Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 20, 2012

Cuaca panas melampau akibat pengurusan hutan lemah kerajaan Sarawak !

Sejak berminggu yang lalu sehingga kini, keadaan suhu panas yang terlampau di hampir seluruh negeri Sarawak telah menimbulkan rasa yang sangat tidak selesa kepada penduduk Bumi Kenyalang dan mungkin juga kepada seluruh penduduk di negeri Sabah.

Ramai rakyat yang miskin, mereka tinggal di luar bandar, di kampung-kampung, di rumah-rumah panjang yang tidak mampu untuk memiliki walaupun seunit penghawa dingin (orang bandar sebut Air-Cond) amat merasakan kesengsaraan ini tanpa diketahui oleh pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Timbalannya YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu.

Ramai yang mengeluh dan bertanya sesama sendiri, kenapa cuaca sekarang ini bertukar menjadi sangat panas tak macam sepuluh, dua puluh, tiga puluh tahun yang lalu? Malangnya ramai lagi yang tidak tahu bahawa semua itu berpunca daripada cara atau sistem penebangan hutan khususnya oleh pihak-pihak yang diberi lesen untuk mengeluarkan kayu balak dari dalam hutan tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan.

Hanya sejumlah kecil saja syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak yang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hutan Negeri dan juga oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia manakala sebahagian besarnya pula terus menerus menjalankan operasi pembalakan mereka secara tidak teratur dan terkawal tanpa memperdulikan garis panduan yang ditentukan oleh pihak berwajib.

Saya sungguh percaya sekiranya keadaan seperti ini gagal untuk diatasi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak dengan sebeberapa segera yang boleh, adalah sesuatu yang mustahil hutan negeri Sarawak akan menjadi botak hanya dalam tempoh masa 15 tahun sehingga 25 tahun akan datang walaupun digantikan dengan berbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, koko, getah dan juga ditanam dengan benih kayu import.

Bukan itu saja, bencana alam seperti banjir, tanah runtuh serta suhu kepanasan yang sungguh menyiksakan akan terus menghantui rakyat susah di Sarawak, rakyat yang miskin yang rata-ratanya dari kaum Bumiputera. Bagi mereka yang kaya seperti yang terdiri dari kaum bukan Bumi di Sarawak tentu keadaan seumpama ini bukan satu perkara berat bagi mereka kerana mereka kaya, banyak duit,,,boleh pasang air-cond banyak-banyak di semua sudut rumah...tetapi bagaimana dengan kami yang kebanyakan tergolong dalam kumpulan tidak mampu?

Saya harap sangat agar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud tidak mendapat maklumat yang salah mengenai pengurusan hutan di Sarawak daripada para pegawai bawahan beliau dan janganlah meletakkan kepercayaan seratus-peratus kepada mereka dalam memperolehi segala maklumat mengenai keadaan hutan negeri.

Jangan siksa rakyat tetapi turunlah sendiri ke bawah tengok apa yang sebenarnya terjadi....

Tiada ulasan:

Arkib Blog