Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 14, 2011

Video Seks: Lady Omega jatuh dari atas piano...hehehe!!!

Inilah akibatnya kalau dah selalu sangat buat benda yang tak betul, pasti ada masanya Tuhan akan tunjukkan kepada kita semua bahawa orang yang selalu fikir dia lebih bijak dari orang lain akan jatuh juga akhirnya sama seperti orang lain juga...hehehe... Lady Gaga juga tidak terkecuali,,,dia berjaya sebagai seorang penyanyi adalah hasil dari kerja gila yang dia lakukan seperti mempersendakan setiap ajaran agama yang diturunkan Tuhan kepada umatNya dan semuanya dia hasilkan melalui video klip yang memaparkan semua persembahan yang dia buat.

Manifesto Pakatan penuh fitnah dan sungguh mengaibkan rakyat Sarawak !

 Pagi ini tadi di Bandaraya Miri, berduyunan barua-barua puak Pakatan Pembangkang yang kebanyakkan mereka datang dari Semenanjung Malaysia mengedar risalah(gambar 1 atas, bawah 2,3 dan 4) yang berkunjung pagi ke pusat bandar dimana risalah berkenaan mengandungi semua janji serta cerita karut dalam manifesto DAP, PKR dan PAS untuk pilihan raya umum Sarawak ke-10.

Sambil mengagih-agihkan risah tersebut mereka melaung-laungkan slogan 'jom ubah' kepada orang ramai yang lalu-lalang serta juga yang didatangi ditempat premis-premis perniagaan mereka oleh lembu-lembu Pakatan Pembangkang ini. Dan ada juga diantara mereka yang langsung berkempen lantas mengingatkan penduduk Miri agar bersama mereka mengubah kerajaan pada 16 April ini.
 Seperti yang tertera di atas adalah 5 teras utama merupakan sebahagian dari janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat Sarawak juga terdapat didalam manisfesto Pakatan Pembangkang. Yang pertama Pakatan Pembangkang berjanji akan mengembalikan hak tanah kepada rakyat Sarawak yang didakwa kononnya telah dirampas oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan keluarga beliau.

Itu adalah satu fitnah yang nyata. Mereka hanya berani menuduh dan membuat fitnah sehingga sanggup pula untuk mengupah NGO-NGO yang diketuai oleh Pengerusi Suaram Dr Kia Kua Soong membuat demo di Semenanjung Malaysia meminta kerajaan menubuh satu tribunal khas iaitu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat dakwaan mereka itu.

Dr. Kia Kua Soong pula mendakwa pihaknya ada bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut tetapi kenapa tidak berani kedepan, buat satu aduan bertulis kepada SPRM dan bawa sekali semua bukti-bukti yang dikatakan ada dalam simpanan mereka dan kenapa hanya mendesak SPRM untuk bertindak segera sedangkan mereka sendiri berterusan keliling kawasan mendendangkan perkara yang sama juga tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyiasattuduhan mereka itu.
 
 Melarat??????????????????????? ..benarkah 70% rakyat Sarawak melarat??? Melarat membawa maksud tarafnya adalah lebih rendah daripada seorang yang meminta sedekah ditepi jalan. Melarat boleh dikategorikan sama tarafnya dengan mereka yang memilih untuk hidup sebagai gelandangan iaitu tinggal merempat dimana-mana seperti dibawah jambatan dan sebagainya. Ada tak rakyat Sarawak menjalani kehidupan seumpama itu? Kalau ada berapa orang???

Jumlah rakyat Sarawak seperti yang diperolehi melalui bancian penduduk 2010 adalah sebanyak dua juta empat ratus dua puluh ribu sembilan(2, 420, 009) orang termasuklah Baruk Bian, DS Hjh Hafsah Harun, Dr Micheal Teo, Ahmad Nazib Johari, Dominique Ng, Edwin Dundang, Sylvester Ajah bin Subah, Datuk Salleh Jafaruddin, Wong Ho Leng, Chong Chieng Jen.

Dr. Micheal Teo calon PKR sendiri memiliki harta bernilai jutaan ringgit hasil dari premis klinik kepunyaan beliau termasuk sebuah banglow mewah atas bukit tepi jalan di Tanjung Lobang Miri. Ada tak Dr Micheal melarat? Sepatutnya beliau rasa terhina dengan isi kandungan manifesto yang mereka sendiri buat.

Begitu juga dengan Baruk Bian yang memiliki aset berjuta-juta ringgit..lagi punya sebuah rumah banglow mewah juga atas bukit di Lempaki dalam daerah Merapok Lawas... Baruk Bian sudah hidup senang lenang dan dia juga sudah berjaya sebagai seorang peguam serta sudah banyak mengumpul wang dari setiap kemenangan ke atas sesuatu kes yang beliau kendalikan. Ada tak Baruk Bian mengemis tepi jalan? Siapa pernah terjumpa Baruk Bian menghulurkan tangan minta duit siling 10 sen, 20 sen, 30 sen daripada orang ramai??? ..tiada kan.
Ini lagi dasyat dan amat memalukan. Sudahlah Pakatan Haram sebelumnya tuduh rakyat 70% hidup melarat...kini mereka tambah lagi satu lagi aib buat rakyat Sarawak dengan menuduh 70% daripada rakyat Sarawak adalah miskin tegar. Miskin tegar???... ada tak rakyat Sarawak merangkak atau menyeberangi Laut Chin Selatan merayu minta makanan daripada keluarga Anwar Ibrahim, keluarga Lim Kit Siang, keluarga Karpal Singh dan keluarga Haji Abdul Hadi Awang Cawat??? ...tak pernah kan,,rakyat Sarawak tidak sehina itu..rakyat Sarawak ada maruah dan lebih bermaruah daripada keempat-empat biawak itu!!!

Lagi teruk, lihat dihalaman yang ke-7 dalam risalah manifesto Pakatan Haram itu...lepas mereka mengaibkan rakyat Sarawak dengan data-data palsu itu lalu mereka cuba membandingkan Sarawak dengan keadaan keseluruhannya di 4 buah negeri bawah pentadbiran mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan memang tidak dapat dinafikan telah lama memiliki apa yang tidak ada dimiliki oleh Sarawak namun semua itu adalah hasil dari kemajuan serta pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Tsunami politik 2008.

Hampir 3 tahun sudah keempat-empat negeri berkenaan jatuh ke dalam tangan Pakatan Haram, apa benda yang sudah mereka buat disana??? Apa yang mampu mereka buat ialah dengan mengorek pasir dan jual kepada Singapura untuk mengisi dana kerajaan bagi mengota sebahagian janji-janji yang pernah mereka beri kepada rakyat semasa kempen PRU-12 dulu.

Tak cukup dengan itu, mana-mana rakyat yang dirasa tidak menguntungkan poket mereka maka akan dihalau macam anjing, contoh apa yang telah berlaku ke atas ratusan penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, janji PKR sebelum berkuasa tak nak ganggu penduduk disitu dan biar mereka tinggal disitu untuk selama-lamanya tetapi apa yang mereka buat selepas itu adalah sebaliknya apabila tanpa menghirau tangisan penduduk di Kpg Buah Pala...Pakatan Haram tanpa belas kasihan telah mengusir kesemua mereka keluar dari kawasan itu dan rumah mereka di roboh dan suasana itu tak ubah sama seperti apa yang dilakukan oleh rejim Yahudi ke atas penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Rakyat Sarawak!!! bukalah mata terang-terang, baca dan fahamilah apa maksud sebenar yang tersirat disebalik manisfesto Pakatan Haram itu. Selain ianya satu fitnah dan pembohongan semata-mata...manifesto itu juga adalah sebagai satu kesinambungan "penghinaan" yang pernah Hj Hadi Awang Cawat terhadap rakyat Sarawak dulu yang beliau tuduh "tidak reti undi" kerna masih pakai "Cawat" lagi, dan manifesto Pakatan Haram 2011 itu merupakan satu pelengkap kepada siri "penghinaan" yang saya rasa betul-betul telah mengaib dan memalukan seluruh rakyat Sarawak.

Kenapa kempen pemimpin BN Pusat hanya tertumpu dikawasan bandar?

Hari sudah semakin dekat dengan tinggal hanya berbaki 2 hari setengah saja lagi termasuk hari ini untuk semua parti-parti baik daripada BN maupun daripada pihak Pakatan Pembangkang mengadakan ceramah kempen masing-masing ini kerana seperti kebiasaannya setelah tempoh berkempen tamat selepas jam 12 tengah malam 15 April ini semua bentuk kempen adalah dilarang kecuali melalui blog ataupun facebook.

Apa yang saya nampak sejak bermulanya hari berkempen iaitu sejurus selesai proses penamaan calon pada 6 April lalu sehingga kini terdapat kempen yang dijalankan oleh pihak dari Barisan Nasional hanya bertumpu dikawasan yang mudah jentera BN bergerak seperti dikawasan-kawasan bandar atau yang sudah mempunyai banyak kemudahan asas dan ini seolah-olah telah meminggirkan kawasan DUN yang berada agak jauh dari kawasan bandar.

Kalau dibandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri saban hari boleh kita lihat liputan mengenai kempen yang banyak disertai oleh pemimpin pusat keluar di kaca TV..tetapi adakah kita nampak mereka turut berbuat demikian dikawasan-kawasan yang jauh dipendalaman..rasa saya tidak kerana dikawasan tersebut semua tugas-tugas kempen telah diserahkan bulat-bulat kepada calon yang bertanding untuk berdepan dengan pihak lawan.

Adakah ini disedari atau tidak? Bila nak sedar?...bantulah calon-calon BN yang kawasan mereka jauh dari bandar untuk menang, janganlah ingat nak ambil hati pengundi kaum Cina sahaja..kaum Bumiputera pendalaman juga apa kurangnya..........

Contoh DUN-DUN BN yang seakan-akan terpinggir dari sentuhan dan perhatian sejak mula waktu berkempen oleh pemimpin BN Pusat adalah seperti N.36 Semop, N.38 Jemoreng, N.50 Dalat dan N.69 Batu Danau Limbang. Kenapa membiarkan calon-calon BN dari keempat-empat kawasan DUN ini terkapai-kapai sendiri melawan ceramah daripada pihak parti lawan?

BN ingatlah, jika sebelum ini saya hanya lihat N.54 Pelagus selain N.36 Semop, N.38 Jemoreng dan N.50 Dalat yang bermasalah buat BN untuk mempertahankannya tetapi kini saya dapat lihat bahawa terdapat ada satu lagi agak kurang selamat buat BN iaitu N.69 Batu Danau di Limbang..menjadikannya kini sudah ada 5 DUN berbahaya buat BN.

BN jangan ambil mudah telahan ini kerana sebarang kealpaan akan membawa kekalahan kepada BN apabila ada ruang yang dibiar terbuka tidak akan dilepas oleh pihak parti lawan untuk terus menyusup masuk. Buatlah sesuatu untuk membantu calon-calon BN diluar bandar berkempen, jangan disangka air yang tenang tiada BUAYA!!!

Arkib Blog