Gara-gara enggan membayar balik pinjaman yang hanya memerlukan mereka menjelaskan 5.4% dari wang yang diterima di mana kerajaan menanggung subsidi yuran sebanyak 85% - 95% menyebabkan pemberontak pimpinan Adam Adli sanggup bergelandangan, berlapar serta berhujan di tengah-tengah bandaraya...
Mereka ini dulu sebelum menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak PTPTN adalah sangat mustahil tidak memahami semua terma ataupun sebarang pra-syarat sebelum pinjaman masing-masing diluluskan.
Tetapi kenapa setelah wang pinjaman yang diluluskan bagi membiayai yuran pembelajaran mereka itu sudah diterima dan dibelanja dan mungkin juga sudah kehabisan baru nak mengata itu dan ini tentang PTPTN konon menipu, zalim, kejam dan sebagainya?
Kenapa dulu sebelum memohon pinjaman daripada PTPTN tidak terlebih membuat pertimbangan yang bijak dan sewajarnya samada mahu meminjam ataupun sebaliknya ataupun kenapa tidak buat saja pinjaman dari agensi-agensi kewangan seperti bank-bank dan lainnya?