Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Julai 31, 2010

Blog "Dimensi" dikurung buat kali kedua ?


Sejak beberapa hari yang lepas saya telah banyak kali untuk melayarii blog Dimensi milik blogger saudara Jeffry Damien namun hasilnya masih hampa dan saya pasti bahawa laman blog beliau telahpun disekat atau dibatal mungkin diatas sebab-sebab yang tertentu.

Jika benar, maka ini adalah kali kedua laman blog saudara Jeffry Damien berdepan dengan tindakan "mendemokrasikan rakyat" sebagaimana yang biasa-biasa kita dengar selalu didendangkan oleh pihak Pakatan Pembangkang untuk memberikan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara, menulis dan sebagainya jika pihak mereka mendapat kuasa memerintah negara.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila berlakunya kemungkinan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu didalam Pakatan Pembangkang yang tidak selesa dengan apa jua kandungan yang terdapat didalam laman blog Dimensi baik dalam bentuk tulisan atau dalam bentuk gambar yang dihasilkan dikhuatir akan mendatangkan masalah kepada kesemua pemimpin didalam pakatan pembangkang...

Inikah bentuk demokrasi yang sedang diperjuangkan oleh DAP/PKR/PAS..?,,jika blogger yang pro-pakatan pembangkang yang sering menyertakan gambar-gambar para pemimpin Barisan Nasional didalam laman blog masing-masing dalam keadaan yang kadang kala keterlaluan tetapi tiada tindakan serupa diambil oleh pakatan pembangkang tetapi apabila keadaan serupa dilakukan oleh blogger pro-BN terhadap pemimpin mereka maka inilah jawapannya...

Jumaat, Julai 30, 2010

Menyelesai masalah 'Penan Ulu Baram' tak semudah yang disangka~~~


Saya sangat hairan bagaimana boleh beberapa badan bukan kerajaan NGO tempatan dan NGO luar serta juga terdapat sesetengah pemimpin parti politik khususnya dari parti seteru BN seperti Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin(PKR) serta beberapa lagi rakan beliau dari Pakatan Pembangkang dengan begitu mudah untuk mencari kesilapan kerajaan negeri Sarawak didalam isu yang berkaitan dengan masalah suku kaum Penan di Ulu Baram.

Mungkin bagi YB Zuraidah yang hanya datang ke kawasan tertentu di penempatan suku kaum Penan ini sewaktu isu itu berbangkit akan melihat bahawa masalah masyarakat terbabit sebagai mudah untuk diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat hanya dengan menekan kerajaan negeri Sarawak agar tunduk kepada segala tuntutan daripada kaum tersebut terhadap berbagai perkara dan akur kepada desakan NGO-NGO serta individu-individu tertentu yang sentiasa memperalatkan isu Penan ini untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Tidakkah mereka ini ingin tahu bahawa bagaimana kerajaan negeri Sarawak sejak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengambil-alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada YABhg Tun Haji Abdul Rahman Yaakub awal tahun 1980an telah berusaha begitu gigih untuk membawa masyarakat Penan ini bersama-sama dengan kaum Bumiputera lainnya kedalam arus pembangunan negeri agar kaum tersebut tidak ketinggalan serta dapat sama-sama mengecapi erti sebenar nilai politik pembangunan yang menjadi dasar kepimpinan YAB Pehin Sri Taib.

YB Zuraidah serta wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang lainnya mungkin hanya tahu menyalak tanpa mahu mencium bau sebenar apa dia masalah yang membelenggu sebenar masyarakat Penan Ulu Baram ini sehingga begitu sukar untuk kerajaan negeri Sarawak membawa serta membuat perubahan terhadap kaum terbabit. Orang luar memang belum tahu bahawa ada segelintir masyarakat Penan di Ulu Baram ini telah diajar oleh pihak-pihak tertentu bagaimana cara untuk menentang apa-apa jua dasar yang akan dibawa oleh kerajaan walaupun hakikatnya mereka tahu itu semua adalah untuk kebaikan kaum mereka juga.

Itu semua tentu sekali banyak orang akan sedia maklum iaitu apabila ada golongan yang menghasut pasti sekali pihak yang dihasut sedikit sebanyak akan terpengaruh dan golongan inilah yang akan dipergunakan oleh golongan yang menghasut itu tadi untuk mempengaruhi kumpulan masyarakat yang lebih besar lagi sehinggalah penentangan kaum ini terhadap semua usaha oleh kerajaan negeri untuk membawa perubahan kepada mereka sentiasa akan gagal dan tidak berhasil dan bila ini berlaku maka akan menjadi mudah untuk pihak-pihak berkepentingan ini mereka-reka cerita.

Yang menjadi lebih parah lagi apabila dalam masyarakat Penan di Ulu Baram itu sendiri mereka seringkali tidak seiya dan sekata dalam apa-apa jua perkara atau lebih tepat lagi mereka ini dapat bersatu untuk membina kaum mereka agar kuat untuk keluar dari masalah kemunduran semulajadi apabila lebih gemar memilih jalan persengketaan walaupun dalam isu-isu yang kecil dikalangan mereka dan jauh sekali untuk bersepakat.

Untuk memaju atau membawa masyarakat ini keluar bersama-sama dengan masyarakat peribumi lainnya adalah sesuatu yang amat mustahil untuk dilakukan kerana apabila hanya kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh berbuat demikian namun tidak bagi masyarakat itu sendiri maka sudah tentu semua usaha adalah hanya sia-sia.

Untuk menyalahkan kerajaan negeri Sarawak seratus peratus didalam isu yang membabitkan isu Penan di Ulu Baram ini maka saya rasa iainya adalah satu kesilapan dan masyarakat luar juga harus melihat kedalam apa masalah yang melingkari kaum Penan terutamanya di Ulu Baram itu sendiri apabila keadaan mereka sangat sukar untuk diubah, orang luar boleh bertanya disitu.

Mana mungkin untuk sesiapa juga mampu menuruti segala jejak-jejak masyarakat terbabit jika berhasrat untuk memberi sebarang bantuan serta kemudahan kepada mereka walau dalam bentuk apapun memandangkan cara hidup mereka yang suka berpindah-randah dan tidak mahu menetap disatu-satu kawasan tertentu sebagaimana kaum peribumi lain di Sarawak.

Lebih sukar lagi apabila suku Penan di Ulu Baram ini kadangkala jumlah mereka didalam satu-satu kumpulan cuma 8 orang, 9 orang dan yang paling menyukarkan sekali mereka ini tinggal dalam jarak yang sangat jauh diantara satu dengan yang lain dan selepas itu berpindah lagi ke kawasan yang sangat payah untuk dijejaki dan inilah diantara cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak didalam menyelesaikan masalah penempatan suku Penan di Ulu Baram sejak dulu lagi. Dibina rumah panjang, tidak mahu tinggal didalam rumah, mereka lebih suka membina para diluar supaya mudah bagi mereka memasang unggun api serta kegiatan yang lain.

Rabu, Julai 28, 2010

Ke mana Bumiputera hendak bawa hak kaum masing-masing ?


Nampak sangat dah sekarang, hari demi hari apabila kerajaan yang sedia ada telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen sejak berakhirnya PRU-12 lalu, dimana soal hak-hak tertentu khususnya hak kaum Bumiputera semakin kerap disentuh, dibangkit atau diungkit oleh kaum bukan Bumiputera walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa semua itu telah dipersetujui bersama antara tiga kaum terbesar negara ini serta telah dimaktubkan didalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Keghairahan kaum-kaum bukan Bumiputera ini yang galak mendesak kerajaan untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera seolah-olah tidak pernah padam dari perjuangan mereka dan seolah-olah mereka ini sentiasa bersedia menunggu ruang dan peluang untuk terus menimbulkan perkara agar terus mendapat perhatian dari kumpulan yang lebih besar lagi dalam kalangan mereka malah jika boleh mereka seperti mahu sokongan masyarakat antarabangsa terhadap mereka dalam perkara ini.

Posting saya ini bukanlah bermaksud untuk menyerang balas dengan apa yang mungkin menimpa nasib kaum Bumiputera dalam negara ini pada masa depan dalam negara ini tetapi cuma untuk menyatakan akan kewajaran kita untuk mempertahankan apa yang telah menjadi hak kita sebagai kaum peribumi atau kaum asal di negara ini daripada terus cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang memang punya keinginan besar mahu melihat kesemua hak keistimewaan bumiputera hancur berkecai dan sudah pasti bila ianya terjadi kita semua tidak akan punya apa-apa lagi yang hendak dipertahan dan diperjuangkan.

Maka itu, walaupun bagi saya bahawa sememangnya ideologi politik bumiputera masing-masing tentu sekali berbeza akan tetapi apakah tiada semangat kerjasama yang boleh menyatukan mereka kedalam satu perjuangan untuk mengekalkan yang dulunya telah memberi jaminan kepada kita semua bahawa sehingga kini itulah yang telah meletakkan kita dikedudukan yang boleh dikatakan sebagai stabil politik, ekonomi serta pendidikan dan itulah juga yang telah menentukan kejayaan sesebuah kaum itu membentuk menjadi masyarakat pemimpin yang adil dan saksama kepada warganegara yang menghuni negara Malaysia ini.

Harap kerajaan BN, khususnya UMNO yang telah menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini agar benar-benar menjadi pendahulu yang senantiasa peka kepada sebarang peubahan dan juga supaya setiap langkah UMNO akan menjadi ikutan kepada lain-lain komponen didalam Barisan Nasional didalam mempertahankan apa yang telah menjadi hak kaum masing-masing dan bukan mahu hak kaum lain nak dihapuskan namun dalam pada itu mahu terus memperjuangkan atau menambah tuntutan hak ke atas kaum sendiri.

HIDUP BN !!!

Isnin, Julai 19, 2010

Mengapa Nik Aziz gemar bercakap berpusing-pusing...


Jika sebelum ini Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ada menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk bersetuju jika PAS dan UMNO mahu berbincang demi perpaduan Melayu dan juga demi kepentingan agama Islam.

Tetapi malangnya, tak lama selepas itu nada beliau mulai berubah sama sepertimana pada kenyataan beliau sebelum ini berhubung dengan perkara yang ada melibatkan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Pulak, Datuk Nik Aziz menjelaskan bahawa beliau mahu bertemu untuk berbincang dengan Timbalan Presiden UMNO YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk perkara lain dan tidak kena mengena dengan perpaduan kaum Melayu dan Islam.

Adakah ini boleh dinamakan sebagai "sesumpah politik" ?

Rabu, Julai 14, 2010

Datuk Nik Aziz setuju PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama..

Utusan Malaysia Online - Kartun
Berjuta harapan selama ini yang ingin melihat dua parti terbesar orang Melayu di negara ini agar dapat bekerjasama dalam mempertahankan kepentingan kaum Melayu khususnya dan Bumiputera lain amnya serta agama Islam secara keseluruhannya mungkin akan tercapai sekiranya persetujuan yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat benar-benar diterjemahkan seterusnya didalam bentuk tindakan susulan dan bukannya hanya kata-kata yang akan dinafikan semula selepas itu.

Apa-apapun sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat yang amat mengutamakan perpaduan dikalangan antara kaum majmuk serta keharmonian didalam negara ini, maka saya dan mungkin anda juga pasti tertunggu-tunggu akan perkembangan terbaru ini. Kita hanya mampu mengharapkan agar semuanya nanti akan betul-betul terjadi demi agama, nusa bangsa dan negara.

Jumaat, Julai 02, 2010

PKR berlutut depan Yahudi, PAS berlutut belakang DAP !


Berita mengenai kunjungan tiga hari ketua pembangkang YB DS Anwar Ibrahim ke Washington pada 23hb hingga 26hb June lalu untuk memohon keampunan sambil berlutut serta meminta maaf daripada tokoh-tokoh Yahudi Israel di Amerika Syarikat berhubung dengan perkataan sensitif bagi Yahudi "pencerobohan Zionis" yang digunakan oleh DS Anwar ketika memuncaknya bantahan terhadap kekejaman tentera komando rejim Islael ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza telah menjadi isu baru dalam politik Malaysia.

PAS melalui Ketua Dewan Ulama PAS Pusatnya iaitu YB Datuk Harun Taib telah bersuara mengenai perkara ini serta berkira-kira untuk meminta YB DS Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian sebenar beliau berhubung dengan isu itu, tetapi malangnya apabila belum apa-apa lagi Datuk Harun Taib sendiri sudah menyatakan bahawa itu adalah tindakan peribadi DS Anwar Ibrahim dan PAS tak perlu bimbang. Apa jenis pemimpin macam ni, belum apa-apa sudah angkat bendera putih !

Apa kurangnya juga dengan sikap Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam tuntutan yang hampir serupa sebelum itu iaitu apabila Nik Aziz telah "mencabar" Pengerusi DAP YB Karpal Singh agar membuktikan dimana tak betulnya konsep Islam yang dilaksanakan di Kelantan di bawah kerajaan PAS.

Begitu juga, belumpun sempat lagi YB Karpal Singh menyahut cabaran yang dikemukakan oleh Datuk Nik Nik Mat, Mursyidul Am PAS itu siang-siang sudah menyifatkan bahawa kenyataan YB Karpal Singh itu sebagai pendapat peribadi Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu saja dan bukan melibatkan DAP. Inilah bukti kelemahan yang paling nyata dalam perjuangan PAS, mahu bersuara sekejap tapi takut pula menanggung risiko apabila Datuk Nik Aziz sendiri setelah dia mencabar YB Karpal Singh kemudian dia sendiri pulak yang memintas cabaran yang dikemukakan oleh dia sendiri...

Khamis, Julai 01, 2010

..bukan peribadi!! Karpal Singh satu kapal dengan DAP !


Menteri Besar Kelantan/Penasihat Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam nada kesal, terkejut dan marah telah menyifatkan dakwaan oleh oleh Pengerusi Kebangsaan DAP/Anggota Parlimen Jelutong/Peguam Tangguh YB Karpal Singh bahawa konsep Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak PAS memerintah negeri itu sebagai salah atau tidak betul.

Namun demi rasa kasih sayang yang terlalu tinggi Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap sekutu PAS didalam Pakatan Pembangkang itu, maka untuk menyedapkan semula rasa hati beliau serta mungkin sesetengah pemimpin serta ahli-ahli PAS lalu Datuk Nik Mat dengan mudah menyifatkan kenyataan oleh YB Karpal Singh itu sebagai satu kenyataan "peribadi" iaitu bukan sebagai pandangan DAP secara keseluruhannya.

Itu pendapat Datuk Nik Aziz tetapi sebenarnya YB Karpal Singh adalah Pengerusi DAP, jadi tak kira masa dan tak kira tempat apabila terkeluar saja apa-apa kenyataan beliau itu adalah kenyataan DAP juga. 24 jam tanpa henti selagi YB Karpal Singh jadi pemimpin DAP, siang malam hujan panas semua kenyataan yang beliau buat berhubung dengan hal ehwal DAP ada pendirian rasmi DAP. Haaa Datuk Nik Aziz Nik Mat kena faham perkara tu...jangan pula memandai nak mengalih muncung senjata yang YB Karpal Singh telah tuju kepada PAS ke arah lain pula.

Arkib Blog