Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Jun 22, 2010

Piala Dunia 2010: RTM, kenapa alang-alang menyeluk pekasam???


Kata orang tua dulu-dulu, alang-alang basah biar mandi sekali. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Ertinya, kalau kita nak buat sesuatu perkara atau benda tu tak kiralah apa dia, biarlah sepenuhnya dan bukan separuh buat separuh tidak.

Oleh itu, kalau rasa nak buat, biar sepenuhnya dan kalau rasa tak nak buat maka tak payah. Mudah saja. Agar tiada pihak yang rasa kecewa.

Begitu juga dengan janji Radio Televisyen Malaysia(RTM TV1 dan TV2) yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa pihak mereka telah mendapat hak penyiaran atau lesen bagi membawa siaran secara langsung perlawanan bolsepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan untuk tontonan seluruh peminat bolasepak di negara ini.

Tetapi malang sekali, sehingga kini dan sejak bermulanya temasya tersebut iaitu dari 11hb June 2010, berapa kali saja RTM TV1 dan kononnya TV2 mampu membawa siaran secara langsung kerana kebanyakan perlawanan yang disiarkan adalah siaran tertunda atau lebih tepat lagi siaran perlawanan yang telah dirakamkan.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap RTM iaitu YB DS Rais Yatim sepatutnya tampil menjelaskan secara terpeinci kepada rakyat mengenai perkara ini yang telah menjadi persoalan banyak pihak.

Jika kita membuka siaran TV maka sudah tentu selang beberapa ketika di kaca TV1 dan TV2, pasti kita akan disajikan dengan iklan "Sorakan 1Malaysia 1Dunia" yang kononnya RTM akan menyiarkan siaran secara langsung untuk setiap kali perlawanan bolasepak.

Seandainya RTM masih mahu dilihat sebagai badan penyiar 'terunggul' di negara ini sepertimana slogan yang biasa kita dengar iaitu "RTM Tetap Unggul" adalah sesuatu yang terbaik bagi pihak RTM untuk berbuat sesuatu supaya perkara seperti ini walaupun mungkin dikira kecil oleh Menterinya tetapi mana tahu ianya sesuatu yang besar bagi rakyat, dikhuatir akan menjejas semula kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan Barisan Nasional kerana RTM adalah mata, lidah dan telinga kepada kerajaan BN.

Arkib Blog