Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 23, 2009

Nik Aziz sudah terlalu takbur - Tok Guru Haji Lah

Pengasas Pondok Genting, Kelantan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan, Haji Abdullah Sa'amah atau lebih dikenali dengan nama Tok Guru Haji Lah telah melahirkan perasaan kecewa beliau yang teramat sangat dengan tindak-tanduk Menteri Besar YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin mengelirukan dan antaranya ialah telah bertindak dengan melulu apabila menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan menurut beliau perkara itu sebenarnya menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Berita penuh berkenaan dengan kenyataan Tok Guru Haji Lah tentang YAB Nik Abdul Aziz boleh lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm cuma saya mengambil beberapa bahagian atau perenggan dari kenyataan penuh Tok Guru Haji Lah itu yang saya rasa sangat menarik untuk kita semua renungi dan hayati bersama.

Antara lain Tok Guru Haji Lah berkata, "Nik Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin dia terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am."

Dalam soal cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dengan PAS, Tok Guru Haji Lah berpendapat dengan berkata, "dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi PAS dan UMNO bekerjasama bagi menjayakan kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik PAS secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam."

Mengulas lebih lanjut tindakan Nik Aziz yang menolak bulat-bulat cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu Tok Guru Haji Lah menegaskan, "beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak-wasangka. Perkara yang lepas(PAS keluar dari UMNO/BN) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO."

Tambah Tok Guru Haji Lah lagi, "kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka(UMNO) tidak berdasarkan Islam. Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mulu-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama."

Tok Guru Haji Lah juga turut mengakui bahawa selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada dibarisan hadapan pemerintahan.

Ulasan saya: banyak hakikat yang perlu diakui oleh seluruh umat Islam dan ornag Melayu khususnya dari apa yang telah diluahkan oleh Pengasas Pondok Genting itu. Jadi apa yang sangat diharapkan akan muncul dari apa yang telah diperkatakan oleh Tok Guru Haji Lah itu ialah suatu kesedaran dalam jiwa sesetengah pengikut PAS khasnya bahawa selama ini mereka berada didalam suasana kekeliruan apabila berterusan dikaburi dengan ceramah-ceramah berterusan oleh PAS/DAP/PKR yang sering melemparkan cerita-cerita karut tentang UMNO dan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Arkib Blog