Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 05, 2011

Ketua AMK Sarawak turut dijangkiti penyakit Anwar, gila debat!

Ahmad Nazib Johari, satu nama yang agak baru dalam percaturan politik tanahair khususnya di Malaysia namun di Sarawak nama Ahmad Nazib Johari sudah dikenali oleh sesetengah diantara rakyat Bumi Kenyalang ini dan tidak kurang juga sesetengah daripada rakyat di negeri ini yang langsung tidak mengenali Ahmad Nazib. Tak pe, saya akan bantu promosikan beliau dan saya harap selepas ini beliau akan keluar PKR dan sokong BN pulak :-)

Beliau adalah Ketua Pemuda Parti KeADILan Rakyat(AMK) Sarawak iaitu pengikut Anwar Ibrahim, pendokong dasar perjuangan Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi adalah penentang kepada dasar politik pembangunan BN Sarawak yang dibawa oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Perkataan yang lebih sesuai bagi saudara Ahmad Nazib Johari ialah beliau adalah penentang kepada dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun pada peringkat negeri.

Baru-baru ini saudara Ahmad Nazib telah mengajak Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr Hj Fadillah Yusof untuk berdebat dengan beliau. Menurut Ahmad Nazib, beliau sebenarnya telah lama mengidam untuk mengadakan debat dengan Datuk Fadillah namun katanya lagi beliau hampa kerana tiada sebarang respon daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Tambah Ahmad Nazib lagi, keengganan Datuk Dr Fadillah untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau itu mungkin kerana Ketua Pemuda PBB itu takut atau tidak berani untuk berdepan dengannya. Walaubagaimanapun menurut Ahmad Nazib, beliau sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdebat dengan Datuk Dr Fadillah dan sangat berharap agar satu hari nanti Dtuk Dr Fadillah akan menerima jemputan debat daripada beliau.

Menurut Ahmad Nazib lagi, tujuan sebenar beliau mahu berdebat dengan Datuk Dr Fadillah adalah untuk membahaskan tentang isu halatuju para pemuda di Sarawak, ke arah mana mereka hendak dibawa...Barisan Nasional nak bawa ke mana, Pakatan Haram pula nak bawa pemuda dan anak-anak muda ke arah mana, keluar negara atau ke pulau-pulau...he he he..

Kepada Ahmad Nazib saya ingin berpendapat, tak payahlah berdebat..., buang masa saja..tiada perkara atau masalah yang membelenggu mana-mana rakyat akan mampu diselesaikan dengan hanya kebijaksanaan berdebat. Tentang anak-anak muda atau pemuda Sarawak tu, saudara tak payah risaulah...Barisan Nasional tak akan bawa mereka ke Hong Kong, ke Thailand atau ke Singapura.

Di Sarawak pula kerajaan Barisan Nasional telah lama menyediakan asas-asas yang penting menjadikan tenaga muda Bumi Kenyalang sebagai fokus utama dan lengkap dengan segala peluang pekerjaan cuma tinggal pada rakyat atau pemuda saja untuk membuat keputusan samada mahu segera merebut peluang yang terbentang dihadapan mata ataupun sebaliknya.

Kalau setakat PKR tu yang sering bawa pemuda keluar negara, bawa ke Singapura, bawa ke Thailand dan bawa ke Hong Kong dan disediakan pulak dengan 'bilik misteri he he' atau 'connecting room' dah kira biasalah tetapi bagi Barisan Nasional tak pernahpun buat drama macam tu...kalau ada pun pemuda yang keluar negara adalah mereka yang mewakili negara dalam bidang sukan untuk mengharumkan nama negara dan bukannya untuk menghina atau memburuk-burukkan nama baik Malaysia di negara lain seperti yang biasa Anwar Ibrahim lakukan.

Kepada semua ahli-ahli PKR Sarawak, kalau di Semenanjung sana sudah begitu ramai ahli-ahli mereka yang telah keluar daripada parti termasuklah para pemimpin serta pengasas asal PKR tetapi kenapa pula kita di Bumi Kenyalang ini yang masih begitu bersungguh-sungguh mempertahankan parti yang tidak tahu hujung pangkal perjuangannya malah perjuangan PKR yang kini sudah kelihatan semakin lemah dan longlai sama seperti perjuangan Parti Maju Sarawak(PERMAS) seketika dulu yang kini batu nisannya pun entah dimana letaknya.

'Buku Jingga' di TV1: penjelasan Pengarah Strategis PKR bercelaru

Semalam saya ikuti rancangan 'Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar Sayed Mustar dan saya telah menonton rancangan tersebut dari awal ia bermula seperti biasa jam 10 sehinggalah siaraan berkenaan tamat pada jam 11 malam.

Tajuk yang dikupas adalah "Buku Jingga -janji manis?", sangat menarik minat saya untuk mengikuti program berkenaan yang menyaksikan tiga tetamu jemputan Sayed Munawar iaitu seorang pakar ekonomi atau Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, Ahli Parlimen Hulu Selangor YB P. Kamalanathan dan juga Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli.

Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.

Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.

Kalau begitulah sikap BN sejak negara merdeka iaitu sejak mula mengambilalih kuasa mentadbir negara daripada tangan penjajah dulu maka sudah tentulah sampai sekarang rakyat Malaysia akan hidup seperti zaman perang dunia kedua kerana kerajaan BN akan sentiasa menyalahkan pentadbiran penjajah dulu yang menyebabkan kehidupan rakyat mundur tanpa ada sebarang usaha sendiri bagi memajukan negara serta mengubah nasib hidup rakyat.

Tambah memalukan lagi apabila saudara Rafizi menyentuh soal kadar kemiskinan dikalangan rakyat negara ini dengan angka-angka serta peratusannya entah betul entah tidak dan beliau juga apabila beliau telah tersasul dengan tanpa sengaja barangkali telah tersebut perkataan singkat EPU(bahasa orang pakar ekonomi) maka dengan mudah disanggah oleh Datuk Dr Mahani yang kemudiannya telah menerangkan kepada saudara Rafizi bahawa cara bagaimana peratusan kadar kemiskinan rakyat disesebuah negara itu ditentukan mengikut penilaian yang telah dibuat pada peringkat antarabangsa dan bukannya ditentukan oleh satu-satu negara itu sendiri.

Kesimpulannya ialah, pada malam semalam dalam rancangan 'Bicara Rakyat', amat jelas kelihatan yang saudara Rafizi yang memberi penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada dua orang rakan teamu jemputan serta kepada pengacara saudara Sayed Munawar mengenai isi kandungan 'Buku Jingga' yang dipersoalkan kebenarannya ternyata penjelasan yang beliau berikan cuma bersandarkan kepada teori atau andaian semata-mata dan bukannya berlandaskan terhadap mana-mana perkara sebelumnya yang boleh dijadikan oleh pihak Pakatan Pembangkang sebagai satu panduan dalam menjayakan program 100 hari mereka itu.

Arkib Blog