Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 18, 2010

Isu Buang Bayi: Semua pemimpin politik harus tunjuk teladan yang sopan...


Kalau mahu isu-isu yang sangat sukar untuk diatasi berjaya ditangani atau sekurang-kurangnya berjaya untuk dikurangkan maka semua langkah yang terbaik untuk mencari penyelsaiannya haruslah bermula daripada peringkat pemimpin-pemimpin rakyat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik yang mereka anuti.

Merekalah contoh terbaik yang harus dicontohi dan bukannya mereka pulak menjadi wabak-wabak yang perlu dihindari oleh masyarakat. Berzina, mengadakan hubungan luar nikah dan sebagainya yang berkaitan dengan larangan-larangan tertentu dalam sesuatu ajaran agama itu sepatutnya sentiasa dijauhi.

Apabila lahirnya zuriat hasil dari perhubungan haram seumpamanya sudah tentulah mereka yang terlibat secara langsung atau juga mereka yang punya pertalian keluarga dengan pelaku-pelaku perkara terkutuk itu pasti akan berdepan dengan cemuhan dan penghinaan daripada anggota masyarakat sekeliling.

Untuk mereka ini mengelak daripada berdepan dengan risiko yang bakal dihadapi apabila perbuatan keji yang dirahsiakan sebelum ini terbongkar dengan kelahiran seorang bayi yang tidak berdosa maka jalan pintas terpaksa diambil seperti membuang, meninggal, mencampak, menanam bayi mereka dimana-mana walaupun sudah tahu akan akibatnya yang akan mereka tanggung ekoran perbuatan kejam seperti itu.

Dalam isu-isu seperti ini yang masih menghantui masyarakat serta pemimpin Malaysia ketika ini, apakah ada cadangan yang mahu dilontarkan oleh rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama mereka untuk sama-sama membantu mencari penyelesaian keatas isu ini akan diterima?

Tetapi malangnya apabila ada daripada sesetengah pemimpin-pemimpin rakyat yang ketika ini berstatus sebagai Yang Berhormat(YB) dan ada juga yang pernah bergelar sebagai Yang Berhormat(YB) serta pernah menjadi Menteri penuh didalam Kabinet Malaysia beberapa tahun yang lepas tidak banyak membantu kerajaan didalam usaha untuk mengurangkan anak diluar nikah atau mengurangkan kegiatan yang paling tidak bermoral seperti bersekedudukan tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi berkhalwat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmm sesak nafas ini...

Arkib Blog