Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 14, 2011

PRU-13: Datuk Fatimah calon terbaik BN untuk Parlimen Mukah !

Para pengundi di dalam kawasan Parlimen P.213 Mukah tidak sepatutnya terus dikelirukan dengan isu siapa calon yang layak dan bakal diketengahkan pada Pilihan Umum ke-13 nanti bagi kawasan berkenaan kerana jika pihak atasan dalam BN Sarawak khususnya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) benar-benar masih mahu berpegang kepada prinsip mensejahtera dan mendahulukan rakyat maka mereka tidak perlulah untuk memaksa rakyat Mukah agar menerima calon yang pihak mereka pilih walhal dalam masa yang sama rakyat Mukah sendiri mahukan calon tempatan yang berwibawa, rajin, cergas dan peka terhadap kehendak penduduk setempat.

Rakyat Mukah juga tidak seharusnya dipaksa agar terus terpesona dengan bakal calon biarpun calon tersebut datang dari keturunan Bangsawan seperti yang semakin kerap didendangkan oleh pihak-pihak berkepentingan di Mukah sejak kebelakangan ini kerana kepimpinan yang berkesan tidak mungkin boleh diwarisi walaupun ramai yang beranggapan sekiranya orang tua mereka seorang pemimpin yang hebat maka anaknya juga pasti hebat sama seperti ibubapa mereka. Itu andaian yang sangat silap dan kita boleh buktikan bahawa tidak semua mereka yang lahir dari keluarga pemimpin yang kita amat banggakan akan mengalir pula didalam tubuh anak mereka semangat yang serupa dan jika adapun jumlahnya adalah sangat sedikit.

Saya mahu membicarakan mengenai cakap-cakap rakyat Mukah yang semakin kedengaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini tentang wakil rakyat sedia ada dan juga tentang individu yang bakal dicalonkan bagi menggantikan Ahli Parlimen sekarang. Baru sekarang mereka berani mempersoalkan prestasi YB Datuk Dr Muhammad Leo Toyad yang nyata lembab, kenapa tidak sejak dari dulu?

Kalau dari dulu lagi kan ke bagus, sekurang-kurangnya tidak perlulah bagi kita hendak menunggu sehingga Pehin Sri Taib Mahmud berpindah dari DUN Asajaya ke DUN Balingian untuk melihat segala bentuk pembangunan di Mukah dapat direalisasikan, kita awal-awal tolak Dr Muhammad Leo dan pilih orang yang jauh lebih berwibawa untuk menjadi Anggota Parlimen di sana sebagai wakil kita pada peringkat persekutuan, sudah tentulah pembangunan pesat jauh lebih awal sudah kita nikmati di Bahagian Mukah dan bukannya baru sekarang itupun setelah Pehin Sri Taib dipilih sebagai ADUN Balingian.

Pembangunan pesat yang boleh kalian lihat sedang berlaku di bahagian Mukah sekarang ini sebenar dibawa oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan bukannya usaha yang dibawa oleh Dr Muhammad Leo Toyad, harap tidak ramai yang keliru dengan perkara itu. Jambatan Kuning yang merentasi Sungai Mukah sebagai saksi, ianya hanya berjaya dilaksanakan sebaik sahaja Pehin Sri Taib berpindah ke DUN Balingian awal tahun 2001 dulu. Itu baru projek Jambatan, banyak lagi projek lain yang Dr Muhammad Leo gagal bawa untuk rakyat Mukah selama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen di situ yang orang luar tidak ketahui.

Tentu sekali ramai yang akan bertanya, kalau begitu kenapa juga rakyat di Mukah masih memilih beliau sebagai wakil mereka? Jawapannya mudah saja sebab rakyat masih yakin dan percaya dengan kerajaan Barisan Nasional dan sayangkan parti PBB, biarpun siapa calon parti yang diletak untuk bertanding di kawasan tersebut, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa juga memilih beliau tetapi sekiranya mereka diberi peluang awal seperti diadakan pungutan suara samada mahu beliau dicalonkan sebagai wakil atau memilih orang lain maka sudah tentu rakyat Mukah mahu supaya pemimpin atasan dalam PBB jangan meletak Dr Muhammad Leo sebagai calon dan mesti letak muka baru.

Dan begitu jugalah dengan perkembangan terbaru yang berlaku khususnya di Parlimen Mukah sekarang apabila ada ura-ura yang timbul seolah-olah sengaja dibuat oleh pihak tertentu di Mukah yang mahukan agar anak sulung kepada Pehin Sri Taib iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir dipilih sebagai calon BN di kawasan Mukah dan sekiranya ini dibenarkan berlaku oleh pemimpin tertinggi BN atau PBB bermakna tiada apa-apa bezanya bagi rakyat Mukah samada Dr Muhammad Leo mahu berundur atau mahu bertanding semula kerana keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Mahmud sebagai calon Parlimen Mukah tidak ubah seperti mahukan rakyat di Mukah agar terus kekal dibawah suasana kepimpinan wakil rakyat terdahulu yang longlai dan lesu.

Masyarakat umum di negara ini bukan setakat di Sarawak saja memang sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Datuk Seri Mahmud seperti juga Dr Muhamad Leo mempunyai latar belakang hidup berkeluarga yang ada masalah dan apakah harapan akan diletakkan untuk sekali lagi ke atas rakyat di Mukah agar tetap mengundi wakil rakyat yang telah ditentukan oleh pihak atasan parti walaupun sebenarnya tidak menepati kehendak mereka? Sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa rakyat di Mukah tidak seharusnya disajikan dengan kehebatan seseorang calon hanya berdasarkan kepada kehebatan orang tuanya kerana itu semua bukannya boleh diwarisi dan ianya pasti tidak akan menjanjikan keupayaan bagi beliau untuk membela nasib rakyat serta membangunkan kawasan yang diwakilinya setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat nanti.

Oleh itu, jika pucuk pimpinan BN Sarawak mahupun PBB benar-benar mahu melihat supaya kawasan Parlimen Mukah terus maju serta membangun seiring dengan kawasan Parlimen yang lain di negara ini maka apa salahnya untuk pemimpin tertinggi ini berkorban kebanggaan yang ada pada mereka itu dengan membuka peluang kepada calon yang berkelayakan, yang berupaya untuk membangunkan kawasan dan apa yang sangat penting adalah orang tersebut memang telah terbukti mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dalam memajukan kawasan yang diwakilinya.

Dengan pengalaman luas yang dimilikinya selama beberapa penggal sebagai ADUN N.50 Dalat selain itu juga telah lama berkhidmat sebagai sebahagian daripada ahli pentadbiran di dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak dan tentu beliau sudah arif tentang selok-belok perjalanan jentera kerajaan negeri, maka itu saya pasti YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah telah memenuhi kriteria untuk membolehkan beliau dipilih sebagai calon yang terbaik untuk menyandang kerusi Parlimen P.213 Mukah pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak bagi menggantikan tempat YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Dan apa yang tidak kurang pentingnya juga ialah keutamaan harus diberikan kepada anak tempatan sendiri untuk dipilih bagi mewakili BN di Parlimen Mukah bukannya memberikan laluan kepada mereka yang tidak memahami kehendak dan budaya hidup masyarakat setempat menjadi wakil mereka walaupun memang asal-usulnya berasal dari kawasan berkenaan. Harap pucuk pimpinan BN Negeri Sarawak dan BN Pusat meletakkan calon yang terbaik bagi mewakili rakyat di kawasan Parlimen Mukah nanti. Amin!!!

7 keajaiban baru dunia terdapat di Malaysia !

Dia ni bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bekas Menteri Pertanian Malaysia, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, bekas Menteri Kewangan Malaysia, bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaimana boleh terjebak hingga ke lembah yang begitu bawah sekali? ...pelikkan, sungguh ajaib !
Dia ini pula bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu diberikan kepada Rafizi Ramli, sekarang dia ni Naib Presiden PKR kalau tak silap sayalah dan dia ini jua adalah wakil rakyat yang mewakili Parlimen Batu dan dalam sejarah tamadun manusia belum pernah berlaku seseorang wakil rakyat yang suka memprovokasi pihak berkuasa ikut sedap hati dia umpamakan negara ini tidak punya undang-undang. Sudah banyak kali dia ini diusung oleh pihak polis bagai seekor lembu sakit yang dah nak mampus, sungguh ajaib!
Dia ini sekarang sedang di dalam perkhidmatan walaupun dah nampak tua. Dia adalah Menteri Besar bagi negeri Kelantan Darul Naim, dia juga adalah seorang Ulama biarpun Anwar Ibrahim pernah gelar dia sebagai Ulama Terompah, itu menurut Ahli Parlimen Bebas YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim. Dia ini adalah Mursyidul Am PAS kira lebih kurang sama dengan jawatan Penasihat kepada partilah tetapi yang menimbulkan rasa pelik pada kita ialah tentang tabiat dia waktu makan, macam gambar di atas ada sudu tak nak pakai, tak juga gunakan tangan, anehkan!
Dia ini pula adalah bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Speaker DUN Perak selama 11 bulan saja dan sekarang dia hanyalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang biasa bagi kawasan DUN Tronoh Perak. YB V. Sivakumar itulah namanya, gila kuasa dan tidak redha dengan ketentuan bahawa kuasa yang ada pada beliau sebelum itu cuma sementara sahaja sehingga terpaksa diturunkan dari singgahsana dewan dengan diangkat secara beramai-ramai oleh bentara dan kakitangan DUN Perak yang dibantu oleh pihak Polis. Belum pernah berlaku walau di negara lain...amat memalukan!
Dia ini adalah bekas Menteri Besar Terengganu dan sekarang Presiden PAS. Sebagai seorang presiden dan yang berjawatan paling tinggi dalam parti patutnya dia ini menjadi contoh kepada para pengikutnya agar tahu menghormati undang-undang negara, jangan semua undang-undang dan peraturan yang telah dipersetujui bersama hendak dilanggar semahu-mahunya yang akhirnya menyaksikan dia sendiri kena tahan pihak berkuasa sedangkan para pengikutnya terlepas bebas diluar. Pelikkan!
Dia ini adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia dan sekarang dia ini adalah Presiden parti MCA namun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. Dulu masa jadi Menteri Kesihatan dia kantoi kena tangkap basah  bersekedudukan dengan teman wanitanya walaupun dia sendiri ada bini dan punya anak. Sebagai Menteri Kesihatan waktu itu sepatutnya dia mengamalkan gaya hidup yang bersih tetapi dia nyata telah memilih jalan yang salah sehingga akhirnya memaksa beliau untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan. Pelik dan menakjubkan!
Ini pula adalah YB Teo Nie Ching, wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Serdang Selangor. Dia bukan beragama Islam tetapi bagaimana boleh pihak pengurusan Masjid berkenaan membenarkan dia memasuki dalam Masjid sehingga ke ruang solat utama iaitu ruang tempat di mana Imam Masjid mengimamkan sembahyang. Sudahlah dia itu bukan beragama Islam masuk lagi tanpa mengenakan tudung atau pakaian yang menutup aurat. Tak ada berlaku dalam negara Islam lain perbuatan yang tidak menghormati tempat ibadat agama orang lain seperti yang dilakukan oleh Teo Nie Ching itu. Sangat merimas dan pelik sekali !

Sukan SEA ke-26: Syabas! atlit Sarawak terus membantu harumkan nama negara



GEMURUH SUARA

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia.

Gemuruh suara,
Jadi bangsa berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,

Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia.

Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Arkib Blog