Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 26, 2011

Apa yang ADUN Sarawak lakukan untuk rakyat selepas menang PRN Sarawak lalu?

Calon-calon untuk setiap parti tidak kira samada daripada Barisan Nasional maupun daripada Pakatan Pembangkang yang bertanding pada pilihan raya umum Sarawak 16 April lalu telah menawar berbagai janji kepada para pengundi disetiap konstitusi yang bakal diwakili seandainya mereka menang dan terpilih sebagai seorang wakil rakyat.

Itu dulu, semasa kempen pilihan raya. Janji semua benda boleh dibagi..bulan, bintang, gunung, bukit, gua, laut dan pelangi semua akan ditunai dan diberikan kepada rakyat janji mereka menang, itu saja. Sekarang ? Ini sudah satu bulan lebih...terlalu awal juga rasanya nak mengungkit janji-janji yang pernah mereka buat sewaktu berkempen dulu.

Nampaknya di peringkat awal ini, sebilangan besar wakil-wakil rakyat daripada DUN BN Sarawak selepas menang dipilih oleh rakyat dikawasan yang ditandinginya tidak menunggu lama untuk turun semula ke kawasan masing-masing bertemu dengan rakyat yang diwakili untuk mengucapkan terima kasih serta untuk lebih mendalami masalah yang dihadapi rakyat. Ada yang buat jamuan untuk tujuan itu dan ada yang anjurkan pelbagai aktiviti untuk terus rapat dengan rakyat. Syabas kepada YB-YB seperti ini.

Manakala wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR masih lagi meneruskan kempen mereka. Kenapa? Sebab DAP dan PKR tidak tahu bahawa pilihan raya umum Sarawak yang ke-10 sudah lama selesai dan keputusannya semua pihak sudah tahu sedia maklum yang BN Sarawak berjaya mengekalkan kuasa apabila berjaya memperolehi majoriti dengan mudah.

ADUN-ADUN daripada Pakatan Pembangkang nampak memang belum buat kerja untuk rakyat yang mereka wakili. Hari-hari mereka berkempen, cari isu...dapat modal..terus contact media massa atau akhbar...ambil gambar beramai-ramai, kononnya itu rakyat yang tertindas walau nampak jelas wajah terselit dengan seribu penipuan di muka, pakai gigi emas, gelang emas, rantai emas, cincin emas, pakai pajero sport, triton lagi. Mereka sudah bersiap sedia awal untuk PRU-13 nanti. Banyak kawasan Parlimen sudah mereka kenalpasti untuk menang.

ADUN-ADUN BN Sarawak janganlah lalai lagi nak berpesta. Sudah menang, baguslah tu. Tak payahlah lagi asyik nak berpoco-poco. Ingatlah tanggungjawab utama untuk rakyat dan bukannya hiburan. Dan bersedialah lebih awal untuk berdepan PRU-13. Masa semakin suntuk dan tunaikanlah apa yang pernah dijanjikan kepada rakyat Sarawak suatu ketika dulu. Peralihan kuasa yang teratur. Berikan kami harapan yang baru. Amin!

Lagu keroncong "Bengawan Solo" lagu tema PKR



Sedap dengar lagu ni...mata air mengalir air dari Solo sampai ke laut...

Arkib Blog