
Sistem AES ini asalnya diperkenalkan bertujuan untuk merakam kesalahan pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ Lihat di sini
Kita tidak berniat hendak membantah setiap peraturan atau undang-undang yang baru atau yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi biarlah ianya nampak sesuai dengan keadaan semasa serta berpatutan dengan tuntutan semasa.
Jika peraturan sedemikian dibuat tanpa mengambil kira masalah yang mungkin timbul kemudiannya ekoran tindakan saman dikenakan kepada setiap pengguna jalanraya yang didapati melanggar undang-undang lalulintas menerusi rakaman AES itu, saya rasa ianya juga tidak akan mampu membantu mengurang kadar kemalangan daripada berlaku dari masa ke semasa.
Setiap tempat telah ditentukan oleh pihak JPJ had laju yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalaraya dan sekiranya ada yang masih ingkar dengan memandu lebih dari had yang telah ditetapkan serta dirakam pula oleh kamera AES ini mereka pasti akan berdepan tindakan saman TETAPI bagaimana pula pihak JPJ melihat dari segi keperluan untuk memandu laju contoh di Lebuhraya Pan Borneo jalan Sibu - Bintulu bermula dari Rumah Ambang yang ditetapkan kelajuan pada tahap maksima 90 km/jam?
Ada selepas itu jalan yang perlu untuk kita memandu lebih laju sehingga 120 km/jam malah sehingga 140 km/jam apabila kenderaan bergerak dijalan yang agak elok, jadi saya rasa untuk sampai dengan lebih cepat ke destinasi yang kita hendak tuju itu apakah kita perlu tertakluk kepada peraturan yang hanya menghadkan kelajuan sekitar 90 km sejam sedangkan ada sesetengah tempat jalan yang membolehkan kita untuk memandu lebih laju daripada itu.
Saya tidak melihat tindakan yang dibuat kerajaan dalam perkara ini boleh membantu dalam mendidik para pengguna jalanraya agar lebih berhemah ketika berada di atas jalanraya tetapi mungkin boleh menjauhkan lagi rakyat daripada pihak kerajaan yang selalu tampil dengan undang-undang serta peraturan baru yang nyata menyusahkan rakyatnya sendiri.