Kini nampaknya ada sebilangan Melayu Singapura sudah bangkit dan kebangkitan sebilangan kecil daripada mereka itu bukanlah bertujuan untuk memperjuangkan hak atau mengembalikan kuasa memerintah Singapura kepada mereka melainkan mereka bangkit untuk mempertahankan nasib mereka yang kononnya adalah lebih baik daripada nasib orang Melayu di Malaysia dari segi ekonomi, amalan hidup dan beberapa perkara lain lagi.
Segelintir orang Melayu Singapura ini sudah lama sebenarnya tidak senang dengan ulasan yang dibuat oleh Negarawan Malaysia YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menyentuh mengenai kedudukan kaum Melayu di negara berkenaan yang seolah-olah telah dipinggirkan oleh pihak kerajaan negara tersebut dan ini nampak jelas apabila kerajaan Singapura lebih mengutamakan kaum Cina dan India daripada kaum Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, jika adapun diterima jumlahnya adalah sangat kecil.
Yang sebenarnya mereka ini tidak dapat untuk memahami akan maksud yang selalu disebut oleh YABhg Tun Dr Mahathir dalam setiap ulasanya apabila saja mengenai mereka dan saya fikir Tun Dr Mahathir tidak sedikitpun untuk membandingkan kedudukan ekonomi Melayu Singapura dengan kedudukan ekonomi Melayu Malaysia tetapi apa yang saya nampak ialah Tun Dr Mahathir hanya menumpukan perhatian beliau kepada isu "hak" kaum Melayu Singapura sebagai penduduk asal negara pulau berkenaan yang kelihatannya sudah hilang dan semakin lenyap.
Cuba kita baca tentang komen-komen balas yang dibuat oleh Salim Ahmad, Kamariah Lim Li Hua dan Eusope Musawa rakyat Singapura daripada kaum Melayu terhadap beberapa ulasan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini dan kita akan dapati mereka sebenarnya tersalahtafsir berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Negarawan kita itu sebab jika mengikut dalam komen mereka masing-masing nyatalah mereka ini dari golongan elit atau yang hidup mewah tanpa memikir apa yang mereka miliki pada hari ini akan beransur-ansur hilang sekiranya "kuasa" yang sepatutnya diperjuang dan dipertahankan tidak diambil peduli.
Namun di sebalik itu ada seorang rakyat Singapura iaitu Walid Jumblett Abdullah dalam forum yang samam telah memintas komen-komen pedas oleh rakan-rakan senegaranya terhadap YABhg Tun Dr Mahathir dan anda boleh baca pandangan beliau tentang Tun Dr Mahathir dan maka itulah sebab saya tidak beranggapan bahawa kesemua rakyat Singapura boleh keliru atau tidak faham dengan isu yang diketengahkan oleh Negarawan Agung kita itu yang membabitkan Melayu Singapura kerana ada yang melihat bahawa Tun Dr Mahathir walaupun mungkin tidak semua tetapi banyak apa yang beliau katakan berkenaan dengan Melayu Singapura adalah benar.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Januari 21, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com