Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mei 29, 2013

Gaji minimum: tiba masanya kerajaan Sarawak bawa balik rakyatnya untuk bekerja di negeri sendiri..

Dengan perlaksanaan gaji minimum yang bakal dinikmati oleh semua pekerja di sektor swasta terutamanya di seluruh negara termasuklah bagi pekerja yang berasal dari Sarawak maka harapan tinggi rakyat Bumi Kenyalang ini kepada kerajaan negeri Sarawak agar mereka diberi jaminan akan mendapat layanan adil dan sama rata daripada pihak majikan dalam soal gaji asas serta elaun sama seperti yang diberikan oleh syarikat swasta kepada pekerja dari kaum tertentu yang menguasai syarikat-syarikat besar di Sarawak.

Di bawah dasar gaji baru itu nanti adalah sangat diharapkan supaya kerajaan Sarawak mulai dari sekarang berusaha untuk membawa balik seramai mungkin rakyatnya yang kini banyak merantau keluar dari negeri ini bekerja di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura serta negara-negara lain agar golongan ini dapat balik untuk berbakti kepada negeri sendiri dengan mengambilalih kerja-kerja di sektor-sektor tertentu yang kini banyak diisi oleh pekerja-pekerja dari negara asing.

Antara tanggungjawab berat kerajaan Sarawak kepada rakyatnya sekarang ialah untuk memastikan setiap daripada mereka mempunyai pekerjaan dengan gaji yang bersesuaian dengan tugas yang diamanahkan dan tidak semata-mata hanya menyediakan berbagai bentuk infrastruktur yang akhirnya tidak dinikmati oleh rakyat Sarawak sendiri melainkan rakyat asing yang bekerja di negeri ini yang lebih banyak mendapat faedah dari segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu.

Arkib Blog