Tarikh 16 September akan datang lagi. Dahulu pun ada, sekarang pun masih ada, akan datang pun pasti ada...dan sudah semesti akan ada untuk tahun-tahun seterusnya. Tetapi apakah impian yang ditetapkan pada tarikh itu akan tercapai ataupun akan hanya menjadi impian tinggal impian.
Anwar Ibrahim serta PKR khususnya dan Pakatan Pembangkang amnya untuk kali kedua ini iaitu setelah gagal dengan projek pertama mereka 16 September 2008 lalu yang dinamakan sebagai "Dari Permatang Pauh ke Putra Jaya" telah diketahui bahawa mereka akan cuba sekali lagi berusaha namun kali ini sasaran mereka adalah negeri Sarawak.
Adakah projek mereka selepas 16 September 2009 ini akan dinamakan sebagai "Dari Permatang Pauh ke Sarawak" ? ...ishhh..pelik juga bunyinya.
Jika dulu, untuk menawan puncak Putra Jaya mereka membuat cerita karut, usaha yang sangat terdesak iaitu mengatakan akan ada 31 ahli Parlimen daripada BN akan lompat parti dan ikut DAP/PKR/PAS untuk membentuk kerajaan baru tetapi apa yang terjadi cuma dua orang saja yang bertindak keluar dari BN iaitu dari SAPP dua-duanya dari Sabah, itupun bukan lompat parti cuma keluar dari BN saja dan sebagai ahli Parlimen bebas saja.
Projek itu gagal kerana tidak mengikut amalan demokrasi serta melanggar prinsip demokrasi yang sebenarnya. Jika berlakupun ianya tidak akan dianggap sebagai kerajaan yang sah kerana tindakan seperti itu sebenarnya telah menafikan kuasa majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara ini. Itu dulu.
Dan kini, untuk meneruskan hasrat mereka bagi membentuk sebuah kerajaan yang baru di Malaysia ini sebelum PRU - 13 nanti, jadi sebagai permulaannya tumpuan mereka sekarang sedang terarah ke negeri Sarawak.
Apa yang lebih menarik ialah apabila telah disedari bahawa PKR khususnya Anwar Ibrahim telah mendapat bantuan atau sokongan daripada sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikenali sebagai International Republican Institute atau ringkasnya IRI bagi menghadapi pilihanraya umum negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun hadapan.
Difahamkan juga bahawa IRI DI Sarawak yang diketuai oleh warga asing yang bernama John Fluharty sedang giat menjalankan berbagai aktiviti di negeri ini yang berkaitan dengan misi PKR untuk merampas negeri Sarawak daripada kearajaan BN. Maklumat lanjut berkenaan dengan perkara ini boleh di dapati daripada blog Kumbang di http://analisisringan.blogspot.com .
Pandangan awal saya mengenai perkara ini ialah, kedua-duanya iaitu IRI dan PKR memang ada niat tersendiri atau ada niat mereka masing-masing berhubung dengan negeri Sarawak ini disebalik kerjasama yang mereka jalinkan bersama. IRI seperti mempunyai niat tersembunyi serta halus yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk dicapai iaitu mahu memisahkan Sarawak dari Malaysia manakala PKR dan Anwar mempunyai niat yang sangat jelas iaitu memang mahu menawan negeri Sarawak supaya hasrat dia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.
Jadi sekiranya tiada kerjasama diadakan diantara kedua-duanya iaitu antara PKR dan IRI, maka mungkin mereka berpendapat adalah sangat sukar sekali misi yang telah mereka aturkan sejak sekian lama hendak disempurnakan, oleh itu mahu tidak mahu mereka terpaksa berbuat sesuatu demi semuanya.
Ada satu perkara yang sangat mudah untuk kita meneka kenapa IRI sanggup bekerjasama dengan PKR bagi membantu Anwar Ibrahim demi mencapai kemenangan di Sarawak adalah kerana mereka iaitu IRI menjangkakan bahawa jika Anwar menang dan berjaya menawan Sarawak, dan sudah tentu harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai dan sekiranya semua itu terhasil bermakna rancangan jahat IRI akan lebih mudah untuk diteruskan. Apa dia???
Iya, akan lebih mudah. Mana tidaknya, apabila Anwar telah menjadi Perdana Menteri bererti segala kata putus ada pada dia. Dia nak pinjam wang daripada IMF ke, dari Bank Dunia ke, atau dari mana-mana Institusi kewangan di seluruh dunia semua dia yang akan sign atau tandatangan. Dan apabila tandatangan telah diturunkan, bermakna secara otomatik negara kita telah berhutang. Jadi apabila berhutang tentu ada satu benda yang dicagarkan.
IRI atau International Republican Institute ini memang pandai, namanya sudah kita tahu...pandai menipu. IRI sudah melihat semua ini berdasarkan kepentingan pihak mereka lebih dulu daripada Anwar. Apa yang akan berlaku nanti ialah, Anwar tidak menyedari bahawa beliaulah yang sebenar diperalatkan oleh IRI yang mempunyai muslihat serta impian yang lebih besar terhadap Sarawak dan bukannya Anwar yang memperalatkan IRI.
Dan, sesuatu mala petaka akan terjadi kepada rakyat Sarawak jika terus memberi kerjasama kepada PKR atau Anwar ialah, kita akan dijajah semula malah akan lebih teruk lagi berbanding ketika dijajah oleh Kerajaan British dulu. Mengapa???
...jawapannya tidak sukar sangat, sepertimana yang telah saya katakan tadi, apabila kita ada membuat sesuatu pinjaman terutamanya dalam bentuk wang atau sebagainya, tentu sekali ada barang yang harus kita cagarkan, jadi apabila kita gagal untuk melunaskan pinjaman tersebut maka barang yang kita cagar itulah yang akan menjadi gantinya.
Jadi, relakah kita sebagai rakyat Sarawak melihat negeri kita ini untuk dijadikan sebagai barang pertukaran ??? Atau relakah kita, negeri kita beserta dengan kita-kita sekali akan di jadikan sebagai bahan tebusan kepada kepada sesuatu pinjaman tidak terbayar yang telah dilakukan oleh orang lain???
...Jadi, jika kita semua tidak rela perkara sedemikian akan tertimpa keatas negeri kita, maka lebih baik mulai saat ini...kita sebagai rakyat Sarawak, jauhilah PKR, DAP, PAS... tinggalkan ideologi karut mereka dan terus pertahankan apa yang kita ada pada hari ini dan juga pertahankan Barisan Nasional demi masa depan yang lebih terjamin !!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, September 14, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com