Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, November 15, 2010

Datuk Salleh Jafaruddin akan kembali berpolitik di Sarawak...

Bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Oya/Dalat, Datuk Haji Salleh Jafaruddin menurut satu sumber berita akan bergiat semula dalam politik negeri Sarawak selepas lebih 20 tahun menyepi dari arena politik Bumi Kenyalang.

Datuk Haji Salleh yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran ketika di era pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn serta semasa berada dalam Kabinet Tun Dr Mahathir telah menyatakan kesediaan beliau untuk kembali semula berpolitik di Sarawak menjelang pilihanraya umum negeri yang akan datang sewaktu dikunjungi oleh wartawan akhbar Malaysiakini di rumah kediamannya di Petaling Jaya Selangor.

Beliau yang juga merupakan ayah kepada pengulas sukan di Astro Arena iaitu Rashid Salleh adalah antara pemimpin politik yang terlibat di dalam mengasas sebuah parti politik yang berperanan sebagai pembangkang peringkat negeri dan pusat dikenali sebagai parti Permas pada tahun 1987 selepas berlakunya 'Peristiwa Ming Court 87' di Kuala Lumpur dan bersama beliau ketika itu selain Tun Rahman Yaakub adalah Wan Madzihi Wan Mahzhar, Wan Habib Wan Mahmud dan yang lain-lain lagi.

Ditanya tentang parti mana yang akan beliau sertai sekiranya hasrat untuk kembali berpolitik menjadi kenyataan kelak, Datuk Salleh belum dapat memutuskan perkara berkenaan cuma beliau menyatakan bahawa keadaan kesihatan serta ruang masa beliau yang banyak kini turut mengizinkan untuknya masuk semula ke gelanggang politik disamping keinginan beliau untuk kembali berkhidmat kepada rakyat Sarawak turut menjadi faktor pendorong.

Kepada ayahanda Datuk Salleh, kami sebagai penyokong kuat kepada Datuk suatu ketika dulu mengucapkan selamat kembali dan berharap agar Datuk menukar gear perjuangan atas landasan yang telah dirintis bersama oleh pemimpin kerajaan semasa dengan menyokong dasar perjuangan parti Barisan Nasional agar Sarawak terus makmur setara dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia dan kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional Negeri, usahlah merasa gusar atau gundah-gulana dengan kemunculan semula Datuk Salleh Jafaruddin di atas pentas politik Bumi Kenyalang tetapi anggaplah kehadiran beliau sebagai kepulangan seorang sahabat yang mahu membantu.

Sudah menjadi resam dunia...

Akan menjadi perkara yang sangat sukar bagi sesetengah orang untuk menerima sesuatu yang berbeza dari perkara yang biasa mereka amalkan sebelumnya dan juga adalah menjadi satu perkara yang amat mustahil untuk membicarakan sesuatu perkara yang benar dengan mudah jika tidak disusuli terlebih dulu dengan tindakan menentang oleh mereka yang gagal memahami sebaik-baiknya tentang perkara yang cuba disampaikan sebelum mereka berkata setuju ataupun tidak.

Sikap menentang dalam masyarakat memang perlu sebenarnya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berjiwa besar, berani, tegas, dipercayai serta berkebolehan dari segala segi tetapi ia akan menjadi tidak ada ertinya apabila mereka tidak ada sikap ingin lebih tahu dalam diri mereka tentang sesuatu yang mereka tidak mahu sebelum mereka menerima ataupun menolaknya.

Manakala sikap yang suka menerima apa saja sesuatu perkara itu tanpa terlebih dahulu menyelidiki akan kebaikan serta keburukannya juga adalah merupakan salah satu sikap yang harus dikikis daripada setiap orang kerana apabila kita pasti samada ianya baik untuk kita maka kita harus terima dan jika ia tidak baik maka kita wajar untuk menolaknya dan sikap seperti inilah yang antara lainya yang akan mematangkan kita di dalam membuat sesuatu keputusan walau dalam apapun keadaan.

Laman blog adalah merupakan salah satu ruang di dalam dunia internet yang paling sesuai untuk sesebuah masyarakat yang tertentu untuk mengadakan berbagai perbincangan mengenai perkara-perkara yang ada kaitannya dengan kelompok masing-masing seperti hal adat resam kaum, hal agama, hal budaya dan lain-lan lagi dan ia akan menjadi lebih mudah dan mendatangkan lebih banyak menafaat sekiranya semua pihak yang terlibat dapat memahami akan tujuan dan maksud yang cuba disampaikan oleh rakan-rakan di laman web tanpa perlu menaruh syak-wsangka bukan-bukan terhadap perkara yang cuba diketengahkan dalam dunia siber ini.

Peranan kita disitu adalah hanya sebagai rakan untuk berbincang atau dalam ertikata lainnya bertukar-tukar pendapat serta pandangan mengenai isu-isu yang ditimbulkan dan oleh itu maka tidak perlulah untuk bersikap cepat melatah dan marah atau sebagainya.

Arkib Blog