Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 08, 2011

Dari Sarawak ke Semenanjung: blogger Pahang tolong sebarkan berita ini !

Saya rasa terpanggil untuk membantu seorang warga emas yang juga bekas anggota tentera Malaysia iaitu Mohamad Noor Abdullah 62, yang merayu untuk ditemukan semula dengan ahli keluarganya setelah kisah beliau disiarkan dalam akhbar tempatan Borneo iaitu Utusan Borneo edisi Sabtu 8 January 2011 iaitu hari ini.

Beliau berasal dari Kampung Padang Luas Triang Pahang Darul Makmur dan setelah lama berada di Sarawak sejak beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 4 January 1969 ketika usianya baru mencecah 20an, kini dia ingin sekali untuk bertemu kembali dengan 3 orang adik-beradik beliau iaitu Halimah Abdullah, Asnah Abdullah serta Aisyah Abdullah kesemuanya perempuan.

Walau tidak dapat membantu dengan cara yang sepatutnya namun dengan memanjang serta menyebarkan berita ini kepada umum saya ingat mudah-mudahan harapan bekas perajurit untuk bertemu semula dengan ahli keluarga yang telah terpisah lebih dari 40 tahun akan tercapai jua nanti.

Sebagai seorang bekas anggota tentera apatah lagi beliau pernah berkhidmat disaat negeri Sarawak ketika itu sedang berdepan dengan ancaman merbahaya daripada gerila komunis saya rasa adalah tidak tidak wajar sama sekali nasib beliau menjadi begitu terabai sekali.

Untuk maklumat lebih lengkap mengenai kisah beliau dan pihak mana boleh dihubungi sila klik saja pada pautan di atas.

Harap blogger dari negeri Pahang khususnya dan seluruh Semenanjung amnya sudi untuk membantu menyebarkan berita ini.

Terima kasih.

Adakah ianya satu kebetulan ataupun hanya satu sandiwara ?

Kedua-dua kejadian berlaku selang beberapa hari saja. Kejadian pertama, rumah ADUN Sri Muda YB Muhamad Shafie telah disimbah dengan cat warna merah. Tak ada warna lain ke selain dari warna merah? ..ungu ke, biru, hijau, putih atau hitam. Dan ianya berlaku saat laporan polis terhadap wakil rakyat pembangkang itu bagai hujan jatuh dari langit menimpa beliau akibat perbuatannya yang telah menderhaka kepada Sultan Selangor.

Manakala kejadian yang kedua pula terhadap rumah seorang blogger yang paling masyur di Malaysia...ada gambar dia sebelah atas dan tak payah saya tulis disini sebab semua orang tahu siapa dia..dan tahu apa masalah dia dengan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Rumah beliau telah dimasuki pencuri, dan ada juga barang yang hilang termasuk sebuah kereta mewah yang berharga lebih RM100,000.00 setelah kunci kereta yang dakwanya diletak atas meja diruang tamu yang sepatutnya disimpan ditempat yang selamat telah berjaya dilarikan pencuri bersama-sama dengan kenderaan mangsa.

Perompak atau pencuri ini kalau dah berjaya memecah masuk kedalam rumah mangsa mereka, biasanya mereka akan menggeledah hampir ke setiap sudut rumah dan mereka akan kebas apa saja barang yang bernilai termasuklah mana-mana penghuni rumah akan diikat tangan, kaki serta mulut mangsa akan diiikat dengan kain suapaya tidak bersuara tetapi nampaknya ada perompak yang kurang terlatih hanya pecah masuk rumah, ambik kunci dan larikan kereta.

Kasihan sungguh. Tapi apa boleh buat perkara telah terjadi, serahkan saja pada pihak polis untuk menyiasat dan biarlah polis dengan tugas mereka kerana kita harus tunggu hasil siasatan apakah sebenarnya yang berlaku. Pihak polis juga sekarang masih menyiasat tuduhan fitnah yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Utama Dr Rais, siapa dalang disebalik semua itu..siapa yang mempergunakan siapa didalam isu tersebut.

Wanita Pertama Malaysia lawat 3 negara Asia mulai hari ini ?!

YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Malaysia dan selaku Wanita Pertama Negara akan memulakan lawatan ke tiga buah negara Asia iaitu ke...,
...Arab Saudi...,
 ...Oman...,
 ...Bangladesh...,
Tak apa-apa ke ? Ini PRU-13 dah makin dekat, janganlah lakukan lawatan yang boleh menimbulkan bermacam-macam andaian. Pakatan Pembangkang tau-tau sajalah, mereka sentiasa mencari kesilapan dari sebelah pihak kerajaan untuk dijadikan sebagai modal untuk kempen politik mereka kelak.

Seingat sayalah, sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan di era pemerintahan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, belum pernah lagi Wanita Pertama mereka melakukan lawatan secara bersendirian melainkan mereka akan turut ke luar negara sebagai pengiring kepada suami masing-masing.

Harap kerajaan mengambil perhatian mengenai amalan seperti ini agar tidak berterusan. Lawatan ke luar negara yang dilakukan oleh seseorang yang bukan salah seorang dari anggota pentadbiran Malaysia atas kapasiti serta dengan tujuan apa sekalipun hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin kepada rakyat seluruhnya supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang persoalan di kemudian hari.

Arkib Blog