Antara sebab yang mudah untuk dikenal pasti sebagai punca mengapa krisis kewangan yang melanda Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) semakin sukar diatasi malahan bertambah kritikal ialah kerana sikap pengurusan MAS itu sendiri yang boros, tidak berhemah di dalam menguruskan perbelanjaan para kakitangannya.
Contoh yang paling jelas ialah apabila sesebuah pesawat penumpang MAS tak kiralah apa kelasnya melakukan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mahupun ke Sabah sekiranya bermalam maka semua kakitangan MAS bermula daripada juruterbang, peramugari serta peramugaranya akan ditempatkan di hotel-hotel bertaraf 3 dan 5 bintang dengan diberi masing-masing sebuah bilik.
Jika sebuah pesawat MAS mempunyai 10 kakitangan, bayangkan kalau setiap hari MAS terpaksa mengeluarkan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk membiayai perbelanjaan para pekerjanya yang bertugas dalam pesawat yang lain di tempat-tempat tertentu baik bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.
Apa salahnya jika MAS berani berbuat sesuatu demi memulihkan semula sistem kewangan mereka dan bukan perkara yang sangat sukar untuk melakukannya bermula dengan staf-staf, biasakan mereka untuk berkongsi 2 orang ataupun 3 orang bagi sebuah bilik hotel dan selain itu juga MAS patut bertukar jika sebelumnya sudah sangat selesa dengan hotel-hotel mewah yang berbintang-bintang apa kata selepas ini pilih saja hotel-hotel kelas ekonomi yang agak murah.
Sepatutnya pihak pengurusan MAS perlu bijak berbelanja serta berjimat-cermat ketika syarikat mereka sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan bukannya terus berbelanja seperti selalu tanpa memikirkan akan kemampuan kewangan mereka.
Untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan negara ini dari terus dilanda masalah yang tak sudah-sudah, maka kerajaan dan juga rakyat Malaysia perlu juga ke depan untuk sama-sama membantu walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi memadai beri mereka cadangan apa yang patut demi kelangsungan syarikat MAS yang sekian lama telas sama-sama turut menyumbang yang terbaik buat negara ini sebelum munculnya Air Asia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 02, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com