Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 03, 2011

Apabila Ulama Terompah berbicara tentang sampah...

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai "sampah."

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac 2010 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga Ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu mengkhianati amanah rakyat.

"Saya nasihatkan mereka ini letak jawatan dan bertanding semula, demi maruah dan agama kerana mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

"Jangan fikir senang, manusia walaupun gagah ada masanya dia akan lemah. Rakyat memberi undi kepada parti, mereka mengkhianati amanah yang diberi," kata Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 25 January 2009 - Penyertaan ADUN Bota Perak, Datuk Nasharuddin Hashim ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan UMNO terhadap Pakatan Pembangkang selama ini untuk meraih sokongan rakyat akhirnya menikam diri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyifatkan "penghijrahan" ADUN Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin UMNO yang mengecam Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai PKR sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan itu.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam PRU lalu, namun perkara yang sama berjangkit dikalangan ADUN.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah diatas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

KOTA BHARU 16 September 2008 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar Ibrahim adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam tu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihanraya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," kata Datuk Nik Aziz - Utusa Malaysia

Antara pandangan Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang satu perkara yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Arkib Blog