Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 19, 2016

Jambatan untuk rakyat Sarawak..

Projek jambatan yang dibina merentasi sungai-sungai di Sarawak merupakan suatu projek yang menjadi kemestian bagi pihak kerajaan Barisan Nasional kerana hanya dengan pembinaannya saja maka membolehkan projek jalanraya yang dirancang untuk menghubungkan banyak tempat terpencil dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sarawak satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mendapatkan peruntukan terbesar daripada kerajaan BN Pusat bagi projek pembinaan jambatannya yang kini berjumlah lebih kurang 30 buah jambatan kesemuanya malah terdapat beberapa sungai di Sarawak yang telah dibina dengan jambatan lebih dari sebuah contohnya bagi Sungai Kemena di Bintulu terdapat 3 buah jambatan begitu juga dengan Sungai Igan 3 buah jambatan serta di tempat lain.

Manakala di Sungai Oya Dalat pula kerajaan BN telah membina dua buah jambatan konkrit iaitu sebuah di Kuala Oya dan satu lagi di sebelah hulu Kampung Baru Melanau Dalat yang menghubungkan jalanraya dari Dalat ke Kampung Sungai Kut dan Kampung Hilir Dalat serta Kampung Brunei di seberang pasar.

Dulu Sama Menyokong. Sekarang ?

Dulu ramai dari kalangan blogger proKerajaan yang menyokong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan berikutan ada ura-ura kerajaan pada masa itu mahu memansuhkannya setelah menerima tekanan daripada pihak pembangkang serta kumpulan aktivis hak asasi manusia.

Itu dulu tetapi sekarang sesudah kerajaan bersetuju menghapuskan akta berkenaan maka ada pula di antara mereka ini yang dulunya tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan itu telah mengubah pendirian dan menyokong pula tindakan kerajaan memansuhkan akta ISA dan sentiasa tampil mempertahankan pemansuhan akta tersebut jika ada dari rakan blogger lain yang mahu supaya ISA dihidupkan semula demi keselamatan negara dan juga keharmonian penduduk Malaysia.

#SekadarMengenang :)

Jumaat, Mac 18, 2016

Proton antara bukti idea Tun Dr. Mahathir adalah emas

Tun Dr. Mahathir pernah menyebut bahawa idea yang bagus macamana sekalipun jika tanpa kuasa untuk merealisasikannya hanya akan menjadi angan-angan yang tidak menjadi nyata.

Perkara ini terbukti benar apabila sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia banyak idea yang beliau kemukakan kepada pihak kerajaan namun gagal disempurnakan malah ada sebahagiannya yang sedang dalam proses perlaksanaan juga turut dibatalkan.

Kita berbalik kepada sewaktu beliau sedang memegang tampuk pemerintahan kerajaan, boleh kita lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir mampu menterjemahkan idea-idea beliau itu ke dalam pelbagai bentuk pembangunan serta pembuatan walaupun pada mulanya mengundang pandangan sinis oleh sebahagian masyarakat malah ada yang mentertawakan usaha oleh beliau itu seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan diri.

Ternyata Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa besar. Tidak mudah mengalah kepada pandangan-pandangan yang selalu memberi respon negatif terhadap idea serta usaha kerajaan yang dipimpinnya malahan mengambil segala bentuk pandangan tidak kira negatif apatah lagi yang positif sebagai pembakar semangat agar tidak mudah luntur.

Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) antara bukti kemampuan Tun Dr. Mahathir dalam mewujudkan ruang kerja baru bagi rakyat Malaysia bukan lagi hanya bergantung kepada industri tradisi tetapi telah memperluaskannya kepada bidang-bidang jauh mencabar yang belum lagi pernah diterokai oleh negara-negara jiran lain dalam Asean dan sekaligus menaikkan imej serta maruah negara kita pada peringkat antarabangsa.

Menapis Bukan Menyekat Itulah Kebebasan

Mendifinasi dua perkataan Menapis dan Menyekat. Menapis bermaksud membuat tapisan supaya yang kotor tidak terlepas sementara yang bersih boleh lalu dengan bebas, maknanya ada pilihan. Manakala menyekat pula ialah perbuatan yang menghalang apa jua tanpa ada sebarang pilihan.

Semasa zaman pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapisan kepada sumber-sumber berita yang meragukan lebih kerap dilakukan tanpa tindakan drastik menyekat hak mereka dari terus berkarya. Cara ini lebih adil kerana kerajaan sentiasa memberi peluang kedua kerana berpegang kepada prinsip keterbukaan serta berdiri di atas kebenaran.

Khamis, Mac 17, 2016

Legasi Gemilang Yang Tiada Duanya..

Akan tetap terpahat oleh tinta emas sejarah kegemilangan sebuah kepimpinan yang tiada galang gantinya.

Nama besar Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan berbagai bentuk kejayaan yang dicapai oleh kerajaan pimpinan beliau ketika itu.

Hanya bagi yang ikhlas serta tahu erti perjuangan beliau saja yang boleh melihat betapa kesungguhan Tun Dr. Mahathir untuk terus memastikan agar negara kita akan menjadi lebih baik dari semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Sagu rumbia kehidupan Melanau

Penanaman sagu atau rumbia secara berskala besar oleh setiap keluarga dari kalangan kaum Melanau di Sarawak bukanlah satu perusahaan yang baru bagi mereka kerana ianya diusahakan sejak sekian lama iaitu sejak daripada nenek moyang mereka lagi sehingga kini dan tanaman yang menghasilkan tepung sagu bermutu tinggi itu telah melalui banyak perubahan terutamanya untuk proses mendapatkan tepung kanjinya.

Jika pada satu ketika untuk mendapatkan tepungnya, kaedah tradisional telah digunakan namun perusahaan sagu rumbia juga tidak terkecuali dari arus perubahan menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan tepung yang lebih bersih dan selamat serta cepat.

Pada zaman dahulu sagu rumbia hanya sebagai keperluan makanan bagi sebahagian besar kaum Melanau di Bumi Kenyalang tetapi pada zaman ini sagu rumbia merupakan asas pendapatan kerana ianya kini telah menjadi tanaman komersial yang menguntungkan bagi siapa saja dari setiap keluarga Melanau yang memiliki ladang sagu dalam jumlah ekar yang besar kerana ianya pasti menjanjikan pulangan yang cukup lumayan.

Tun Dr. Mahathir tiada kepentingan peribadi

Pendapat kebanyakan orang ialah apabila seseorang pemimpin itu melepaskan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai pemimpin kepada sesebuah kerajaan bermakna tanggungjawab beliau terhadap negaranya juga sudah tidak laku lagi.

Tanggapan begini sebenar tidak tepat kerana walaupun beliau itu bukan lagi berada pada kedudukan sebagai pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan bagi sesuatu negara namun tanggungjawab beliau kepada negara tetap tidak akan berubah sama seperti tanggungjawab ketika beliau masih sebagai pemimpin biarpun pada skala yang jauh lebih kecil kerana kedudukan itu sendiri sudah menentukan sedemikian namun dari segi tanggungjawab sebagai seorang warganegara ianya bukanlah satu perkara yang aneh tidak sama sekali menyalahi apa-apapun peruntukan undang-undang.

Sebagai seorang bekas pemimpin yang telah begitu lama berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia, kita sedar rasa tanggungjawab beliau terhadap negara tidak pernah pudar dan beliau punya hak sebagai warganegara untuk turut memastikan agar kedudukan negara kita dari segi keselamatan, kedaulatan, keharmonian kaum dan ekonomi akan kekal stabil sepertimana sebelumnya.

Rabu, Mac 16, 2016

Sarawak zaman Tun Taib & Tun Mahathir

Apa yang masih boleh kita ingat tentang Bumi Kenyalang ketika zaman pemerintahan Tun Pehin Sri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan juga Tun Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-4?

Kita tentunya takkan pernah lupa bahawa kedua-duanya adalah tokoh pemimpin yang begitu banyak sekali jasanya kepada pembangunan pesat Sarawak dan juga kemajuan mampan Malaysia secara keseluruhannya.

Semenjak Sarawak dan juga Malaysia dipimpin oleh kedua-dua tokoh politik pembangunan ini jarang sekali mendengar keluhan rakyat ketika itu kepayahan akibat harga barangan yang pastinya mempengaruhi kos sara hidup kerana disamping menumpukan usaha kepada pembangunan negara namun keduanya tidak pernah meminggir soal kebajikan rakyat.

Arkib Blog