibrahim dengan Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah untuk selalu dengan rakyat bagi membolehkan kedua-dua Baginda lebih faham tentang permasalahan rakyat bawahan.

Mampukah YB-YB yang telah dipilih oleh rakyat negara ini sebagai wakil mereka baik kawasan DUN mahupun kawasan Parlimen mengikuti jejak langkah KBDYMM Tuanku Ibrahim ini untuk sentiasa dekat dengan rakyat ?

Tidak sabar juga menanti giliran KDYMM Sultan Johor ini untuk ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, semoga negara Malaysia terus aman dan makmur dilimpahi dengan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan dibawah naungan Raja yang berjiwa rakyat.

Selasa, Jun 22, 2010

Piala Dunia 2010: RTM, kenapa alang-alang menyeluk pekasam???


Kata orang tua dulu-dulu, alang-alang basah biar mandi sekali. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Ertinya, kalau kita nak buat sesuatu perkara atau benda tu tak kiralah apa dia, biarlah sepenuhnya dan bukan separuh buat separuh tidak.

Oleh itu, kalau rasa nak buat, biar sepenuhnya dan kalau rasa tak nak buat maka tak payah. Mudah saja. Agar tiada pihak yang rasa kecewa.

Begitu juga dengan janji Radio Televisyen Malaysia(RTM TV1 dan TV2) yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa pihak mereka telah mendapat hak penyiaran atau lesen bagi membawa siaran secara langsung perlawanan bolsepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan untuk tontonan seluruh peminat bolasepak di negara ini.

Tetapi malang sekali, sehingga kini dan sejak bermulanya temasya tersebut iaitu dari 11hb June 2010, berapa kali saja RTM TV1 dan kononnya TV2 mampu membawa siaran secara langsung kerana kebanyakan perlawanan yang disiarkan adalah siaran tertunda atau lebih tepat lagi siaran perlawanan yang telah dirakamkan.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap RTM iaitu YB DS Rais Yatim sepatutnya tampil menjelaskan secara terpeinci kepada rakyat mengenai perkara ini yang telah menjadi persoalan banyak pihak.

Jika kita membuka siaran TV maka sudah tentu selang beberapa ketika di kaca TV1 dan TV2, pasti kita akan disajikan dengan iklan "Sorakan 1Malaysia 1Dunia" yang kononnya RTM akan menyiarkan siaran secara langsung untuk setiap kali perlawanan bolasepak.

Seandainya RTM masih mahu dilihat sebagai badan penyiar 'terunggul' di negara ini sepertimana slogan yang biasa kita dengar iaitu "RTM Tetap Unggul" adalah sesuatu yang terbaik bagi pihak RTM untuk berbuat sesuatu supaya perkara seperti ini walaupun mungkin dikira kecil oleh Menterinya tetapi mana tahu ianya sesuatu yang besar bagi rakyat, dikhuatir akan menjejas semula kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan Barisan Nasional kerana RTM adalah mata, lidah dan telinga kepada kerajaan BN.

Isnin, Jun 21, 2010

Hari Bapa: Seorang isteri ditangkap khalwat oleh suaminya sendiri !!!

Utusan Malaysia Online - Jenayah
Ini kes yang menarik perhatian saya. Sempena Hari Bapa, seorang isteri yang berusia 28 tahun telah ditangkap oleh Pegawai dari Jabatan Agama Islam ketika sedang berdua-duaan atau lebih tepat lagi sedang berkhalwat dengan pasangannya seorang remaja lelaki berusia 21 tahun didalam bilik sebuah hotel pada waktu masih subuh jam 4:25 pagi.

Yang menariknya ialah tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam itu telah disertai oleh suami kepada wanita terbabit yang berusia 26 tahun.

Kes-kes seperti inilah yang juga turut menyumbang kepada kejadian pembuangan bayi merata-rata sejak sekian lama, oleh itu adalah wajar untuk semua pihak turut memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Negeri masing-masing dalam membenteras gejala yang telah meruntuh moral serta tamadun manusia apabila ada yang sanggup membunuh bayi mereka sendiri hasil hubungan terlarang seperti itu.

Sabtu, Jun 19, 2010

Mengimbas kembali sejarah kejuaraan Piala Dunia...


Perlawanan untuk merebut kejuaraan bolasepak Piala Dunia pertama kali diadakan di Uruguay bermula pada 13hb sehingga 30hb Julai 1930 iaitu selama 18 belas hari dimana tuan rumah telah menjuarai piala paling berprestij itu dan pasukan Argentina sebagai naib juara, pasukan Amerika Syarikat ditempat ketiga manakala ditempat keempat ialah pasukan Yugoslavia.

Kali kedua pertandingan Piala Dunia ialah pada 27hb Mei hingga 10hb Jun 1934 di Italy dan sekali lagi menyaksikan pasukan yang menjadi tuan rumah telah muncul sebagai juara dan diikuti tempat kedua ialah Czechoslovakia, ketiga pasukan Jerman dan keempat Austria.

Seterusnya untuk kali ke tiga sehingga saat ini;

04hb June - 19hb June 1938 berlangsung di Perancis,
Juara: Italy, naib juara: Hungary, 3:Brazil, 4:Sweden.

Tahun 1942 sepatutnya perlawanan keempat terpaksa tidak dapat diadakan apabila perang dunia pertama meletus.

Empat tahun berikutnya juga iaitu pada tahun 1946 perlawanan piala dunia tidak dapat diadakan akibat perang dunia kedua.

24hb June - 16hb Julai 1950 diadakan di Brazil,
Juara: Uruguay, naib juara: Brazil, 3:Sweden, 4:Sepanyol.

16hb June - 04hb Julai 1954 perlawanan berlangsung di Switzerland,
Juara: Jerman, naib juara: Hungary, 3:Austria, 4:Uruguay.

08hb June - 29hb June 1958 diadakan di Sweden,
Juara: Brazil, naib juara: Sweden, 3:Perancis, 4:Jerman.

30hb Mei - 17hb June 1962 berlangsung di negara Chile,
Juara: Brazil, naib juara: Czechoslovakia, 3:Chile, 4:Yugoslavia.

11hb Julai - 30hb Julai 1966 diadakan di England,
Juara: England, naib juara: Jerman, 3:Portugal, 4:Soviet Union.

31hb Mei - 21hb June 1970 berlangsung di Mexico,
Juara: Brazil, naib juara: Italy, 3:Jerman, 4:Uruguay.

13hb June - 07hb Julai 1974 diadakan di Jerman,
Juara: Jerman, naib juara: Belanda, 3:Poland, 4:Brazil.

01hb June - 25hb June 1978 diadakan di Argentina,
Juara: Argentina, naib juara: Belanda, 3:Brazil, 4:Italy.

13hb June - 11hb Julai 1982 berlangsung di negara Sepanyol,
Juara: Italy, naib juara: Jerman, 3:Poland, 4:Perancis.

31hb Mei - 29hb June 1986 diadakan di Mexico,
Juara: Argentina, naib juara: Jerman, 3:Perancis, 4:Belgium.

08hb June - 08hb Julai 1990 berlangsung di Italy,
Juara: Jerman, naib juara: Argentina, 3:Italy, 4:England.

17hb June - 17hb Julai 1994 dilangsungkan di Amerika Syarikat,
Juara: Brazil, naib juara: Italy, 3:Sweden, 4:Bulgaria.

10hb June - 12hb Julai 1998 diadakan di Perancis,
Juara: Perancis, naib juara: Brazil, 3:Croatia, 4:Belanda.

31hb Mei - 30hb June 2002 diadakan di Jepun dan Korea Selatan,
Juara: Brazil, naib juara: Jerman, 3:Turki, 4:Korea Selatan.

09hb June - 09hb Julai 2006 berlangsung di Jerman,
Juara: Italy, naib juara: Perancis, 3:Jerman, 4:Portugal.

11hb June - 12hb Julai 2010 sekarang bingit berlangsung di Afrika Selatan,
Juara?..adakah Brazil atau Argentina ? ..naib juara?..adakah Uruguay atau Mexico, mungkin juga Sepanyol, Portugal dan Jerman??? 3:?, 4:?

Ramalan saya ;-) juara Piala Dunia Afrika 2010 : Argentina, naib juara: Uruguay ! ...terlalu awal untuk meramal, betul bola itu bulat, apa-apa saja boleh berlaku...

DS Khaled Noordin, menteri yang gagal ke pusat pengajian tinggi negara !


YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin adalah Menteri Pengajian Tinggi. Kementerian ini diwujudkan selepas persaraan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dari pucuk kepimpinan negara dan dimana tempat beliau telah diambilalih oleh YABhg Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke lima.

Kementerian Pengajian Tinggi buat pertama kalinya telah digalaskan oleh Tun Abdullah kepada Ahli Parlimen Jeli YB Datuk Seri Mustapha Mohamed sebagai menterinya iaitu semasa rombakan kabinetnya pertama oleh Perdana Menteri ke lima itu. Dan pada rombakan yang kedua dilakukan oleh Tun Abdullah terhadap barisan kabinet beliau, menterinya telah bertukar dan ianya telah diberikan kepada YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin sehinggalah ke hari ini membawa langsung kepada pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika mengikut pemahaman saya, semua hal ehwal yang berlaku didalam lingkungan institute-institute pengajian tinggi dinegara ini baik ianya bersifat awam ataupun swasta keatas, kolej-kolej hinggalah ke peringkat universiti semuanya adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi.

Jika tidak tepat pada perkiraan saya tidak mengapa juga tetapi jika ianya lebih kurang atau memang benar maka Kementerian Pengajian Tinggi harus berbuat sesuatu supaya persepsi orang awam terhadap universiti dapat dibentuk mengikut apa yang sebenar telah berlaku dan bukannya hanya direka cipta.

Tak nak bercerita panjang dan kita terus saja kepada tajuk artikel dimana rumusan tidak boleh diambil dari tajuk artikel tetapi dari isi kandungannya sebab saya bukan bermaksud bahawa Menteri Pengajian Tinggi itu telah gagal menamatkan apa-apa jua jenis bentuk pengajian tinggi yang diambil beliau dalan negara ini.

Sebenarnya saya sangat terkilan dengan sikap YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin selaku menteri yang bertanggungjawab penuh mengenai segala perkembangan di Universiti dan kolej-koleg tertentu apabila membiar saja Universiti-universiti serta lain-lain kolej dijadikan sebagai tempat untuk memburuk dan memalukan Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad oleh sesetengah pensyarah-pensyarah yang ada diantara mereka sudah bergelar sebagai Professor.

Apakah Datuk Seri Mohd Khaled Noordin tidak sedar ataupun memang sengaja untuk tidak mahu ambil pusing mengenai kenyataan paling tidak bertamadun oleh seorang pensyarah di UM iaitu Professor Dr Azmi Sharom mengenai YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ?

Karpal Singh sahkan YB Tian Chua bukan lagi seorang Ahli Parlimen !

Utusan Malaysia Online - Politik
Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh telah mengesahkan bahawa Anggota Parlimen Batu YB Tian Chua dari PKR bukan lagi wakil rakyat bagi kawasan parlimen tersebut dan meminta SPR mengumumkan kekosongan kerusi parlimen disitu.

Kita kena tunggu dan lihat samada YB Karpal Singh akan mengalami tekanan yang serupa daripada DAP dan PKR iaitu sewaktu beliau meminta DSAI agar segera bertaubat dari mempromosikan kegiatan yang dianggap beliau sebagai paling tidak bermoral iaitu isu lompat parti dikalangan wakil rakyat.

Jumaat, Jun 18, 2010

Dr. Azmi Sharom, Professor yang gagal berfikir...


Jika hendak dibandingkan kedudukan saya dengan Professor Dr. Azmi bin Sharom(rambut panjang dalam gambar diatas), bolehlah dikatakan seperti langit dengan bumi. Siapalah saya untuk memperkatakan sesuatu tentang beliau.

Saya hanyalah seorang rakyat biasa atau kebanyakkan diantara berjuta-juta yang tidak berpelajaran tinggi, tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan kecuali sebuah laptop dan secebis blog yang tiada harganya ini.

Lainlah bagi Professor Dr. Azmi bin Sharom yang punya ijazah lulusan luar negara(PhD, School of Oriental & African Studies, London),(LLM, University of Nottingham, Notingham, United Kingdom),(LLB,[HONS], University of Sheffield, Sheffield, United Kingdom) dan pencapaian akademik dalam negara sendiri mungkin tidak terkira lagi jumlahnya.

Ilmu pendidikan yang begitu tinggi maka sudah tentu daya pemikiran juga pasti telah mencapai ke tahap yang lebih tinggi daripada orang biasa yang belum lagi bergelar sebagai seorang Professor.

Tetapi malang sekali semua itu rupa-rupanya bukanlah satu perkara yang boleh menjaminkan bahawa benar apabila tanggapan luar berpendapat iaitu sekiranya semakin tinggi pendidikan seseorang itu maka akan lebih dalamlah ilmu yang telah ditimba dan semakin bijak dan matanglah cara seseorang itu berfikir.

Inilah yang telah terjadi dalam isu bagaimana seorang yang telah bergelar sebagai seorang Professor 'gagal' merumus apa yang dikatakan oleh Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kuasa masa depan orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang disebut oleh Negarawan Agung didalam entry terbaru diblog beliau iaitu "Kemana Melayu" yang memperincikan tentang peratusan kuasa politik Melayu di negara ini telah dilihat lebih menjurus kepada kuasa minoriti apabila kekuatan Melayu telah berpecah kepada tiga.

Mudah sebenarnya untuk memahami apa yang telah dibayangkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir itu tetapi apa yang sangat menghairankan ialah bagaimana orang berpelajaran, berpendidikan serta kononnya berilmu tinggi seperti Professor Dr Azmi Sharom boleh gagal berfikir untuk menjadi faham akan apa yang dimaksudkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir berkenaan dengan kebimbangan beliau mengenai kuasa memerintah kaum Melayu di negara ini.

Seperkara lagi, sebagai manusia yang punya pegangan hidup serta yang terdidik sejak dari peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah berjaya sepertimana beliau berada disaat ini adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi saya apabila negara mempunyai seorang individu seperti Professor Dr Azmi Sharom yang mungkin separuh dari usianya membesar pada era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir telah sanggup untuk melabel dan menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak bertamadun serta kurang matang berfikir.

Akhir sekali, ...siapakah Professor Dr Azmi Sharom yang tergamak menuduh YABhg Tun Dr Mahathir sedemikian rupa jika dibandingkan dengan ketokohan Negarawan Agung ini, seorang pemimpin yang begitu disegani dan dihormati dirantau Asia, Arab, Eropah, Afrika dan Amerika sewaktu pemerintahannya diatas keberanian serta ketegasan beliau dalam mendepani berbagai-bagai isu antarabangsa yang membabitkan kepentingan negara?

Khamis, Jun 17, 2010

PKR hasilkan video klip "Ais Krim RM2 juta" ?


Isi kandungan tulisan ini tidak akan sama ataupun tidak menyentuh samasekali tentang tajuk artikel diatas sama juga seperti apa yang telah berlaku dilobi Parlimen hari ini apabila benda lain yang ditanya oleh wartawan RTM perkara lain pula yang dijawab oleh YB DSAI Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tapi sikit-sikit adalah... :-)

Wartawan RTM telah bertanya kepada DSAI mengenai isu video klip yang mengandungi "acara makan ais krim" seperti yang telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Bebas YB Datuk Seri Zahrain Hashim semalam didalam Dewan Parlimen namun perkara sebaliknya telah berlaku apabila DSAI pula yang bertanya tentang isu PKFZ, PERWAJA, SCORPINE dan lain-lain kepada wartawan terbabit.

DSAI langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan RTM tersebut kepada beliau malah beliau pula telah diherdik DSAI serta beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Mahfuz Omar yang kelihatan seperti sudah kehilangan punca dan terperangkap.

Rakyat Malaysia harus sabar menanti, apakah video klip "acara makan ais krim" akan lebih hangat seperti video klip 'Ariel Peterpan & Luna Maya' ? Atau sama hangat dengan video klip aktor Hong Kong, Eddy Chen... kita tunggu dan lihat.

Rabu, Jun 16, 2010

DAP - sebuah parti yang anti-Demokrasi


Selama ini semua orang hanya maklum bahawa DAP merupakan sebuah "parti keluarga" yang dimiliki bersama oleh dua keluarga iaitu YB Lim Kit Siang dan juga YB Karpal Singh.

YB Lim Kit Siang adalah Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur merupakan bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YB Lim Guan Eng. Jawatan YB Lim Guan Eng dalam parti adalah Setiausaha Agung DAP manakala isteri beliau yang juga merupakan anak menantu kepada YB Lim Kit Siang iaitu YB Betty Chew Gek Cheng ADUN Kota Laksamana Melaka serta jawatan semasa beliau dalam DAP adalah Naib Pengerusi Wanita DAP Pusat.

Dan begitu juga dengan Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu YB Karpal Singh dimana dalam DAP beliau berjawatan sebagai Pengerusi DAP Pusat manakala anak lelaki beliau yang juga Anggota Parlimen bagi kawasan Puchong YB Gobind Singh Deo adalah Ahli Jawatankuasa Pusat DAP sementara itu seorang lagi anak YB Karpal Singh iaitu YB Jagdeep Singh Deo adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang dan beliau juga adalah wakil rakyat bagi kawasan DUN Keramat di Selangor.

Namun perkembangan terbaru yang telah berlaku dari semalam sehinggalah ke hari ini didalam DAP, barulah kita tahu bahawa DAP atau nama penuhnya Democratic Action Party atau dalam bahasa Melayu Parti Tindakan Demokratik sebenarnya tidaklah seperti apa yang kita fikirkan bilamana DAP hari ini meminta pampasan sebanyak RM5 juta daripada dua wakil rakyat mereka yang telah keluar parti iaitu ADUN Jelapang YB Hee Yit Foong pada 28 February 2008 dan semalam ADUN Malim Nawar YB Keshwinder Singh.

DAP, PKR serta PAS selama ini begitu angkuh mendabik dada menyatakan kepada umum kononnya merekalah parti bergabung yang memperjuangkan kebebasan mutlak baik dalam bentuk perkataan mahupun tindakan tetapi apabila tindakan mereka meminta pampasan daripada kedua-dua wakil rakyat yang keluar parti maka secara sendirinya telah menafikan yang DAP bersifat terbuka malah menjadi sebaliknya apabila tindakan terdesak DAP itu telah membuktikan kepada umum bahawa dalam hal ini DAP dan PAS sama saja iaitu tidak dapat menerima konsep kebebasan yang mereka dakwa sebelum ini kononnya tidak diamalkan dalam Barisan Nasional.

Dalam kes terbaru ini, ternyata ianya telah membuktikan DAP dan PAS adalah dua pertubuhan yang sebenarnya telah menafikan hak serta kebebasan pihak lain dalam persatuan apabila terus menekan dengan berbagi cara sesiapa saja dikalangan ahli mereka sekiranya ingin atau telah mengambil sebarang tindakan yang dahulunya halal bagi mereka namun kini telah menjadi haram atau salah pula apabila dirasa telah menggugat kedudukan mereka secara keseluruhannya dan bolehlah dirumuskan bahawa DAP dan PAS sebenarnya adalah dua pertubuhan yang menentang sistem demokrasi dinegara ini.

Selasa, Jun 15, 2010

Tak nak no.1, PAS tetap mahu jadi Pak Turut !


Menolak cadangan oleh para pengikut serta para penyokong PAS yang mahu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat mengetuai Pakatan Pembangkang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, tuan punya badan telah tampil dengan berbagai alasan akan sebab beliau tidak mahu menerima saranan tersebut.

Alasan yang paling kelakar yang dibuat oleh YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah, 'beliau telah gagal didalam ujian mental dan fizikal' sebab kononnya ujian "mental & fizikal" telah dimenangi oleh Penasihat PKR yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka oleh itu Datuk Nik Aziz mengakui yang beliau tidak layak lalu menyerah kalah dan seterusnya tetap mahu Datuk Seri Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Satu lagi alasan yang tidak kurang juga hebatnya dari Datuk Nik Aziz ialah apabila beliau menyatakan bahawa antara lain sebab penolakannya terhadap cadangan tersebut iaitu berkaitan dengan masalah 'moral'. Dalam ujian ini juga katanya beliau telah tewas ditangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dimana menurut beliau markah yang diperolehi oleh YB Datuk Seri Anwar didalam ujian 'moral' terlalu tinggi dan ini tidak akan memungkinkannya untuk untuk diangkat sebagai Ketua bagi Pakatan Pembangkang berdepan dengan Barisan Nasional.

Kesimpulannya sangat mudah, didalam Pakatan Haram(belum berdaftar dengan ROS) YAB Datuk Nik Aziz tetap mahu melihat PAS terus menjadi orang nombor tiga dalam pakatan tersebut atau lebih tepat lagi tetap mahu menjadi Pak Turut kepada segala perintah DAP dan juga PKR. Kalau DAP kata 'angguk kepala' PAS akan angguk kepala, dan begitu juga andaikata PKR kata 'geleng kepala' maka sudah tentu PAS akan menurut saja... 'angguk-angguk, geleng-geleng'...

Isnin, Jun 14, 2010

DHPP senjata sulit DAP menyusup kedalam PAS...


Memang ada diantara para pengikut PAS yang mengiyakan kata-kata pemimpin tertinggi mereka bahawa PAS sudah berjaya mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam apabila dilihat adanya golongan itu menyokong perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)yang baru ditubuhkan.

Akan tetapi sekiranya itu dakwaan mereka, ianya adalah satu kesilapan kerana jika benar orang-orang bukan Muslim ternyata telah menerima cara Islam serta menyokong perjuangan tersebut maka sudah tentu mereka harus jujur dan ikhlas untuk menerima Islam dengan turut sama-sama berjuang dari dalam sebagai seorang Islam dan bukan separuh sebagai bukan Islam dan separuh sebagai Islam.

PAS mendakwa mereka telah berjaya untuk mendekatkan golongan bukan Islam kepada perjuangan mereka berikutan pendekatan yang mereka buat, namun bagaimana boleh dikatakan sebagai telah berjaya sedangkan tujuan sebenar golongan itu untuk turut berada bersama didalam perjuangan PAS yang sehingga kini suara mereka telah diterima sebagai suara yang boleh membuat keputusan didalam parti tidak dijelaskan oleh PAS dengan terpinci kepada setiap pengikutnya.

Belumpun berusia enam bulan dan ternyata masih baru lagi, tetapi DHPP sudah mula membuat perangai serta menunjukkan belangnya yang sebenar apabila berani menuntut bermacam-macam daripada PAS bermula dengan hak itu hak ini sedangkan kalau dilihat penyertaan mereka sebagai sayap baru PAS adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan parti dan bukannya untuk berlagak sebagai hero dikalangan kaum-kaum mereka sendiri.

Bagi pandangan saya, dengan wujudnya DHPP didalam PAS maka dengan secara sendirinya kerja-kerja DAP akan semakin menjadi mudah dan selesa kerana para pasukan perisik mereka iaitu DHPP sudah duduk sebelah menyebelah dimeja yang sama dengan Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Mursyidul Am PAS serta Setiausaha Agung PAS

Adalah tidak keterlaluan jika DHPP juga boleh diibaratkan sebagai satu pasukan "kuda trojan" yang telah dilepaskan oleh DAP untuk berkeliaran didalam PAS dan peranannya yang dipertanggungjawab ialah untuk memantau setiap pergerakkan PAS dari dalam serta akan melaporkan setiap permasalahan yang timbul didalam PAS kepada DAP sekiranya ada bagi memudahkan DAP untuk mengatur serta memasang strategi seterusnya untuk terus melemahkan PAS.

Sabtu, Jun 12, 2010

PAS akhirnya terdampar bersama dengan dasar perjuangannya...


Semua orang tahu bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS diwujudkan di negara ini adalah dengan bertujuan untuk menjaga serta memelihara semua kepentingan yang berkaitan dengan agama Islam serta juga hal ehwal orang-orang Melayu dan inilah yang telah menjadi tunjang utama kepada asas perjuangan PAS yang sebenarnya sejak mula ianya ditubuhkan.

Sebermula perjuangan PAS telah turut disertai dengan janji-janji kepada orang-orang Melayu dan Islam bahawa sekiranya PAS berjaya memerintah negara ini maka mereka akan melaksanakan Hukum Hudud dan untuk membuktikan yang janji mereka itu benar serta mahu agar orang-orang Melayu serta Islam mempercayainya maka pada bulan Ogos tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengeluarkan Hukum atau fatwa tegas yang berbunyi "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."

Maksud fatwa atau hukum yang telah diluluskan oleh Dewan Ulama PAS hampir 47 tahun yang lalu itu sangat jelas iaitu walau apapun yang berlaku dikemudian hari dalam perjuangan mereka untuk berdiri sebagai sebuah kerajaan Islam di negara ini semuanya harus bersih dan tidak tercemar dari sebarang kerjasama dengan orang-orang yang bukan beragama Islam atau lebih tepat lagi kaum-kaum bukan Melayu bagi memastikan yang pemerintahan PAS nanti adalah suci dari segala sesuatu kegiatan yang boleh menjadikannya sebagai haram.

Tetapi kini, hampir semua itu malah sebahagian daripada nilai-nilai perjuangan asal PAS telah terkubur begitu saja sejak PAS mengikat kerjasama dengan DAP dan juga PKR. Sebelum kerjasama antara PAS dengan DAP dan juga PKR dilangsungkan, DAP melalui Karpal Singh awal-awal lagi telah memberi amaran keras kepada PAS iaitu sekiranya PAS masih mahu meneruskan hasratnya untuk menubuh negara Islam di Malaysia, maka harus 'langkah mayat Karpal Singh' terlebih dulu baru boleh istyiharkan Malaysia sebagai negara Islam serta boleh laksanakan hukum Hudud di negara ini. PAS ternyata gentar dan jelas sangat takut dengan ancaman DAP itu.

Kini PAS sanggup membuang dan melontar jauh-jauh dasar perjuangan asal parti yang diasas dan dipertahankan oleh bekas-bekas pemimpin PAS yang terdahulu jauh ke tengah lautan dan membiarkannya terumbang-ambing dilambung ombak serta dilanda badai tengah lautan samudera. Pemimpin PAS saat ini, baik Presidennya YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Mursyidul Amnya YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain lagi memang ternyata telah gagal untuk mempertahankan semua itu malah tidak mampu untuk menyelamatkan maruah PAS apabila sanggup mengenepi dan mengubah dasar perjuangan parti semata-mata untuk membolehkan PAS terus kekal bersama dengan DAP dan PKR dalam usaha mengejar kuasa memerintah negara.

Dengan wujudnya Kelab Penyokong PAS dan kini telah dikenali dengan nama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) ianya telah diterima sebagai salah satu sayap baru bagi PAS dan lebih istimewanya pula ialah kesemua ahli-ahli dalam DHPP terdiri daripada kaum bukan Melayu dan tentunya bukan beragama Islam dimana golongan inilah dulunya yang diistyihar sebagai HARAM oleh PAS bagi mana-mana orang Islam sekiranya berkongsi sesuatu dengan mereka terutamanya dalam usaha mencapai matlamat untuk memerintah negara dan barangsiapa yang masih berdegil dan masih tetap mahu meneruskan kerjasama itu maka mereka yaini orang-orang Islam akan dijatuhkan hukum sebagai kafir ataupun haram.

Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kini bukan saja berperanan sebagai penyokong kepada PAS semata-mata tetapi jauh daripada itu apabila sejurus saja selepas DHPP diumumkan sebagai sayap baru PAS mereka secara sendirinya diperbolehkan untuk mengundi pada setiap kali Muktamar PAS diadakan dan ini bermakna DHPP juga punya kuasa untuk menentukan setiap shaft kepimpinan parti dan sudah tentu akan terlibat secara langsung didalam membuat sebarang keputusan didalam parti.

Pada Muktamar PAS yang ke-56, saham DHPP dalam PAS semakin berkembang pesat apabila Majls Syura sebulat suara membenarkan mana-mana ahli dalam DHPP untuk bertanding sebagai calon pada PRU13. Perkara ini telah diumumkan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP dan PKR. Menurut Abdul Hadi lagi, kebenaran itu bagaimanapun bersyarat dan mana-mana ahli DHPP yang berhasrat ke arah itu hendaklah mengemukakan surat taat setia kepada parti dan mereka itu mestilah bermoral tinggi dan bersih.

Surat sumpah taat setia kepada parti lebih kurang seperti surat 'sumpah Ba'iah' lah tu agaknya, kalau dah melanggar mau tak mau mesti ceraikan bini dengan talak berapa ikut suka masing-masing. Yang diwajibkan kepada mereka yang bakal bertanding daripada DHPP ialah moral mesti tinggi, tinggi berapa kilometer kurang pastilah pulak dan semestinya juga bermoral atau bermaruah bersih, sebersih siapa agaknya...mungkin lebih kurang sebersih maruah Mat Sabu atau YB Elizabeth Wong.

Inilah sebahagian daripada realiti dan hakikat yang harus diterima dari perjalanan jauh PAS oleh semua ahli-ahlinya. PAS telah hanyut sebenarnya. Apakah ahli-ahli PAS yang masih jelas dengan dasar perjuangan parti yang terdahulu sanggup untuk keliru bersama dengan pemimpin yang sudah ternyata semakin sesat dalam mengemudikan parti sehingga haluan PAS kini telah tiada arah hala yang nyata dan betul?

Apakah mereka yaini ahli-ahli PAS hanya akan membiarkan PAS untuk terus hanyut tanpa arah yang dituju dan akhirnya terdampar seperti sampah-sarap yang tiada nilainya di tepian pantai dan kering serta reput bersama-sama dengan dasarnya yang hebat-hebat suatu ketika dulu seperti "Membangun Bersama Islam,", "Hukum Hudud," ???

Jumaat, Jun 11, 2010

Hak Bumiputera dipertikai, hak mereka diperjuang !


Tulisan saya ini bukanlah bertujuan untuk menghasut atau cuba untuk membangkit rasa tidak senang kaum tertentu dinegara ini terhadap kaum Bumpiputera yang merupakan penduduk asal di Tanah Melayu dan juga sebahagian daripada kepulauan Borneo.

Apa yang cuba saya ingin sampaikan disini ialah ialah berkenaan dengan sikap serta kehendak sebenar sesetengah individu dari kalangan kaum yang asalnya bukanlah kaum peribumi di negara ini dan sejarah kedatangan mereka ke tanah gugusan Melayu memang sudah tercatit didalam lipatan sejarah dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Yang menarik untuk dikupas ialah mengenai tuntutan sesetengah oleh individu dari golongan kaum tersebut sejak kebelakangan ini yang dilihat semakin melampau dan bolehlah dikatakan sebagai satu usaha cuba untuk mengusik sesuatu yang telah termaktub didalam perlembagaan negara sebagaimana yang telah dipersetujui bersama sejak penubuhan Persekutuan Malaysia lagi.

Kita sebagai kaum Bumiputera semua tahu bagaimana sejak kebelakangan ini hak keistimewaan kita sebagai kaum peribumi di negara ini kerapkali cuba untuk dibangkitkan didalam mana-mana perjumpaan yang dianjurkan dengan tujuan supaya kita akan merasa terganggu dan sentiasa berada didalam keadaan yang cemas, gelisah, serba-salah dan tidak menentu.

Lihatlah sekiranya kaum Bumiputera bertindakbalas terhadap masalah yang dimulakan oleh puak-puak ini tentu sekali mereka ini akan membalasnya dengan berbagai-bagai tuntutan lagi, jelas sekali sejak kebelakangan ini mereka kuat mendesak agar apa saja yang dilihat memberi kelebihan kepada kaum Bumiputera hendaklah dimansuhkan ataupun dihapuskan terus.

Alasan mereka sangat mudah iaitu mahukan hak kesamarataan. Namun kaum ini langsung tidak mahu melihat bahawa kesamarataan yang sebenarnya tidak pernah wujudpun samasekali jika mahu disentuh terutamnya didalam bidang ekonomi antara kaum Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera di negara ini. Jurangnya sangat jauh.

Yang sangat pelik kita dapati ialah disebalik kesungguhan mereka untuk melihat hak keistimewaan kaum Bumiputera dinegara ini terhapus ialah terselindung satu perkara bersama mereka yaini kesungguhan yang serupa tetapi bersifat disebaliknya iaitu mahu hak mereka terus bertahan selain sentiasa menuntut sesuatu yang lain lagi agar menjadi hak mereka yang mana akhirnya kita akan dapat lihat betapa puak-puak ini akan terus menguasai ekonomi serta politik negara dikemudian hari.

Terpaksa kita untuk mengupas isu sebegini apabila ianya dilihat seakan-akan telah gagal untuk ditangani dengan berkesan oleh pihak kerajaan yang memerintah. Lazimnya apabila hak kaum mereka atau sesuatu yang ada pada kaum mereka apabila disebut, diulas ataupun disentuh maka bergegar satu dunia menuduh kaum Bumiputera sebagai bersifat perkauman dan bermacam-macam lagi dan ada yang sehingga dibawa ke muka pengadilan kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman walau ianya jelas berfaktakan sejarah negara.

Tetapi apabila puak-puak ini secara terang-terangan berbuat perkara yang sama malah lebih jauh lagi apabila sanggup untuk mempertikaikan perkara-perkara yang begitu besar serta yang begitu sensitif seperti hak-hak Sultan dan Raja, hak-hak kaum Bumiputera, perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, agensi-agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM serta Institusi Kehakiman di negara ini...lambat tindakan diambil atau langsung tiada... jadi, kita lihat mereka terlalu istimewa dalam hal yang sama berbanding dengan kita. Mengapa???

Rabu, Jun 09, 2010

Parlimen Baru?. Projek Terbengkalai DiDahulukan. Bangunan Sedia Ada DiUtamakan.


Ada ura-ura dari kabinet untuk membina sebuah bangunan baru di kawasan Putrajaya bagi menggantikan Bangunan Parlimen Malaysia sedia ada yang dulu sering menimbulkan kontroversi apabila kerap bocor sehingga menyebabkan Menteri Kerja Raya ketika itu iaitu DS Samy Vellu selalu lupa untuk menyikat rambut beliau setiap kali mahu keluar dari rumah.

Kini isu itu tak ada timbul lagi biarpun hujan turun mencurah-curah selama berminggu-minggu lamanya dan ini menunjukkan Bangunan tersebut sudah boleh digunakan lagi dan kerajaan tak perlulah nak membebankan fikiran untuk mengira berapa kos pemibinaannya nati, dari mana sumber kewangan, siapa kontraktor yang patut dilantik dll.

Dan apa yang patut dipertingkatkan mengenai Parlimen ialah sikap Anggota-anggota Parlimen itu sendiri terutamanya dari kalangan Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS supaya disiplin ketika berhujah didalam Dewan Parlimen dijaga sebaiknya, jangan jadi macam budak darjah satu era tahun 1970an dulu.

Begitu juga tatkala berada dilobi Parlimen atau di ruang rehat Parlimen ahli-ahli Parlimen terutamanya dari Pakatan Pembangkang harus bersikap sebagai seorang Yang Berhormat sesuai dengan jawatan yang sedang disandang oleh mereka ketika itu dan janganlah buat perangai macam sesetengah orang awam yang apabila masalah mereka tidak pernah dilayan oleh wakil-wakil rakyat kawasan mereka.

Berbalik semula kepada hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk membina Bangunan Baru Parlimen Malaysia di Putrajaya, saya rasa jika melihat kepada keadaan ekonomi, keadaan politik semasa, tahap sokongan rakyat kepada BN, tahap perpaduan antara kaum tidak stabil di negara ini serta pandangan berat sebelah oleh sesetengah kaum terhadap agensi-agensi penguatkuasa dinegara ini seperti menuntut kerajaan untuk kerajaan untuk berbuat sesuatu dan bukannya menuntut kerajaan sedia ada untuk membina bangunan Parlimen baru.

Jadi apa kurangnya dengan bangunan Parlimen yang ada sekarang? Sangat mendesakkah bagi kerajaan sehingga terpaksa membangunkan bangunan baru Parlimen Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya? Tidak ada perkara yang dilihat telah mendesak...

Adalah lebih baik untuk kerajaan mendahului segala projek-projek yang terbengkalai sejak sekian lama dan yang siapkan dulu projek-projek yang sangat diperlukan oleh rakyat seperti bekalan air bersih, sistem jalanraya gred 5 pun tak apa asalkan ada laluan untuk kereta nak bergerak.

Bangunan Parlimen yang sedia ada sekarang masih bagus, selagi YB Datuk Bung Mokhtar Radin, YB Datuk Ghaffur Salleh, YB Datuk Mohamed Aziz, YB Datuk Paduka Ibarhim Ali, YB Lim Kit Siang, YB Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain lagi masih boleh bersuara maka selagi itulah Bangunan Parlimen itu tetap boleh digunakan dan tak payah nak buat yang baru...khuatir pula nanti mereka nama yang nama mereka tertulis diatas akan membisu pula bila masuk bangunan baru.

Khamis, Jun 03, 2010

Kejadian Israel merampas passport rakyat Malaysia harus dirujukkan ke Mahkamah Antarabangsa The Huge


Peristiwa paling tragis yang telah menimpa seorang Komander Kanan pemimpin Pergerakan Hamas, Mahmoud al-Mabhuh pada subuh Rabu 20 January 2010 disebuah hotel penginapannya di Dubai dimana beliau telah bunuh oleh skuad pembunuh Israel Mossad seharusnya terus diambil sebagai iktibar dan peringatan kepada kita semua kerana ketika pembunuhan itu berlaku pihak rejim zionis telah meyalahgunakan passport antarabangsa negara seperti Britain, Ireland, Jerman, Perancis dan Australia untuk melengkapkan matlamat mereka.

Dan dalam insiden terbaru apabila pengganas serta lanun-lanun laut Israel telah menyerang kapal Mavi Marvara yang dinaiki para sukarelawan dari seluruh dunia dengan membunuh 9 orang sukarelawan iaitu 8 orang rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza yang membawa bersama mereka beberapa jenis barang bantuan untuk dihulurkan kepada rakyat Palestine di Gaza dan selain itu pengganas Israel telah mencuri passport antarabangsa milik rakyat Malaysia.

Apabila saya mendapat berita bahawa passport salah seorang daripada rakyat Malaysia telah dirampas dan dicuri oleh pengganas Israel tentu sekali saya akan menunggu apa agaknya tindakan seterus Wisma Putra samada untuk mendapatkan kembali dokumen yang paling bernilai itu dalam bentuk asal atau juga pihak kementerian luar akan membiarkan saja dokumen tersebut terus berada didalam genggaman tangan pihak pengganas Israel tanpa mensyaki apa-apa akan dilakukan oleh pengganas Israel dengan menggunakan passport antarabangsa rakyat Malaysia itu.

Banyak yang dapat saya nampak akan tujuan sebenar pengganas Israel menyimpan passport antarabangsa milik rakyat Malaysia itu dan antaranya ialah akan digunakan untuk membunuh beberapa orang pemimpin rakyat Palestine dan sekiranya ini terjadi sudah tentu hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestine akhirnya akan mula bermasalah dan ini akan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat Palestine terhadap Malaysia, maka inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pengganas Israel.

Sebaiknya, sebelum terlambat adalah sangat elok untuk Malaysia membawa kes pengganas Israel mencuri dokumen rakyat Malaysia ini ke Mahkamah Antarabangsa agar keputusan dapat diperolehi darinya yang membolehkan passport antarabangsa tersebut dapat dikembalikan kepada Malaysia.

Rabu, Jun 02, 2010

Berdepan kekejaman Israel: Malaysia harus tampil dengan cara tersendiri...

Kejam, zalim, angkuh dan biadap merupakan antara pakaian semulajadi pada diri para pemimpin serta bala tentera rejim zionis Yahudi. Tanpa satu dari sifat yang disebutkan itu maka rejim Yahudi tidak akan bermaya untuk bergerak diatas muka bumi ini.

Tragedi terbaru iaitu serangan ganas dan paling terkeluar dari sifat yang dimiliki oleh makhluk yang bernama manusia, Komando tentera Israel telah menyerang kapal MV. Marmara yang membawa konvoi iaitu sukarelawan beserta pelbagai jenis bantuan untuk rakyat di Gaza. Serangan yang memang tepat sekali diibaratkan sebagai satu serangan oleh lanun-lanun di perairan Somalia.

Rakyat seluruh dunia yang cintakan keamanan dan bencikan Israel hanya mampu mengadakan tunjuk perasaan, menghantar memorandum ke pejabat kedutaan negara-negara yang tertentu sebagai menyatakan rasa marah mereka terhadap kezaliman pihak Israel dan pastinya tidak akan mampu bertindak lebih daripada itu.

Badan dunia seperti PBB yang diharapkan untuk bertindak ternyata gagal dan kecut. Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama juga dilihat terus bersandiwara berhubung dengan serangan tentera Israel terhadap kapal Marvi Marmara itu. Obama hanya mampu bersedih dan lepas itu pula telah menekan Majlis Keselamatan PBB agar jangan mengutuk Israel.

Lain-lain negara seperti Mesir, Jordan, Arab, Turki sendiri yang mempunyai jalinan kerjasama diplomatik dengan negara Zionis itu masih belum ada kata putus tentang status hubungan negara zionis itu malah lebih teruk lagi kebanyakan negara Teluk yang ada hubungan dengan Israel masih lagi belum ada pendirian jelas samada masih mahu mengekalkan hubungan atau meutuskannya akibat tekanan daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Walaupun menghadapi tekanan demi tekanan dari rakyat mereka sendiri yang mahukan negara mereka menamatkan sebarang kerjasama dengan Israel namun hampir kesemua pemimpin negara-negara Teluk kecuali Iran mengambil sikap mendiamkan diri serta membisu. Apa yang rakyat mereka mampu lakukan hanyalah dengan membuat tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan, baling batu, bakar tayar, lastik dan sebagainya yang terbukti tidak akan mendatangkan kesan apa-apa kepada pihak Israel.

Dan Malaysia selaku negara Islam yang bukan dalam lingkungan negara-negara Liga Arab atau Teluk, rakyat serta pemimpin di negara ini sepatutnya berusaha mencari jalan atau cara berlainan dari cara yang sudah terbiasa dilakukan oleh rakyat negara lain sebelum ini apabila berdepan dengan amcaman berbahaya Israel agar ianya lebih lebih berkesan serta mampu membuka mata, hati serta fikiran pemimpin Yahudi supaya mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini terhadap umat manusia sejagat akhirnya akan memakan diri mereka sendiri.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya terikut-ikut lagi dengan cara luar yang suka berarak serta suka mengadakan tunjuk perasaan apabila berlakunya sesuatu kejadian seumpama itu...biar sekerap manapun demonstrasi kita lakukan, ianya tidak akan membawa apa-apa faedah sama juga seperti kita mencurah air ke daun keladi, kerja sia-sia.

Malaysia boleh bertindak dengan mempengaruhi negara-negara lain seperti negara-negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN, OIC, NAM, KOMANWEL, G-15 agar segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan juga Amerika Syarikat. Jika Amerika Syarrikat boleh menekan negara-negara lain dengan menggunakan kuasa ekomnominya, kenapa tidak negara lain bersatu untuk mengenakan balik Amerika Syarikat dengan cara yang sama ?

Fikirkanlah, jika kesemua negara-negara yang ada didalam pertubuhan yang disebut itu berjaya dipujuk dan diayat-ayat dengan kata-kata yang meyakinkan agar bersatu menekan dan memaksa Amerika Syarikat supaya jangan lagi memberi muka terlampau kepada Israel, maka adalah tidak mustahil jika Malaysia mahu memulakan dengan cara seperti itu saya pasti ianya akan membuahkan hasil yang luarbiasa.

Arkib Blog