Antaranya dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat selama ini dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pencerobohan serta penaklukan rejim pengganas Zionis ke atas wilayah rakyat Palestine, menzalimi penduduk Palestine, merampas tanah dan juga meroboh rumah kediaman penduduk Palestine, menyiksa serta membunuh rakyat Palestine yang menentang mereka seolah-olah telah mendapat restu daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Apakah selepas dibadai taufan ganas Sandy akan menyedarkan kerajaan Amerika Syarikat bahawa selama ini kerajaan mereka sebenarnya telah silap dalam mempertahankan satu dasar yang tidak adil kepada masyarakat dunia, dasar luar yang nyata menindas pihak yang lemah dan bersubahat dengan pengganas seperti Israel yang terbukti kejam serta zalim.
Taufan dasyat Sandy yang kini sedang melanda dan menyerang beberapa buah negeri di Amerika Syarikat seperti New York, New Jersy dan lain-lain lagi sepatutnya akan membuka hati dan mata kerajaan Amerika Syarikat betapa perbuatan mereka yang berdekad-dekad sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis menganiaya dan menzalimi rakyat Palestine perlu menerima pembalasan yang berlipat kali ganda dari apa yang telah mereka lakukan ke atas penduduk Palestine.