Melihat kepada tindak tanduk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Saifuddin Abdullah sejak beliau dipilih oleh Datuk Seri Najib sebagai sebahagian daripada anggota pentadbiran dalam kerajaan Barisan Nasional Pusat, gerak-geri beliau tidak jauh berbeza dengan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim. Terdapat persamaan antara kedua mereka, lebih condong kepada pihak pembangkang baik ketika mengeluarkan kenyataan mahupun dalam menentukan tindakan.
Semalam adalah kemuncak kepada semua andaian oleh ramai pihak tentang siapa sebenarnya Datuk Saifuddin itu. Bolehlah diibaratkan beliau dalam isu "mahakangkung" menurunkan bendera yang mempamerkan wajah Perdana Menteri ke-6 yang juga Presiden UMNO ke-7 Datuk Seri Najib umpama orang yang 'membaling batu sembunyi tangan' iaitu menggunakan pihak tertentu untuk menjayakan agenda beliau.
Saya bukannya nak menuduh beliau sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam merancang perbuatan gila seumpama itu namun jauh disudut hati terbit satu persoalan kenapa harus beliau turut berada bersama 'mahakangkung' itu semalam ketika mereka sedang berhimpun di kawasan Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera malah menurut beberapa sumber Timbalan Menteri itu juga telah diminta oleh para peserta demonstrasi untuk sama berucap dan dia sendiri juga mengakui bahawa beliau memang ada berucap namun menurutnya itu bagi menenangkan keadaan yang agak tegang ketika itu.
Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun mana mungkin apa yang diucapkan boleh kedengaran dengan jelas melainkan bagi mereka yang berada dekat dengan beliau tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain yang berada agak jauh daripada Datuk Saifuddin, mungkin mereka terdengar Timbalan Menteri itu melaungkan perkataan, !Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib,,,walhal kemungkinan besar beliau cuma berkata !hidup Anwar!hidup Anwar!hidup Anwar! bagi meniup semangat ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta anggota kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun agar terus berarak...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Disember 18, 2011
Mahakangkung menurun bendera DS Najib, tindakan amat tidak bertamadun!
Sekumpulan penuntut universiti yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) semalam telah bertindak sungguh kurang ajar, biadap dan yang paling teruk tidak bertamadun sama sekali apabila tergamak menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dikibarkan dihadapan bangunan Pusat Dagangan Bumiputera Kuala Lumpur (PWTC).
Tindakan sedemikian tentu sekali sangat tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai seorang penuntut ilmu di Menara Gading di mana ilmu yang hendak mereka tuntut bukan lagi sama tarafnya dengan apa yang pernah mereka pelajari sewaktu masih duduk di sekolah rendah mahupun ketika berada di sekolah menengah dulu kerana apabila sudah berada di peringkat universiti kematangan berfikir sebelum bertindak di samping disiplin yang tinggi bagi seseorang yang berilmu adalah amat penting sebelum berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Tetapi malang sekali, dengan tindakan bodoh dan tidak melambangkan mereka sebagai kumpulan pelajar bertaraf tinggi apabila mengambil bahagian berhimpun serta berarak untuk menuntut itu dan ini daripada pihak kerajaan sehingga sanggup pula menurunkan bendera Perdana Menteri telah dengan sendirinya meletakkan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang KOSONG serta BEKU dari segi pemikiran mereka dan apakah mereka ini masih layak lagi untuk gelar sebagai kumpulan Mahasiswa? Tindakan kumpulan ini sebenarnya telah keterbelakang malah lebih mirip dan serupa dengan tindakan tidak bertamadun sebahagian rakyat Indonesia ketika demonstrasi Anti-Malaysia dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini.
Kerajaan telah bersusah payah menyediakan begitu banyak pusat-pusat pengajian seperti kolej-kolej, universiti-universiti selain sekolah-sekolah tempat seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda untuk belajar dan menimba ilmu malah ada pula sebahagian daripada mereka yang menerima biasiswa kerajaan bagi membantu mengurangkan beban agar mereka boleh berjaya hingga ke pengajian akhir sama seperti pelajar yang berkemampuan namun malangnya apabila kumpulan penuntut ini tidak pernah mahu berpikir ke arah itu tetapi lebih cenderung berpihak kepada pihak pembangkang untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.
Kita tidak tahu, apa lagi yang tidak memuaskan hati sekumpulan Mahakangkung itu yang begitu terdesak sehingga bendera Perdana Menteri juga turut menjadi sasaran. Apakah mereka telah menjadi talibarut kepada pihak pembangkang? Untuk beranggapan mereka akan duduk di pusat-pusat pengajian tinggi dalam tempoh yang lama atau seumur hidup tidak mungkin juga sebab biasa mereka hanya akan berada di tempat pengajian cuma lebih kurang dalam 5 tahun dan adalah tidak mungkin untuk mereka meninggalkan legasi yang perlu diwarisi kepada penuntut yang seterusnya, jadi apakah motif sebenarnya kumpulan Mahakangkung itu yang telah sanggup bertindak diluar batasan sebagai seorang pelajar?

Label:
Mahakangkung
Manila terus terima bala dari Tuhan angkara amalan songsang rakyatnya,,,
Filipina adalah antara negara di rantau negara Asean selain daripada Thailand yang memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk bebas menentukan kehidupan berpasangan yang bagaimana mereka kehendaki mengikut pilihan masing-masing seperti lelaki boleh bersekedudukan sesama lelaki dan wanitanya pula boleh bebas untuk mengadakan hubungan dengan pasangan sesama jenis mereka.
Perbuatan oleh sesetengah rakyat kedua-dua negara berkenaan seakan-akan mendapat restu serta perlindungan daripada pihak kerajaan. Setiap tahun kumpulan-kumpulan songsang iaitu gay dan lesbian bebas menganjurkan berbagai pesta atau festival khusus untuk golongan berkenaan bagi meraikan kebebasan yang diberikan kepada mereka.
Akibatnya, tanpa mereka sedari bahawa Tuhan yang pastinya tidak membenarkan amalan yang sedemikian dilakukan iaitu amalan yang jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran mana-mana agama telah menurunkan bermacam-macam bentuk bencana kepada mereka yang terus berdegil.
Ribut Tropika Washi yang kini telah meragut lebih seratus nyawa di Manila adalah sebagai bukti betapa Tuhan terlebih dahulu telah menurunkan bencana sebagai tanda amaran kepada segelintir penduduk Filipina agar segera bertaubat serta kembali ke pangkal jalan iaitu sebelum sekumpulan songsang mahu menganjurkan satu lagi pesta gay bagi tahun 2012 yang dikenali sebagai Mr. Gay World Philippines 2012.

ribut washi
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com