Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 30, 2010

Royalty Minyak: Ku Li pun mula lupa atau tak ingat

Kalau dah duduk dan berdiri berucap di atas pentas Pakatan Haram, semua orang baik yang memang orang UMNO ataupun hanya sekadar penyokong BN akan mudah menjadi lupa akan apa yang pernah mereka sendiri pernah ucapkan satu ketika dulu.

Begitu juga dengan apa yang telah dialami oleh Ahli Parlimen Gua Musang yang dulu juga dulu pernah menjadi Pengerusi Petronas iaitu Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, baru saja semalam beliau duduk bersila diatas satu pentas bersama MB Kelantan YAB Datuk Nik Aziz beserta dengan beberapa lagi pemimpin Pakatan Haram yang lainnya bercerita tentang isu royalty minyak untuk negeri Kelantan, beliau sudah lupa dengan apa yang pernah beliau katakan sepuluh tahun yang lalu berkaitan isu yang sama tapi dulu isu royalty minyak Terenggan yang dituntut oleh kerajaan PAS yang ketika itu memerintah Terengganu.

Maklumat lanjut sila baca di Utusan Malaysia atau klik saja http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm . Sebenarnya Timbalan Menteri Kewangan YB Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein telah mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Ku Li berkaitan dengan tuntutan oleh Kerajaan PAS Kelantan sekarang yang jelas bertentangan dengan apa yang pernah Ku Li jelaskan sepuluh tahun yang lampau membabitkan tuntutan oleh PAS yang mentadbir Terengganu pada waktu itu berkenaan dengan isu yang sama iaitu royalty minyak.

Apakah tindakan terbaru Ku Li ini boleh disifatkan sebagai apa yang pernah dikatakan orang dulu-dulu, "seperti meludah ke langit" atau "seperti menepuk air didulang" atau "pelanduk selalu lupa pada jerat tetapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk" ...begitu ? Apa-apapun Ku Li mesti mau ingat bahawa 'Sejarah tidak pernah menipu'... Utusan Malaysia 01hb November 2000, dengan Tajuk Berita - "Minyak: Penjelasan Ku Li" sebagai buktinya.

Arkib Blog