Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 14, 2009

Ketuanan Melayu > Jutawan bukan Bumiputera > kuli Bumiputera

Sekadar mengenang. Apabila ada kaum tertentu di negara ini yang tidak henti-henti mempersoalkan hak serta keistimewaan kaum Melayu khususnya dan kaum Bumiputera amnya, saya menjadi semakin meluat dan tidak suka apabila pihak-pihak ini telah dengan sengaja mahu perkara tersebut seboleh-bolehnya hendak dijadikan sebagai satu isu yang berpanjangan.

Namun banyak sebenarnya perkara yang sering diungkitkan oleh kaum bukan Bumiputera di Malaysia ini telah memberikan kelebihan yang luarbiasa kepada kaum mereka sendiri berbanding dengan apa yang telah dikecapi oleh kaum Bumiputera selaku kaum asal di negara ini.

Lihat saja senarai nama orang-orang yang terkaya di Malaysia bermula dari mereka yang paling kaya iaitu dari tangga teratas hingga ke yang terbawah sekali. Mari kita lihat dulu sebahagian daripada nama mereka yang tersenarai sebagai individu paling kaya atau paling banyak harta di negara yang berkonsepkan ketuanan Melayu.

( 01 ) Tan Sri Robert Kwok [ Cina ]
( 02 ) Tan Sri T. Ananda Krishnan [ India ]
( 03 ) Tan Sri Lee Shin Cheng [ Cina ]
( 04 ) Tan Sri Guek Leng Chan [ Cina ]
( 05 ) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary [ Melayu ]
( 06 ) Tan Sri Teh Hong Piow [ Cina ]
( 07 ) Tan Sri Lim Kok Thay [ Cina ]
( 08 ) Tan Sri Tiong Hiew King [ Cina ]
( 09 ) Tan Sri Vincent Tan [ Cina ]
( 10 ) Tan Sri Azman Hashim [ Melayu ]

Kedudukan itu berdasarkan kepada harta yang mereka miliki. Jadi apakah kedudukan untuk Jutawan Melayu akan berubah naik ataupun akan terus kekal pada kedudukan sekarang ataupun akan semakin menurun sementara jutawan dari kalangan bukan Bumiputera semakin kuat cengkaman mereka ditangga masing-masing ?

Lihatlah nanti, semakin banyak harta jutawan bukan Bumiputera ini kumpul dan semakin besar operasi syarikat yang dibuka dan sudah tentu semakin banyak juga peluang kerja yang mereka wujud maka sudah pasti semakin ramailah pekerja atau kuli yang mereka perlukan.

Jadi, siapakah mereka yang akan menjadi sebahagian besar daripada pekerja atau kuli kepada jutawan bukan Bumiputera ini? Tentunya para pekerja dari kaum Bumiputera. Tidak cukup Bumiputera, maka akan dibawa masuk pekerja asing untuk bekerja di syarikat-syarikat mereka. Jadi adakah 'ketuanan Melayu' yang sering dibangkitkan oleh ahli-ahli politik dari kaum bukan Bumiputera di negara ini menafikan semua hak-hak mereka selaku rakyat Malaysia ? Tiadakan...

Kaum bukan Bumiputera di Malaysia bebas membuka perniagaan, bebas memiliki syarikat, bebas menjadi doktor, bebas menjadi guru, bebas menjadi ahli politik, bebas menjadi peguam, bebas memiliki sekolah jenis kebangsaan sendiri malah telah lama diterima untuk menjadi sebahagian daripada anggota pentadbir di Malaysia iaitu sebuah negara yang bangsa Melayu adalah tunjang pemerintahannya. Oleh itu, kenapakah kaum bukan Bumiputera di negara ini masih lagi tidak pernah hendak tahu bersyukur apabila dapat hidup dengan aman didalam negara ini bersama dengan kaum peribumi iaitu kaum asal Malaysia ?

Arkib Blog