Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 27, 2011

PornStar: Nik Aziz malu dan kesal melihat mutu lakonan Anwar !

Hendak dijadikan satu ceritalah, sebaik saja MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat keluar dari tengah hutan dipendalaman negeri Kelantan iaitu lokasi dimana tempat beliau menjalani sessi pertapaan bagi memulihkan semula daya ingatannya selain untuk mendapatkan suatu ilham bagi mencipta fatwa baru khusus untuk diketengahkan kepada para pengikut PAS serta PKR agar kepercayaan serta sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim tidak akan terjejas walaupun timbul isu video lucah yang melibatkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur warga China.

Apa yang diharapkan oleh puak Pakatan dari kemunculan Datuk Nik Aziz adalah fatwa-fatwa yang segar dan baru daripada beliau namun jangkaan mereka telah meleset sama sekali apabila Datuk Nik Aziz yang tampil dalam keadaan yang agak lesu telah mengeluarkan kenyataan pertamanya yang sungguh diluar dugaan iaitu sebaik sahaja dia selesai menonton babak keseluruhan aksi ganas bintang porno dalam video klip tersebut menyebabkan wajah Datuk Nik Aziz terus berubah dari berwajah ceria kepada merah padam.

Nak tau apa sebabnya ? Sebabnya ialah, Datuk Nik Aziz langsung tidak berpuashati dengan mutu lakonan yang dipersembahkan oleh Anwar dalam video klip berkenaan. Kata Datuk Nik Aziz "saya merasa sangat malu dan kesal, macammanalah bangsa lain nak tertarik untuk menonton filem Melayu kalau setakat tu saja kemampuan kita menunjukkan bakat berlakon, sudahlah bangsa kita tak ada duit tambah lagi bangsa kita tak ada langsung bakat untuk berdrama...baru saja 20 minit berlakon sudah pitam bukan sekali tapi dua kali, manalah saya tak malu dan kesal dengan semua tu" katanya Datuk Aziz dalam nada yang amat kecewa sebab mulai merasakan diri beliau semakin lama semakin kerap pula kena tipu oleh Anwar Ibrahim.

Video porno: jika ianya satu konspirasi UMNO, kenapa pula Anwar sanggup terima watak sebagai hero ?

Sungguh pelik sekali apabila terdapat semakin ramai penyokong PKR serta Pakatan Pembangkang tega menuduh UMNO dan BN sebagai dalang disebalik rakaman video lucah yang telah dibintangi oleh Anwar Ibrahim dengan pasangannya seorang pelacur sambilan warganegara China.

Cuba kalau kita lihat di facebook atau twitter dan baca komen-komen yang mereka hantar semuanya membela Anwar dan mendakwa rakaman video lucah berkenaan sebagai satu lagi konspirasi jahat yang sengaja dibuat oleh UMNO serta Barisan Nasional untuk memerangkap Anwar Ibrahim.

Tidakkah mereka terpikir bahawa Anwar Ibrahim yang telahpun diisytiharkan sendiri oleh isteri beliau iaitu Dr. Wan Azizah sebagai seorang manusia yang telah di 'anugerah oleh Tuhan' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpin mereka sepatutnya Anwar lebih dulu mengetahui tentang benda yang baik atau buruk akan menimpa beliau sesuailah dengan gelaran "anugerah Tuhan" yang diberikan kepada beliau iaitu satu gelaran yang setaraf dengan yang pernah diterima oleh para nabi pada zaman dahulu.

Selain itu, sebagai seorang yang telah diagung-agungkan sebeitu rupa oleh puak Pakatan Pembangkang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia nanti iaitu sekiranya mereka berjaya menakluki Putrajaya maka sewajarnyalah Anwar Ibrahim cepat peka dan mudah membaca sesuatu itu samada ianya satu perangkap atau sebaliknya dan adalah wajar agi Anwar untuk mengelak sebarang percubaan untuk merangkap beliau biar dari sudut mana sekalipun.

Tetapi apabila tuduhan yang dilemparkan datang bertubi-tubi ke atas UMNO dan BN sebagai yang bertanggungjawab 'memaksa Anwar beraksi' dalam video lucah berkenaan maka kehairanan terus muncul dalam pikiran saya, jadi sekiranya benar begitu apakah nafsu serakah Anwar Ibrahim semuanya bergantung kepada kehendak UMNO dan BN untuk menentukannya dan bukan datang daripada naluri atau keinginan nafsu Anwar Ibrahim sendiri ? Pelikkan...

Porn Video: Konspirasi jangka panjang antara DAP dengan PAP dari Singapura ?


Kalau kita semua masih ingat tentang rahsia bekas Presiden Republik Indonesia iaitu Sukarno dalam lebih kurang enam dekad yang lampau yang telah berjaya mencipta sesuatu yang dikemudian hari akan boleh digunakan sebagai alat penting yang paling berbahaya dan mungkin lebih merbahaya daripada senjata api, bom, jerangkap samar, periuk api dan sebagainya lagi jika digunakan untuk tujuan mengugut sesebuah negara kuasa besar yang lain setelah merasa keselamatan negara mereka mulai terancam.

Samada benar atau tidak apabila sejarah menyatakan bahawa semasa pemerintahan Almarhum Sukarno selaku Presiden Indonesia yang pertama, beliau dikatakan selain mempunyai isteri yang sah juga memiliki beberapa perempuan simpanan termasuklah wanita dari negara Barat iaitu kalau tak silap saya salah seorang daripada wanita simpanan beliau adalah dari negara Russia yang dulunya lebih dikenali sebagai United Soviet Sosialis Republick ataupun Soviet Union.

Dipendekkan cerita, ketika berasmara dengan wanita Russia ini ada pihak mendakwa yang Sukarno atau Bung Karno telah merakam aksi mereka berdua dengan alat perakam yang ada pada zamannya dan dikatakan juga bahawa aksi yang paling panas dalam babak asmara antara Sukarno dengan wanita Russia itu ialah saat wanita Russia itu mengulum dan menghisap 'kontol' Almarhum bekas Presiden Indonesia itu.

Apa tujuan serta muslihat Bung Karno yang sanggup untuk merakam perlakuan seks antara dia dengan wanita Russia simpanan beliau itu?

Indonesia pada awal usia kemerdekaan negara tersebut memang terlalu terdedah kepada sebarang ancaman serta tekanan dari negara asing serta kuasa besar lainnya terutama sekali dari negara Barat.

Pentadbiran Sukarno sendiri ketika itu memang seringkali berdepan dengan tekanan dari pihak Barat yang agaknya irihati terhadap kehebatan bekas Presiden Indonesia terutama sekali dalam bab berpidato.

Menyedari akan semua itulah maka Bung Karno telah mencari satu jalan untuk menghalang kepimpinan Indonesia ketika itu daripada terus menerus menjadi sasaran oleh pihak Barat dan salah satu ikhtiar yang Sukarno rasakan paling berkesan untuk menutup mulut pihak Barat ialah dengan menjatuhkan maruah semua negara Barat dimata dunia.

Dan jangkaan Sukarno memang tepat apabila keangkuhan serta rasa irihati pihak Barat semakin tidak boleh disembunyikan lagi terhadap Sukarno lalu pihak Barat ini telah mula mengenakan berbagai bentuk tekanan keatas pentadbiran Sukarno pada masa itu.

Maka dengan adanya satu senjata "penting" yang ada ditangan beliau pada masa itu Sukarno juga telah mula turut bertindakbalas dengan memberi amaran keras kepada pihak Barat iaitu sekiranya mereka masih lagi mahu terus mengganggu pentadbiran negara Indonesia maka beliau juga akan nekad untuk mendedahkan kepada seluruh dunia betapa orang-orang Barat sanggup untuk "tunduk melutut" dicelah kaki orang-orang Asia hanya kerana wang.

"Tunduk meluntut" yang dimaksudkan oleh Sukarno itu ialah merujuk kepada kejadian dimana aksi wanita Russia yang tengah "mengulum dan menghisap kontol" beliau sepertimana yang terdapat didalam rakaman filem yang sengaja beliau buat untuk dijadikan sebagai alat mempertahankan diri yang mana boleh juga diguna untuk menyerang balik pihak yang cuba untuk menyerang beliau.

Pihak Barat yang tersentak dan terkejut dengan pengumuman "senjata" yang akan digunakan oleh Sukarno itu terpaksa mengalah dan berundur demi untuk menjaga maruah negara Barat agar tidak jatuh dan rosak akibat dari pendedahan rakaman aksi sumbang yang bakal dilakukan oleh Sukarno sekiranya mereka masih lagi berkeras mahu mengganggu kemerdekaan negara Republik Indonesia itu.

Begitulah juga dengan isu "video lucah" yang membabitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Bagi saya kalau Anwar Ibrahim yang biasanya selalu menuduh ianya angkara UMNO serta BN dan begitu juga dengan isu "video lucah" yang terbaru ini beliau lantas menuding jari kepada UMNO sebagai dalang maka saya berpedapat Anwar Ibrahim sebenar telah silap besar.

Anwar Ibrahim harus sedar bahawa rakan tidak selalunya jujur dalam bersahabat dan begitu juga dengan persahabatan antara PKR dengan DAP serta PAS.

Saya rasa bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya telah masuk perangkap lebih awal dari masa sepatutnya yang telah diharapkan oleh DAP.

Besar kemungkinan yang DAP sangat mengharapkan agar perangkap yang mereka pasang akan mengena Anwar Ibrahim dipertengahan pentadbirannya sebagai seorang Perdana Menteri iaitu sekiranya impian mereka untuk merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional akan tercapai kelak.

Mungkin dengan penemuan awal "video lucah" lakonan Anwar Ibrahim itu oleh Datuk T telah meranapkan sama sekali harapan DAP untuk mempergunakan "senjata penting" itu pada masa yang sesuai sebagai alat untuk mengugut pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya ada diantara permintaan DAP tidak mahu dipenuhi oleh Anwar Ibrahim.

Dan akhirnya apabila berlaku keadaan seperti itu maka Anwar Ibrahim sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia antara mahu menurut ataupun tidak dengan kemahuan dan tekanan daripada DAP jadi demi untuk "menutup rahsia" akan tidak dibongkar sudah pastilah Anwar Ibrahim akan terpaksa menurut walaupun dia sedar yang tindakannya pasti akan mengundang masalah yang lebih besar kepada Malaysia dan menjadi negara ini sebuah negara yang kacau-bilau dikemudian hari.

Dan seandainya keadaan ini benar-benar terjadi ke atas Malaysia, jadi siapa yang akan ketawa besar kalau bukan sebuah negara jiran di Selatan Semenanjung Malaysia itu. Mereka gembira kerana telah berjaya mendidik 'adik' mereka di Malaysia untuk mewujudkan suasana tidak aman di negara ini.

Arkib Blog