Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 05, 2012

Al-Quran tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.

Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

"Seksualiti Merdeka kerja orang gila" - Pemimpin Gereja Katholik Scotland.

Perkahwinan sejenis di antara lelaki sesama lelaki dan juga di antara wanita sesama wanita adalah salah satu daripada agenda atau yang turut tersenarai di dalam apa yang dikatakan oleh golongan minoriti pendesak sebagai hak kebebasan individu yang mahu diperjuangkan oleh mereka ini.

Golongan yang begitu aktif sekali mendesak kerajaan dengan mengemukakan berbagai tuntutan yang melampau serta terkeluar daripada kelaziman atau kebiasaan adalah merupakan sekumpulan manusia yang sangat terdesak di dalam kehidupan mereka dan kumpulan mereka ini juga adalah merupakan kumpulan yang nyata sudah hilang kawalan diri sehingga tidak mampu lagi membezakan yang mana haram dan yang mana satu halal.

Seorang pemimpin Kristian aliran Roman Katholik, Cardinal Keith O'Brien 73, dari negeri Scotland, Britain telah membidas Perdana Menteri Gordon Brown beberapa minggu lepas kerana telah menyatakan secara terbuka mengenai sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis di negara berkenaan.

O'Brien menyifatkan tindakan itu sebagai "subversive" melampau ke atas hak asasi manusia hanya kerana tuntutan daripada kumpulan aktivis minoriti. "Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak," - Cardinal Keith O'Brien. Lagi berita di sini 

Tetapi apa yang peliknya di Malaysia ini ialah bilamana terdapat segelintir pemimpin yang beragama Islam boleh terlibat sama di dalam menyokong serta memberi peransang terhadap segala usaha untuk mengembangkan budaya songsang sebegini di kalangan masyarakat negara ini sebab sepatutnya pemimpin Islamlah yang menyekat budaya seumpama ini agar tidak menular dalam masyarakat Malaysia tetapi malangnya apabila keadaan telah menjadi sebaliknya pula.

Arkib Blog