Memang ada baiknya juga apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib melambat-lambat tarikh pembubaran Parlimen seluruh Malaysia dan juga DUN bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Tindakan PM melewat-lewatkan pembubaran Parlimen serta DUN dilihat bagi memberi ruang sepenuhnya kepada mana-mana wakil rakyat khususnya dalam komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat akan kesetiaan mereka terhadap dasar dan juga perjuangan parti.
Ini memang perlu juga dilakukan agar tidak akan berlaku mereka yang mengkhianati parti apabila sudah tiba masanya pilihan raya diadakan. Ini juga bagi mengelak berlakunya calon-calon parti BN yang buat kejutan di saat akhir dengan menyertai Parti Pakatan Pembangkang menentang kerajaan sedia ada.
Belumpun Parlimen dan DUN Semenanjung serta Sabah dibubarkan, sudah seperti tidak tertahan-tahan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang diwakilinya selama 18 tahun dengan meletak semua jawatan dalam parti dan juga Wilfred Bumbu Ring apabila bertindak keluar daripada UPKO dan Barisan Nasional hanya kerana termakan dengan janji Anwar Ibrahim.
Cuba kita bayangkan, misal kata mereka berdua ini Lajim dan Bumbu Ring melakukan khianat terhadap Barisan Nasional selepas Parlimen dibubarkan apabila nama mereka dicalon semula oleh parti bagi mewakili Barisan Nasional untuk sepenggal lagi, tentu menggelabah pemimpin tertinggi BN untuk menyelesaikan perkara yang tidak terduga boleh dilakukan oleh calon-calon BN sendiri yang nama mereka telah didaftar mewakili parti berkenaan.
Ini setelah kedua-dua mereka ini keluar parti dan kembali bertanding mewakili pembangkang bagi menentang calon daripada BN, maka secara tidak langsung ini akan memudahkan lagi kerja Barisan Nasional untuk mempertahankan lagi kedua-dua kerusi Parlimen Beaufort juga Parlimen Tuaran dengan meletakkan calon muda yang lebih bertenaga jika dibanding dengan kedua mereka yang sudahpun berumur dan sudah menjadi "Ayam Pencen" makin tua makin murah harganya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 30, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com