Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, November 10, 2009

Rahsia disebalik nama bunga "Rafflesia"



Foto di sebelah pasti ramai rakyat Malaysia yang kenal siapa dia, terutamanya pakar-pakar sejarah di negara ini.

Paling tidakpun bekas-bekas penuntut disekolah rendah serta juga menengah dalam negara ini yang meminati tentang perkembangan sesuatu sejarah tentu tahu mengenai individu yang bernama Sir Stamford Raffles ini.


Manakala gambar yang satu lagi disebelah ini adalah gambar bunga Rafflesia. Jadi, apakah kaitannya bunga Rafflesia dengan kisah sejarah Sir Stamford Raffles.


Sebenarnya hari ini saya baru mendapat jawapan tentang soalan dalam diri iaitu darimana asal-usul nama bunga itu diperolehi sehingga dikenali sebagai "bunga Rafflesia."

Maklumat mengenai perkara ini saya dapat setelah membelek halaman mukasurat dalam akhbar harian Utusan Borneo keluaran Selasa 10 November 2009(A14-Horizon Dunia) yang ada menyiarkan tentang seorang pemandu pelancong di negeri Perak Darul Ridzuan ketika sedang memerhatikan sekuntum bunga Rafflesia yang terdapat di dalam hutan Ulu Geroh dalam negeri Perak.

Juga dikatakan bahawa nama Rafflesia itu digunakan keatas bunga tersebut bersempena dengan nama Sir Stamford Raffles yang dikatakan sebagai orang yang mula-mula menemuinya ketika mengembara ke Pulau Borneo sekitar tahun 1818. Ini adalah fakta sejarah yang harus dipelihara.

Berdasarkan kepada dua perkara tersebut diatas inilah, maka kita sangat mengharapkan agar suatu hari nanti sekiranya ada lagi perbalahan yang sengaja untuk ditimbulkan oleh sesetengah rakyat negara jiran Malaysia maka kita sudah ada bahan sebagai bukti untuk mematahkan hujah-hujah yang berupa fitnah oleh pihak tertentu di negara seberang itu sebagai tidak betul.

Sebenarnya bunga "Rafflesia" baru-baru ini juga hampir menjadi satu isu besar sepertimana dengan "tarian pendet" apabila sudah dapat dikesan ada pihak-pihak tertentu di Indonesia telah menuduh Malaysia sebagai mencuri bunga Rafflesia yang mereka dakwa kononnya hanya tumbuh atau hanya terdapat di Bengkulu, Indonesia. Inilah juga bukti bahawa sesetengah daripada rakyat Indonesia tidak tahu bahawa bunga Rafflesia juga banyak tumbuh secara semulajadi di dalam hutal tebal di negeri Sarawak, Sabah, Perak dan juga di Pahang.

Mungkin oleh kerana sejak dari awal lagi kita dapat memintas tuduhan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggung mengenai finah yang telah dilemparkan itu, maka isu itu telah mula sejuk dan terus membeku. Sekali lagi kita harus memberitahu kepada masyarakat Indonesia yang ada sesetengah daripada mereka yang kurang jelas mengenai sesuatu isu itu, jadi apa salahnya jika mereka selidiki terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum mereka membuat tuduhan yang melulu atau buat tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Arkib Blog