Bebagai dakwaan atau tanggapan oleh segelintir pihak khususnya di Sarawak mahupun di Sabah sejak dulu kononnya begitu banyak sudah hasil-hasil bumi yang bersumber dari kedua-dua negeri ini telah dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk diagih-agihkan kepada setiap negeri yang ada di Semenanjung.
Bagi mereka yang mudah percaya dengan dakyah sedemikian sudah pastilah mereka akan menyokong setiap kenyataan yang dibuat tentangnya oleh pihak-pihak yang memang suka melihat perpaduan rakyat di negara ini terus bergelora, berkocak dan tidak tenang sepanjang masa.
Namun saya yakin bahawa masih ramai rakyat di Sarawak ataupun di Sabah yang percaya dengan dakwaan sedemikian dan rasanya masih ramai juga yang belum mengerti tentang tanggungjawab setiap satu negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia terhadap negara ini.
Daripada 13 negeri yang berada dalam Malaysia setiap satunya mempunyai tanggungjawab yang serupa untuk Malaysia dan dalam beberapa perkara seperti menyumbang hasil keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia, cukai dan sebagainya. Itu antara yang saya fahami, dan saya tidak percaya dengan dakwaan kononnya banyak hasil-makhsul dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur telah dibawa ke Malaysia Barat hingga menyebabkan Sarawak dan juga Sabah hilang banyak hasil bumi untuk rakyatnya.
Mana-mana rakyat kedua-dua negeri Sarawak serta Sabah yang terdidik, yang punya pelajaran atau yang arif tentang perjalanan semasa pentadbiran Malaysia iaitu sejak Persekutuan Malaysia wujud hasil pergabungan antara Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah padab 16 September 1963, boleh kiranya golongan ini mengadakan sessi penerangan kepada rakyat teramai di seluruh pelusuk kedua-dua negeri ini bagi menangkis tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menjayakan agenda politik kotor mereka.
Kerajaan Sarawak perlu memantau setiap siri ceramah Datuk Dr. Jeffery Kitingan di negeri ini agar beliau tidak terus diberi kebebasan tanpa hadnya sehingga dibenarkan pula untuk membangkitkan perkara-perkara yang tidak betul tentang Malaysia di mana akhirnya dikhuatiri akan meracuni pemikiran generasi muda. Rakyat Sarawak tidak boleh menerima dasar perjuangan yang dibawa oleh Dr. Jeffery Kitingan itu yang bukan saja banyak bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada malah perjuangan beliau seringkali dilihat sengaja mahu menimbulkan pertelingkahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak/Sabah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Julai 29, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com