Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 24, 2012

Baruk Bian mahu ketuai penduduk bantah projek kerajaan di Murum & Ba'Kelalan !

Sebelum dipilih sebagai wakil rakyat Ba'Kelalan beliau adalah antara pemimpin-pemimpin kanan pembangkang di Sarawak yang seringkali membangkit isu-isu tentang pembangunan yang tidak setara di kawasan-kawasan pendalaman khususnya di Ba'Kelalan serta kawasan Tanah Tinggi Kelabit di Bario, namun setelah menang pada PRN ke-10 tahun lalu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN N.70 Ba'Kelalan, YB Baruk Bian telah bertukar nada.

Jika sebelum bergelar Yang Berhormat, bukan main lagi menuduh kerajaan Barisan Nasional dengan berbagai-bagai dakwaan kononnya tidak bersungguh-sungguh untuk membawa pembangunan di kawasan-kawasan pendalaman di Sarawak termasuklah di kawasan yang beliau wakili kini, mudah menuduh kerajaan BN khususnya kerajaan Barisan Nasional pusat telah menganaktirikan para penduduk di kawasan pendalaman dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak enak untuk didengar.

Tetapi kini sesudah kerajaan Barisan Nasional sudah mulai mengorak langkah baru untuk menunaikan beberapa janji sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib sebelum ini kepada rakyat setempat iaitu akan membina beberapa rangkaian jalanraya antara Ba'kelalan dengan Bario bagi memudahkan perhubungan penduduk kedua-dua kawasan berkenaan dengan kawasan lain di negeri Sarawak, malangnya apabila usaha-usaha kerajaan itu cuba disabotaj pula oleh puak-puak PKR di Sarawak dengan mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR termasuk Baruk Bian sendiri.

Kini pihak PKR Sarawak sedang giat berusaha membantah agar Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan bernilai RM42 juta itu yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia gagal dilaksanakan dan mereka mula meracuni pemikiran penduduk-penduduk di kawasan berkenaan supaya bangun dan turut bangkit menentang kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh pihak tentera apabila kemasukan jentera berat milik Tentera Diraja Rejimen Kejuruteraan dijadikan sebagai satu isu oleh PKR untuk menghasut penduduk di situ.

Alasan yang dikemukakan oleh YB Baruk Bian ialah apabila projek berkenaan menjadikan Sungai Muda di daerah berkenaan dijadikan sebagai laluan untuk pembinaan jalanraya tersebut yang kononnya mempunyai sejarah hitam bagi penduduk di kawasan tersebut seketika dulu selain itu menurut YB Baruk Bian lagi sekira Sungai Muda kekal dipilih menjadi laluan projek itu maka ianya akan membawa banyak kerugian kepada mereka yang menduduki kawasan berkenaan kerana kononnya akan merosakkan tanaman, memusnahkan sumber air bagi penduduk di sana tetapi YB Baruk Bian lupa satu perkara bahawa dalam apa juga situasinya, rakyat juga perlu lakukan sedikit pengorbanan jika mereka mahu kerajaan membawa pembangunan ke kawasan mereka.

Apa salahnya bagi sesetengah penduduk di kawasan Ba'Kelalan serta Bario untuk berkorban sesuatu bagi memberi laluan kepada projek jalanraya itu yang sekiranya melalui tanah-tanah milik mereka atau apa juga masalahnya jika projek berkenaan melalui kawasan Sungai Muda yang dipertahankan kerana seandainya kerajaan memilih kawasan yang lebih jauh dari situ apakah ianya tidak dilihat akan mendatangkan lebih banyak masalah lain kepada mereka kerana untuk menuju ke jalan utama mereka terpaksa pula mencari jalan pintas bagi menjimatkan masa dan cepat sampai.

Itu masalah yang cuba diwujudkan oleh PKR Sarawak pimpinan YB Baruk Bian bagi kawasan Ba'Kelalan tetapi ada satu lagi rancangan beliau untuk menggagalkan projek kerajaan iaitu mengenai isu Empagan Murum di Belaga. YB Baruk Bian menegaskan bahawa beliau akan tetap mempertahankan tindakan oleh suku kaum Penan di kawasan Belaga yang mengadakan sekatan bagi membantah projek Empangan Murum yang kononnya projek tersebut akan mengganggu kehidupan seharian masyarakat di situ.

Inilah kerjanya seorang pemimpin pembangkang yang sebelum ini sering mendakwa diri sebagai jaguh rakyat, konon mahu membela nasib rakyat tapi apa yang beliau buat itulah sebenarnya tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab apabila cuba menafikan hak rakyat untuk mendapatkan bahagian mereka masing-masing sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di kawasan lain. Sepatutnya YB Baruk Bian menasihati atau turut membantu rakyat di kawasan pendalaman supaya mereka segera menerima pembangunan daripada kerajaan dan bukannya bertindak mengapi-apikan perasaan mereka untuk menentang pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat selalu mungkir janji !

Jika sebelum ini Datuk Nik Aziz pernah berjanji akan turut bersara dan meletakkan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan sekiranya YABhg Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih Perdana Menteri Malaysia bertindak untuk berundur atau bersara dari menerajui kepimpinan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya daripada kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003 iaitu hampir genap 9 tahun sudah namun Datuk Nik Aziz sehingga kini masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa ada petanda atau petunjuk-petunjuk yang beliau akan berundur dari memimpin negeri Kelantan.

Begitu juga apabila beliau baru-baru ini pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding dalam mana-mana kawasan pilihanraya DUN serta Parlimen pada PRU-13 nanti tetapi selepas itu beliau sekali lagi mungkir janji apabila berkata akan turut bertanding atas alasan sebab desakan datang daripada kepimpinan serta akar umbi PAS sendiri yang mahu beliau berbuat demikian.

Keputusan oleh Datuk Nik Aziz telah dibidas oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu akan terus menjadi seorang pemimpin yang sentiasa memungkiri janji-janjinya sendiri sepanjang masa dan tidak akan pernah berpegang kepada apa yang pernah beliau katakan.

Arkib Blog