Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 23, 2011

Selain Indonesia, Islam Malaysia juga pernah terima sentuhan Gaddafi

 Bagi mereka yang mengikuti laporan langsung oleh Al-Jazeera dan BBC mengenai kematian Muammar Gaddafi Selasa lalu, tentu dapat mendengar bunyi latar paparan dari Tripoli itu.

Ini kerana laungan yang terdengar itu adalah takbir hari raya berulang-ulang berkumandang menggunakan pembesar suara ketika anak-anak muda Libya bersorak kegembiraan apabila mendapat tahu Gaddafi telah mati.

Bagi orang Malaysia laungan takbir hari raya pada waktu ini adalah suatu yang pelik.

Dalam laporan langsung di BBC, pemberitanya ialah seorang bukan Islam dan apabila ditanya oleh pembaca berita dari London, apakah laungan yang didengar dari masjid itu, dia menjawab, tidak tahu tetapi menurutnya laungan itu berulang-ulang berkumandang sejak diumumkan kematian Gaddafi.

Di Al-Jazeera pula pemberitanya mengatakan bahawa laungan takbir itu adalah sebagai tanda kegembiraan rakyat Libya atas kematian Gaddafi.

Sememangnya dalam sejarah Islam, takbir yang dilaungkan semasa hari raya itu berupa zikir memuji kebesaran Ilahi ekoran kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar melawan Musyrikin. Dalam laungan itu dinyatakan kejayaan orang Islam mengalahkan orang kafir.

Adalah jelas rakyat Libya amat marah pada Gaddafi.

Amarah mereka ini menjadi tanda tanya bagi umat Islam di luar Libya. Ini kerana semasa hidupnya, Gaddafi dipandang tinggi oleh umat Islam.

Bermula dengan rampasan kuasa ke atas Raja Idris pada tahun 1969, Gaddafi muncul sebagai seorang pemimpin Islam yang berjuang membela hak kebangsaan Arab, iaitu termasuk Palestine, kepentingan rakyat, sebab itulah gagasan Buku Hijaunya menampilkan kaedah kesaksamaan pengagihan harta negara dan tidak kurang penting ialah usaha pembebasan rakyat terjajah di seluruh dunia, dari Ireland Utara di barat hinggalah rakyat Moro di timur.

Orang Islam Malaysia sendiri menghormatinya. Berapa ramai anak-anak Melayu yang bernama Gaddafi kerana bapa masing-masing mengkaguminya.

Penulis( Zin Mahmud) ingat pada tahun 1972, apabila sebagai kanak-kanak, kawan-kawan sekolah agama bersorak apabila dari radio dilaporkan bahawa Gaddafi menghantar tentera ke Mesir untuk menyertai Perang Ramadan yang menyaksikan pertama kali tentera Israel terpaksa berundur dari Sinai.

Ketika Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebsan Palestine (PLO) diusir dari Beirut atas tekanan Barat, maka ke Libya lah tempat mereka mencari perlindungan. Tripoli menggantikan Beirut sebagai pangkalan PLO.

Maka sepanjang pemerintahannya, kehadiran Libya di Malaysia dirasakan. Kerajaan Gaddafi menubuhkan Pusat Arab Libya di Kuala Lumpur yang peranannya setanding dengan agensi-agensi penerangan kuasa besar lainnya seperti Lincoln Culture Center(Amerika Syarikat), British Council, Goethe Institut(Jerman) dan Alliance Francaise(Perancis).
Bangunan Perkim di Kuala Lumpur
 Libya menjadi wakil negara ketiga yang bersuara mencabar pihak Barat. Gaddafi membantu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) untuk memiliki bangunannya sendiri serta meningkatkan usaha minoriti Islam di Asia Pasifik. Sokongannya kepada Pertubuhan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) adalah jelas.

Masjid Muammar Qaddafi di Cipambuan, Sentul, Kecamatan Babakan Madang, Kabupaten Bogor Jawa Barat Indonesia merupakan sebuah masjid indah yang pembinaannya dibiayai oleh kerajaan Gaddafi untuk Indonesia boleh memuatkan 22 ribu orang jemaah sekaligus.


Masjid Nasional Gadhafi di Kampala Uganda, merupakan masjid terbesar di benua Afrika dan boleh menampung jemaah seramai 12 ribu orang dalam satu-satu masa dan ianya dibangunkan atas dana dari World Islamic Call Society, Pertubuhan Bukan Kerajaan di Libya.
 Sebelum kemunculan Iran sebagai pusat politik yang menjadi perhatian umat Islam, Libya di bawah Gaddafi yang merintis persidangan-persidangan antarabangsa untuk pertubuhan Islam di seluruh dunia - oleh Zin Mahmud [Utusan Malaysia]

Untuk selanjutnya bolehlah klik pada pautan di atas sebab saya cuma siarkan tulisan berkenaan dengan beberapa sumbangan murni Gaddafi untuk umat Islam di negara-negara tertentu termasuk Malaysia.


Bagi menghormati Gaddafi yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya, wajar rasanya untuk menulis hanya tentang kebaikan serta kebajikan yang pernah dilakukan oleh beliau kepada masyarakat Islam dan jika adapun keburukan maka anggaplah ianya suatu urusan almarhum sebagai manusia dengan Tuhannya. Al Fatihah !

Arkib Blog