Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 06, 2011

DS Hisham kata "Mat Sabu tak bersenjata, tak perlu diISAkan" !!!

Ahli falsafah pernah berkata "lidah lebih tajam daripada mata pedang" maknanya jika percakapan tidak dijaga dengan sebaik-baiknya pasti akan melukai hati dan perasaan orang lain. Tak semestinya hanya dengan menggunakan objek yang tajam atau berbahaya boleh menyebabkan kelukaan namun dengan kata-kata juga pasti boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain.

Ye lah, kata-kata seperti "luka ditangan nampak darahnya, namun luka dihati siapa yang tahu"... luka dihati kerana kata-kata yang menyakiti hati dan luka ditangan akibat senjata atau alat-alat yang tertentu seperti pisau, parang ataupun pedang. Dan untuk mencegah sesuatu perkara yang menjadi kebimbangan kepada orang ramai supaya tidak akan berlaku tidak juga semestinya menunggu sehingga seseorang itu bersenjata baru hendak bertindak.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri mengapa KDN tidak bertindak ke atas Mat Syabun nampaknya sangat mudah. Mudah. Mengambil mudah hal-hal yang boleh mendatangkan keadaaan tidak selamat dan stabil kepada negara  Datuk Seri Hishamuddin kata tindakan ISA atau yang berbentuk pencegahan tak perlu ke atas Mat Syabun kerana beliau tidak bersenjata cuma dia serang para pejuang negara serta polis dengan hujung lidahnya saja. Biarkan. Biarkan.

Kalau Mat Syabun ketika itu mengeluarkan kenyataan sambil memegang senjata macam Rambo ataupun macam gaya Osama Bin Laden, siap sandang senjata otomatik dibahu...maka barulah boleh dihumbankan ke dalam ISA..tetapi selagi dia keluarkan kata-kata biar sangat menyinggung hati dan perasaan orang lain..biarkan, biarkan, biarkan... biarpun sudah ratusan laporan polis telah dibuat ke atas Mat Syabun ekoran penghinaan teruk beliau terhadap anggota Polis khususnya yang terkorban dalam peristiwa Balai Polis Bukit Kepong...tetapi biarkan, biarkan, biarkan saja...sebab Mat Syabun tak bersenjata...hmmmmzzzzzzzz

Debat KJ-Mat Sabu: Mat Syabun hilang pelir lalu kibar bendera putih!!!

Debat di antara Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin dengan Timbalan Presiden Parti Komunis SeMalaysia (PAS) Mohamad Sabu atau Mat Syabun adalah cadangan yang datangnya daripada pihak PAS sendiri iaitu kerajaan PAS Kelantan dan bukannya kemahuan oleh YB KJ ataupun idea daripada UMNO/BN.

Debat itu berkenaan dengan pengiktirafan oleh Mat Syabun kepada anggota pengganas komunis serta talibarut mereka yang terlibat dalam serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong lebih kurang 61 tahun yang lampau. Mat Syabun mengangkat pengganas-pengganas komunis serta talibarut mereka sebagai wira dan hero negara dan menganggap mereka sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Berbalik kepada cadangan debat antara KJ dengan Mat Syabun, malang sungguh...belum apa-apa lagi Mat Syabun yang dipilih oleh pihak PAS untuk berdebat dengan KJ berhubung dengan isu kontroversi yang dicipta olehnya sendiri awal-awal telah mengaku kalah lalu mengibar bendera putih sebagai tanda berundur seraya menyerahkan tugas berdebat dengan KJ itu kepada Pemuda PAS Johor.

Berita selanjutnya di Utusan Malaysia .

TS Ghani, DS Nazri & DS Hisham, ke-3-3 mereka sama saja !!!

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail
Kelemahan dia suka mengumpul serta menyimpan segala kertas siasatan yang diserahkan oleh pihak Polis kepadanya sampai bertimbun dalam kamarnya tanpa berani mengambil tindakan susulan terhadap kes-kes yang melibatkan puak-puak Pakatan Haram...


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Kelemahan yang ada pada dia ialah terlalu setia, tak sanggup menegur boss dan kalau ada orang lain yang tegur boss dia maka akan dikritik si menteri ini contohnya walaupun satu ketika dulu individu berkenaan pernah menjadi boss kepada beliau, sifat mudah lupa diri, setia tak bertempat menyebabkan menteri ini seolah-olah leka dengan kedudukannya sehingga terlupa akan tanggungjawab sebenar.


Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Kelemahan beliau semua orang dah sedia maklum...suka bermain dengan amaran..sikit, sikit amaran... sampai isu tempoh tarikh tamat program 6P sistem bometrik juga sempat lagi beliau main amaran, tangguh dah berapa kali dah untuk ditamatkan tapi lepas tu entah...
 Blogger Yuseri Yusoff atau Double YY ada isu menarik untuk kita renungi bersama. Tulisan beliau adalah mengenai peranan ketiga-tiga individu iaitu Tan Sri Ghani Patail, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Hisham yang punya tanggungjawab masing-masing dalam menentukan keadaan dalam negara agar terus stabil, makmur dan harmoni.

Namun sayang sekali apabila ketiga-tiga mereka ini yang telah diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan untuk memikul tanggungjawab berkenaan ternyata telah gagal untuk menggalas tugas yang diberi bila tidak mampu untuk melaksanakannya dengan berkesan sebagaimana yang diharapkan oleh ramai pihak.

Telah terlalu banyak sudah isu-isu yang sensitif berbangkit dalam lingkungan masyarakat negara ini sejak sekian lama tidak mampu ditangani dengan baik oleh ketiga-tiga mereka ini walaupun berbagai desakan oleh banyak pihak terhadap mereka untuk bertindak disuarakan namun semuanya tidak dihiraukan.

Laporan Polis dah bertimbun-timbun dibuat terhadap isu-isu semasa tetapi KDN asyik dengan irama lamanya "amaran" dan begitu juga dalam hal kertas siasatan yang sudah lengkap juga sudah berlori-lori dihantar oleh pihak Polis kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta kepada Pejabat Peguam Negara tetapi mana dia tindakan susulan oleh keduanya? Tiadakan...

Dalam isu perhimpunan BERSIH 2.0 misalnya, apa yang ketiga-tiga mereka ini sudah lakukan terhadap Ambiga Sreenevasan, Mat Syabun, A. Samad Said, Marina Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Tian Chua...apa tindakan yang telah dikenakan? Isu terbaru, Mat Syabun Komunis, apa yang termampu ketiga-tiga mereka ini akan buat nanti?... hanya mampu berdiam diri???

Arkib Blog