Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 19, 2010

Sekat "Generasi Kacang Lupakan Kulit" membiak, kerajaan Sarawak bertindak betul !

KUCHING 19 November 2010 : Kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan Rumah Seri Kenangan (RSK) yang baru di Sarawak meskipun trend "Si Tanggang Moden" di negeri ini menampakkan peningkatan agak membimbangkan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Kendy Edward berkata tindakan menambah bilangan RSK seolah-olah menggalakkan golongan muda mengabaikan ibubapa apabila mereka mencapai usia tua iaitu 60 tahun dan ke atas.

Menurutnya setiap bulan secara purata pihaknya menerima tiga hingga lima permohonan baru untuk ditempatkan di RSK samada di Kuching mahupun di Sibu.

"Kalau mengikut angka ini, jumlahnya memang tidak ramai tetapi kita(jabatan) melihat ia sesuatu yang membimbangkan kerana ia amat bertentangan dengan budaya kita. Lebih mengejutkan kita sekarang ialah trend menempatkan ibubapa dari kalangan Bumiputera juga menunjukkan peningkatan," --Utusan Borneo.

Anak Merdeka ;
Saya rasa ini mungkin langkah awal yang juga mungkin satu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengelak rakyatnya daripada terbiasa dengan budaya hidup yang sangat tidak sesuai untuk dikembangkan dalam masyarakat negara ini yang terkenal sebagai satu masyarakat yang berbudi pekerti serta bersikap amat penyayang.

Kalau kita berbalik kepada kisah bagaimana bermulanya pengorbanan kedua ibubapa yang tiada ternilai iaitu dari saat kita dilahirkan hingga kita melalui proses demi proses pembesaran sehinggalah ada di antaranya yang sudah berjaya dalam kehidupan dan tidak kurang juga yang mengalami berbagai keperitan dalam hidup, tetapi kedua ibubapa kita ternyata telah berjaya membesarkan kita dengan cara mereka masing-masing biarpun ada diantara mereka mempunyai anak dalam jumlah yang agak ramai namun mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga.

Yang peliknya ialah tentang bagaimana anak-anak yang ada terdapat dalam kalangan mereka ini yang terdiri dari jumlah adik beradik yang ramai misal ada yang seramai 7 orang, 8 orang, 9 orang malahan ada yang mempunyai bilangan adik beradik sehingga 12 orang tetapi adalah menjadi satu perkara yang tidak masuk akal bilamana terdapat dalam keluarga besar seperti itu tidak mampu untuk menjaga hanya kedua ibubapa mereka sedangkan kedua-dua ibubapa pula mampu menjaga serta membesarkan anak-anak sehingga menjadi dewasa.

Saya melihat langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak untuk tidak lagi menambah jumlah rumah-rumah kebajikan seumpama itu sebagai satu tindakan yang amat tepat pada masanya sebab selain untuk mengelak generasi yang akan datang dari terus mengembangkan budaya hidup yang tidak sesuai bagi masyarakat kita ianya juga secara tidak langsung turut mendidik masyarakat negara ini supaya menjadi maju bukan saja dalam kerjaya yang tertentu malah maju sebagai masyarakat yang datang dari keluarga yang sempurna sifatnya.

Malaysia yang akan mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 selain memerlukan tenaga kerja, pakar-pakar yang terlatih dan sebagainya juga tentu sekali sangat memerlukan ciri-ciri masyarakat atau modal insan yang boleh menjayakan segala dasar yang telah digariskan tetapi jika masyarakat kita sendiri terus dibiarkan dengan cara pengurusan untuk sebuah keluarga dengan cara sedemikian adalah bukan sesuatu yang mustahil apabila satu hari kelak ia juga akan menjadi penyumbang kepada kegagalan sesuatu perkara yang telah ditetapkan sebab samada sesuatu itu baik atau tidak semuanya bermula dari rumah dan juga dari cara pengurusan sebuah keluarga yang sempurna.

Arkib Blog