Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 03, 2011

Gambit Saifullah mahu pelihara anjing dan babi !!!


Apa hal pulak si Gambit benci betul dengan facebookers di negara ini sehingga tergamak melabelkan mereka sama seperti babi dan juga anjing-anjing.

Apa hina sangatkah mereka-mereka itu di mata Gambit? Apakah si Gambit telah merasakan yang beliau sudah terlalu gah sebagai seorang artis? ..ternama, hebat mengatasi populariti artis-artis antarabangsa?

Ingatlah, dunia artis di Malaysia bukannya ada jaminanpun kalau diri sendiri tidak bersedia dari awal sebelum melalui zaman kepudaran masing-masing..., janganlah waktu diri masih dipuncak kejayaan sesuka hati saja buat kenyataan yang bukan-bukan.

Harap si Gambit rajin-rajinlah tengok pusingan roda, samada kereta ke, motosikal ke, basikal ke, bas ke, lori ke...perhatikan roda tu berpusing, sekejap ke atas sekejap ke bawah...dan begitu jugalah kehidupan..jangan senang-senang saja kata orang lain sama macam babi atau anjing..!!!

Jurukamera Bernama TV terkorban di Somalia !!!

Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV
Rasa sedih dan terkejut dengan berita kematian Noramfaizul Mohd Nor , salah seorang daripada peserta dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia akibat terkena tembakan peluru sesat semasa dalam perjalanan pulang ke lokasi penginapan mereka.

Tragedi yang berlaku pada jam 5:40 petang waktu tempatan itu juga turut mencederakan  seorang wartawan TV3, Aji Saregar yang mengalami kecederaan dibahagian bahu.

Kepada keluarga Allahyarham, harap tenang dan sabar. Blog ini ingin sampaikan rasa simpati terhadap keluarga mangsa serta ucapan Takziah dan semoga roh allahyarham akan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang soleh dan beriman.Amin!

Arkib Blog