Gambar di atas sebagai merujuk kepada satu kes di mana seorang penuntut lelaki rakyat Malaysia dari sebuah universiti di Greece telah berkahwin dengan kekasih sejenisnya warga negara tersebut. Pelajar berkenaan berasal dari Semenanjung Malaysia. Kejadian yang melibatkan pelajar lelaki Malaysia mengahwini rakan sejenis mereka di luar negara rupanya tidak terhenti setakat di situ saja.
Kejadian seumpama berulang kembali apabila seorang pelajar Melayu yang ditaja oleh Syarikat Carigali Petronas, Ariff Alfian Rosli, 28 tahun, yang sedang menuntut di Universiti College Dublin Ireland telah berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Ireland yang dikenali sebagai Jonathan.
Ini merupakan kes yang kedua pelajar lelaki kahwin sesama lelaki yang melibatkan pelajar rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara. Untuk berita selanjutnya bolehlah layari blog MyMassa . Apa sudah jadi ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Disember 16, 2011
Kalaulah Ambiga anjur Seksualiti Merdeka di Aceh, pasti ini padah beliau akan terima!
Sekumpulan 65 orang pengikut gaya Punk termasuk beberapa remaja perempuan telah ditangkap dan ditahan oleh para pegawai penguatkuasa agama Islam di Daerah Aceh gara-gara tampil dengan pakaian serta imej yang bertentangan serta mencemarkan kesucian Islam di daerah yang begitu menitik berat soal-soal hukum agama.
Kumpulan Punk tersebut yang ditahan telah dicukur rambut mereka bagi yang lelaki manakala bagi wanita pula semua peralatan ditanggalkan dari tubuh, selepas itu mereka dikehendaki berendam di dalam sebuah kolam air. Syabas atas ketegasan pihak berkuasa di Aceh. Demi mempertahankan maruah agama, mereka tidak berkompromi walau apapun alasan yang diberi.
Saya yakin, kalaulah kerajaan Malaysia mahu bertindak tegas tanpa rasa ragu-ragu dalam menangani beberapa isu yang sememangnya boleh dikira sebagai isu berat seperti isu Seksualiti Merdeka, Bersih 2.0 dan bermacam-macam lagi perhimpunan dianjurkan oleh para petualang dan pengkhianat negara yang nyata tanpa berselindung telah mencabar keharmonian, keamanan, kedaulatan serta perpaduan dalam negara maka sudah tentu banyak perkara mudah diselesaikan dengan segera tanpa berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah.
Label:
punk
Yang Mula Dan Akhir
Putaran alam;
Pasang pasti ada yang surut
Naik pasti ada yang turun
Hidup pasti ada yang mati
Mula pasti ada yang akhir...
Label:
mula dan akhir
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com