Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 26, 2012

Al-kisah, apabila anjing kerajaan masuk dalam kurungan PAS !

 Kalau tidak silap saya sewaktu pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) teruk dihina, dikeji, dicerca sebegitu rupa malahan lebih hina lagi apabila anggota PDRM keseluruhannya telah digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, para pemimpin PAS dan DAP, ketika itu Datuk Hj Fauzi Shaari adalah antara pegawai tertinggi di dalam pasukan keselamatan negara.

Jika menurut gelaran sebagai anjing kerajaan sepertimana yang telah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim serta sekutunya dalam Pakatan Pembangkang terhadap PDRM maka dengan sendirinya juga telah merujuk kepada diri Datuk Hj Fauzi itu sendiri salah seorang yang digelarkan umpama anjing kerajaan.

Timbulnya gelaran anjing kerajaan terhadap polis oleh Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya dari PAS dan juga DAP adalah rentetan dari peristiwa beliau dipecat dari kerajaan serta parti UMNO berikutan kes moral yang dihadapinya apabila didakwa telah melakukan hubungan seks luar tabiee dengan ramai lelaki termasuk pemandu peribadi Dr. Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.

Gelaran anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS serta DAP terhadap para pegawai dan juga semua anggota PDRM masih kekal melekat di dalam kepala dan minda para penyokong Pakatan Pembangkang sehinggalah ke hari ini.

Di mata Anwar, PAS dan DAP, mereka sentiasa melihat pihak polis umpama anjing-anjing liar dan buktinya pada perhimpunan haram Bersih 3.0 hujung bulan April lalu yang berakhir dengan rusuhan ganas, di mana para peserta perhimpuan Bersih 3.0, penyokong Anwar, penyokong PAS serta pengikut DAP tidak teragak-agak dan tanpa segan silu telah berteriak "anjing!, anjing!, anjing!" ke arah polis.
Ini seolah-olah cuba menggambarkan bahawa tugas polis seperti sudah tidak bernilai lagi dan tiada apa-apa makna bagi Anwar, PAS dan DAP. Mereka seakan-akan mahu memerangi setiap anggota polis sedaya upaya yang boleh jika terdapat undang-undang yang membenarkan mereka bertindak sedemikian.

Tetapi amat malang sekali apabila ada segelintir bekas anggota polis sendiri serta bekas-bekas pegawai tinggi dalam PDRM misalnya seperti Datuk Hj Fauzi Shaari yang begitu mudah lupa tentang penghinaan yang pernah Anwar, PAS dan DAP kenakan terhadap PDRM seketika dulu apabila sanggup pula berkomplot dengan pihak yang pernah menghina polis untuk menentang kerajaan Barisan Nasional yang langsung tiada rekod memburuk-burukkan jabatan polis serta anggotanya.

Bagaimanakah perasaan Datuk Hj Fauzi sekiranya ketika berceramah di atas satu pentas dengan para pemimpin PAS lainnya yang memang terkenal dengan kata-kata biadap terhadap parti pemerintah, apabila tiba giliran penceramah PAS atau PKR mahupun DAP berucap dan dengan kata-kata kesat penuh hasutan memburukkan pihak PDRM dan memfitnah jabatan itu, apakah Datuk Hj Fauzi akan berdiam diri atau apakah beliau juga akan turut sama menghentam pihak polis?

Dan apakah Datuk Hj Fauzi juga akan bertukar menjadi khianat seperti Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir, sebaik saja masuk PAS dia balun UMNO parti yang beliau pernah berada di dalamnya? Adakah Datuk Hj Fauzi apabila sudah masuk dalam PAS akan turut menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan, menghina polis dengan bermacam-macam gelaran buruk?

Umumnya, dengan kemasukkan tanpa syarat Datuk Hj Fauzi ke dalam PAS, maka dengan itu juga telah membawa maksud bahawa beliau secara prinsipnya turut bersetuju dengan Anwar, PAS dan DAP mengenai gelaran anjing kerajaan terhadap polis kerana sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa sehingga kini Anwar, PAS serta DAP belum pernah lagi menarik balik kenyataan menghina mereka terhadap seluruh anggota PDRM itu.

Dari segi prinsip diri pula, adakah Datuk Hj Fauzi seorang yang lebih mementingkan soal harga diri, soal maruah, nama baik serta maruah pasukan polis yang pernah dianggotainya dan juga maruah seluruh anggota polis, para pegawai, pegawai rendah mahupun pegawai atasan yang masih berkhidmat dalam PDRM apabila terpaksa memilih PAS sebagai wadah perjuangannya setelah bersara jabatan polis yang pernah dihina dan dicaci oleh Anwar, DAP serta PAS?

Kewajarannya, walaupun beliau telah tamat perkhidmatannya dari jabatan polis, dengan memilih PAS sebagai landasan untuknya meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat bukanlah satu keputusan yang bijak dari seorang bekas pegawai kanan polis seperti Datuk Hj Fauzi kerana selain PAS masih terdapat banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain yang berpendirian sederhana untuk beliau sertai dan bukannya PAS yang nyata berfahaman melampau dan telah terpesong dari tuntutan sebenar agama.

Seburuk manapun UMNO pada pandangan mata kasar orang-orang PAS, PKR mahupun DAP, nyata sekali UMNO belum sampai ke tahap di mana sanggup untuk menggadaikan agama Islam hanya disebabkan mabuk dengan kuasa politik sebagaimana PAS yang merelakan agama dipijak-pijak oleh DAP semata-mata mahu menjaga hubungan serta kerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

Tetapi kenapakah itu semua tidak terlebih dulu diambil sebagai pertimbangan oleh Datuk Hj Fauzi sebelum beliau membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik dengan parti PAS?

Dengan mendakwa kononnya bahawa hanya PAS satu-satunya parti yang bertunjangkan Islam yang berani menyuarakan tentang Islam berbanding dengan UMNO sehingga menarik minatnya untuk masuk menyertai parti itu dan ini bukanlah satu alasan kuat kenapa beliau masuk PAS kerana seperti yang lazim kita lihat apabila ada pemimpin PAS menyebut tentang negara Islam dan hukum hudud sudah pasti DAP mula memberontak menyebabkan PAS terdiam dan tidak lagi berani berbicara tentang Islam.

Oleh itu dimanakah letaknya keberanian yang ada pada PAS seperti yang diakui oleh Datuk Hj Fauzi dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini sehingga mendorong minat beliau untuk masuk ke dalam PAS?

Adakah dengan menunjukkan keberaniannya turut serta dan menyokong gerakan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 anjuran S. Ambiga pejuang seks bebas sehingga menimbulkan rusuhan ganas, bersekongkol dengan Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel, menyokong Lina Joy dalam isu murtad, menyokong penggunaan Kalimah Allah bagi masyarakat Kristian di negara ini boleh dianggap sebagai satu keberanian PAS dalam menegakkan Islam?

Ironinya, walaupun Datuk Hj Fauzi pada hakikatnya pernah memegang jawatan tinggi dalam PDRM iaitu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, belum tentu lagi dalam perkara yang berlainan dari tugas yang pernah beliau pikul sebelum ini menjadikan beliau sama bijak untuk menilai baik buruk sesuatu itu sebagaimana cekapnya beliau serta para pegawai bawahannya membuat siasatan, menganalisis kes-kes jenayah di negara ini dan mengasingkan kes jenayah yang bebagai dalam kategori yang tertentu.

Akhir sekali, harap mereka-mereka yang dulunya pernah dihina, diejek, dimaki, dicerca dan digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS dan juga DAP apabila sudah berdiri diatas satu pentas dengan para pemimpin PAS, DAP ataupun PKR kelak, maka janganlah hendaknya nanti menyalak tidak tentu pasal umpama tabiat seekor anjing gila...

Bukan setakat buku, malah Irshad Manji juga harus diharamkan jejak kaki ke Malaysia

Tidak perlu rasanya untuk Irshad Manji mengecam kerajaan Malaysia yang bertindak tegas dan tepat apabila telah mengharam buku tulisan beliau "Allah. Liberty and Love" dari diedarkan dipasaran serta dijual kepada penduduk di negara ini.

Irshad Manji harus difahamkan bahawa Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sedang berdepan dengan ancaman keruntuhan moral serta akhlak kalangan masyarakat berbilang agama di mana amalan seks bebas atau seks songsang mulai menular dengan begitu cepat dan pantas dan kerajaan negara ini sedang bertungkus-lumus bagi membenteras gejala sedemikian dari terus merebak di kalangan masyarakat.

Bagaimana kerajaan negara ini yang sedang berusaha untuk membebaskan rakyat dari penyakit seumpama itu namun dalam masa yang sama masih boleh lagi untuk membenarkan kemasukkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak masyarakat seperti apa yang terkandung di buku hasil karya Irshad Manji itu.

Mana mungkin bagi sebuah kerajaan yang penuh bertanggungjawab seperti kerajaan Barisan Nasional mahu membiarkan apa saja elemen negatif dari luar untuk menyusup masuk dengan bebas dan berleluasa ke negara ini tanpa ditapis terlebih dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat juga pastinya tidak akan membenarkan sesuatu yang boleh memudaratkan kepercayaan mereka berkembang mekar tanpa dikawal dengan bersungguh-sungguh.

Kandungan buku "Allah, Liberty and Love" tentunya mengandungi tulisan yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dan jika tidak masakan kerajaan melalui pakar-pakar agamanya setelah melakukan penelitian tentang segala isi kandungannya telah bertindak mengharamkan buku tersebut.

Walaupun saya belum lagi membaca buku berkenaan namun saya tetap percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik serta bertanggungjawab pastinya mahukan yang terbaik buat rakyatnya dan tidak akan sesekali memimpin rakyat ke arah kebinasaan.

Arkib Blog