Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 14, 2011

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang PM dan Isteri !

Malam ini Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri YABhg Datin Seri Rosmah Mansor akan datang ke Sarawak untuk lawatan dua hari dan pesawat khas yang membawa rombongan Perdana Menteri dijangka akan mendarat di Lapangan Terbang Bintulu jam 10 malam.

Jadual lawatan Perdana Menteri yang padat akan dimulakan dengan kunjungan beliau serta rombongan ke Penempatan Baru penduduk di Sungai Asap iaitu berdekatan dengan tapak projek Hydro Elektrik Bakun untuk menemui para penduduk yang terlibat dalam rancangan pemindahan ke penempatan baru. Dan banyak lagi aturcara yang telah disediakan bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri ke Bumi Kenyalang yang sudah pastinya menanti dengan setia sentuhan daripada Datuk Seri Mohd Najib.

Dan apa yang pasti ialah selain daripada sebagai petunjuk yang Pilihan Raya Umum Sarawak telah semakin dekat dengan kehadiran Perdana Menteri ke Sarawak kali ini, lawatan Datuk Seri Mohd Najib ini juga adalah untuk menghadiri majlis doa selamat perkahwinan yang kedua Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dengan isteri baru beliau iaitu Puan Sri Ragad Walid seorang warga Lubnan keturunan Syria yang akan berlangsung samada sebelah siang ataupun malam esok 15 January 2011.

Kepada kedua pasangan Perdana Menteri dan Isteri, selamat datang ke Sarawak dan harap YAB Datuk Seri Najib akan ada masa di lain waktu untuk melakukan lawatan ke Bandar Mukah serta tempat-tempat yang tertentu di kawasan Parlimen Mukah, harap Perdana Menteri dapat kejutkan Ahli Parlimen BN kami disana dari tidurnya yang lena selama 7 penggal !

Saya takkan meletak matlamat asal penulisan pada 'blog ranking' !

Di sebabkan memang saya sedar sejak dari mula bahawa laman blog saya ini adalah yang tercorot atau yang terburuk diantara laman-laman blog yang lain, maka itulah antara sebabnya kenapa saya tidak ada niat langsung untuk mendaftar laman blog saya untuk dipaparkan trafik ranknya kepada sebuah laman web khas untuk tujuan itu iaitu Alexa.com selain saya memang tidak pernah langsung berhasrat untuk meletakkan matlamat asal sebab musabab saya menulis atau membangunkan blog sendiri kepada kepopularitian atau kepada tinggi rendahnya hits sesebuah blog itu.

Disamping menyedari betapa bahasa, cara penulisan yang saya gunakan setiap kali menerbitkan setiap artikel jelas begitu tidak tersusun sehingga ada yang membacanya gagal cuba untuk memahami mesej yang hendak saya sampaikan melalui blog ini dengan baik dan saya sedar tentang semua itu.

Tetapi walau apapun saya tak akan mengalah semua itu dan selagi terdaya saya akan mempertingkat cara penulisan, memahami bahasa yang bagaimana mudah untuk difahami dan yang lebih penting bagi saya ialah saya takkan mempertaruhkan niat sebenar saya menulis demi kerajaan yang telus seperti Barisan Nasional dengan meletakkan laman blog saya di tengah-tengah laman blog maupun laman web yang sudah berada pada kedudukan sebagai yang terhebat di antara yang hebat.

Anak Merdeka akan tetap dengan cara yang tersendiri dan tak akan bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam menentukan kedudukan tangga blog masing-masing kerana jika itu yang kemudiannya akan diambilkira sebagai pengukur kepada kekuatan seseorang blogger itu dalam membantu pihak kerajaan terutamanya didalam memperbetulkan persepsi masyarakat yang ada sesetengahnya masih keliru dengan dakyah Pakatan Pembangkang maka sudah tentulah perjuangan asal yang hendak ditegakkan akan tergelincir dari landasan sebenar.

Arkib Blog