Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Ogos 26, 2011

Pengundi hantu: dakwat untuk PR, biometrik untuk BN ~ habis isu !!!

Dakwat: khusus untuk pengundi yang mengundi Pakatan Haram.

Biometrik: khusus untuk pengundi yang mengundi Barisan Nasional.
Kalau susah sangat nak berdepan dengan ragam atau karenah puak-puak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS berhubung dengan penggunaan sistem biometrik menggantikan cadangan terdahulu menggunakan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh pihak SPR baru-baru ini, apa kata kalau SPR sediakan saja pilihan kepada para pengundi iaitu jika mahu undi Pakatan Haram wajib celupkan jari dengan dakwat dan jika nak undi BN harus buat imbasan jari menggunakan sistem biometrik iaitu selepas selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Mudah saja, mana-mana petugas SPR atau wakil-wakil parti yang bertugas mengendalikan proses pembuangan undi perlulah bertanya kepada setiap pengundi selepas mereka selesai menunaikan tanggungjawab dan tanyakan kepada mereka "kamu tadi undi siapa?" dan jika dia jawab, "undi Pakatan Haram!" maka pengundi berkenaan diwajibkan untuk mencelup jarinya dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan keluar dan begitu juga kepada pengundi yang menjawab "undi BN" maka pengundi tersebut mesti mengimbas jarinya dengan sistem biometrik. Mudah saja kan...

Krisis Lybia: pemimpin berani negara Islam diaibkan oleh Barat tanpa pembelaan!!!

Satu ketika dulu, pemimpin Lybia Muammar Gaddafi bertindak mengoyak buku Piagam PBB ekoran rasa ketidakpuasan hati beliau berkenaan dengan cara pertubuhan badan dunia itu dalam mengendalikan isu berpanjangan antara Palestine dengan Israel.

Terkini, tawaran oleh pihak NATO kepada mana-mana rakyat Lybia serta kepada pemberontak yang berjaya menangkap Muammar Gaddafi hidup-hidup ataupun mati biar hanya mendapatkan kepalanya...akan di beri dengan ganjaran yang sangat lumayan.

Perbuatan yang amat mengaibkan umat Islam di seluruh dunia. Tanpa mampu untuk mempertahankan negara dari dicerobohi oleh kuasa asing, jauh sekali untuk membela pemimpin sendiri malahan hampir separuh daripada rakyat Lybia sanggup diperkudakan oleh negara-negara kuasa NATO apabila turut memberontak menentang pemimpin negara sendiri.


Presiden Iraq yang digulingkan, almarhum Saddam Hussein dituduh oleh Barat memiliki serta menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran sehingga membawa kepada pencerobohan haram tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain ke dalam wilayah Iraq.

Tanpa sebarang bukti yang ditunjukkan, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden George W. Bush tidak menghiraukan teguran pemimpin negara lain tetap mahu memburu Saddam sehinggalah di suatu saat Saddam berjaya di tahan, namun senjata yang didakwa disembunyikan oleh Saddam tidak juga ditemui.
Bagaimanakah perasaan anda tatkala melihat mana-mana pemimpin sesebuah negara yang mana mereka ternyata banyak jasa dan bakti kepada negara serta rakyat yang mereka pimpin sebelumnya namun tiba-tiba sahaja mereka diperlakukan umpama seekor binatang dengan dirantai kaki serta tangan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan boneka di Iraq terhadap Almarhum Saddam Hussein setelah mereka berjaya menangkap dan menahan pemimpin berkaliber itu?

Agaknya mungkin begitu juga nasib yang bakaL ditempuhi oleh pemimpin Lybia Muammar Gaddafi kelak sekiranya tempat persembunyian serta kedudukan terkini beliau berjaya dikesan oleh pemberontak juga anggota perisik NATO. Keadaan seumpama itu memperlihatkan kepada semua betapa perjuangan untuk mempertahan maruah negara serta kedaulatannya dari dicerobohi kuasa asing tidak kurang juga peritnya.

Untuk menafikan segala sumbangan besar pemimpin seperti Almarhum Saddam Hussein, Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi terhadap pembangunan negara masing-masing memang tidak masuk akal juga sebab jika dilihat dari segi pembangunan asasnya di tiga negara berkenaan seperti sistem jalanrayanya, bangunan-bangunan sekolah, hospital, klinik-klinik, pusat membeli belah, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sebagainya kelihatan lengkap di kebanyakan tempat dan setanding dengan yang ada di negara-negara lain.

Oleh itu, saya selalu berpikir...atas alasan apa lagi sebenarnya negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat mahu menjatuhkan pemimpin-pemimpin seperti Muammar Gaddafi ataupun Hosni Mubarak yang telahpun berjaya mereka tumbangkan? Hendak dikatakan yang pemimpin Lybia itu kejam dan zalim mustahil juga, kalau hendak diukur dan disamakan pula dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh Pol Pot, Ariel Sharon, Radovan Karadjick dulu memang jauh sekali.

Yang amat menyedihkan apabila para pemberonak, mereka adalah rakyat Lybia sendiri, sanggup pula memperjudikan masa depan negara sendiri apabila merelakan diri mereka untuk dijadikan sebagai galang ganti oleh pihak NATO serta kuasa Barat dalam menjayakan matlamat sebenar mereka iaitu untuk menguasai sumber minyak yang terdapat di Lybia seandainya Muammar Gaddafi berjaya digulingkan.

Arkib Blog