Sudah tiba rasanya masa untuk pemimpin-pemimpin Kristian di Malaysia untuk membuat keputusan sendiri berhubung penggunaan kalimah Allah yang sekian lama digunapakai dalam kitab Injil berbahasa Indonesia namun ianya tetap juga diguna sehingga ke hari ini oleh para penganut agama Kristian daripada kaum Bumiputera khususnya di Malaysia Timur.
Saya cuma ingin sekali berkongsi pandangan mengenai perkara ini dan bagi saya adalah lebih baik mengemukakan cadangan daripada memberi kenyataan-kenyataan yang akhirnya hanya membangkitkan rasa kurang senang di antara kedua-dua pihak yang sehingga kini sering bertelagah dan bercakaran mengenai hak ke atas Kalimah Allah itu.
Secara ringkasnya saya tujukan saja kepada pihak sebelah saya sendiri iaitu pihak Kristian. Apa kata buat saja cetakan baru untuk versi baru kitab Injil untuk kegunaan Gereja-gereja seluruh Malaysia dengan menukar setiap mana-mana perkataan "Allah" di dalamnya sebagaimana versi sebelum ini kepada perkataan "Elohim" ataupun "Ilah.
Saya dapat beberapa bukti bahawa kalimah Allah itu memang bukan satu perkataan yang asal dalam kitab Injil lama dan contoh yang boleh dijadikan fakta ialah antaranya ialah Injil Yohannes 1:1 In the beginning was the Word, and the Word was with Elohim, and the Word was Elohim (Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Elohim dan Firman itu adalah Elohim), namun dalam Injil berbahasa Indonesia ianya telah ditukar berbunyi seperti ini "Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah."
Apa-apapun untuk rujukan fakta hal yang berkaitan boleh juga dibuat di sini dan lihat juga pengakuan terbaru seorang Paderi Kristian dari Indonesia tentang perkara yang sama iaitu apabila turut bersetuju akan hakikat bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam di sini
Bersama-samalah kita berfikir secara waras bagaimana agar keamanan serta perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara dapat terus dipelihara dan tidak rosak hanya kerana beberapa perkara yang pada dasarnya boleh diselesaikan secara bermuafakat antara dua kumpulan berbeza tanpa perlu menimbulkan bermacam-macam isu sampingan yang tidak sepatutnya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Januari 12, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com