Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 20, 2013

Himpunan Black505 menjanjikan Syurga ataupun Neraka ?

Mati Syahid, itulah yang dijanjikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kepada mana-mana ahli parti PAS yang mahu menyertai himpunan haram Blackout505, 22 Jun Sabtu ini seandainya pada perhimpunan itu nanti mereka mati akibat dari rusuhan yang mungkin bakal mereka cetuskan.

Itu janji-janji Husam Musa kepada ahli-ahli dari parti PAS tetapi bagaimana pula dengan ahli parti dari DAP dan juga PKR yang tidak beragama Islam jika mereka juga mati kerana bergaduh sesama sendiri di dalam perhimpunan haram itu nanti apakah mereka juga akan ke syurga?

Inilah bahayanya fatwa yang dikeluarkan secara sembarangan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki ilmu agama yang secukupnya. Tidak memahami ajaran agama serta tidak mendalami maksud kandungan Kitab Suci tetapi berani mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan orang Islam yang lain.

Hanya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bergantung harap agar KDN bersikap lebih tegas terhadap pihak yang terus berdegil yang masih tetap mahu mengadakan perhimpunan haram walaupun sedar ianya akan menyusahkan ramai orang yang tidak bersetuju dengan himpunan itu nanti.

Arkib Blog