Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 14, 2010

50 Ahli Parlimen Australia sama seperti ketam !


Tindakan yang paling tidak bertamadun oleh 50 orang Ahli Parlimen dari Australia yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan pembangkang dalam Parti Buruh Australia(ALP) hendak mendesak Kerajaan Malaysia supaya menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang di Parlimen, YB Datuk Seri Anwar merupakan satu perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan prinsip sesebuah negara bekas jajahan British yang kini membentuk sebagai negara-negara dalam Komanwel.

Setiap negara yang berada didalam pertubuhan Komanwel adalah merupakan negara-negara yang telah bebas dan merdeka serta berdaulat. Apabila disebut sebagai negara yang berdaulat maka sesebuah negara itu mempunyai kedaulatannya tersendiri yang berkaitan langsung dengan soal keselamatan, kepimpinan, sistem perundangan, kepentingan didalam kawasan lingkungan pentadbirannya dan lain-lain lagi yang harus dihormati oleh negara-negara lain.

Begitu juga dengan Malaysia. Negara lain tiada hak untuk mencampuri apa jua urusan dalaman negara ini. Australia yang merupakan sebahagian daripada negara-negara yang bernaung didalam pertubuhan Komanwel sepatutnya lebih peka dengan perkara seperti ini apatah lagi apabila mereka sering berpendapat bahawa hanya mereka sajalah yang mempunyai keupayaan tinggi untuk berfikir bagi menentukan agar pihak lain harus mengikut cara mereka.

Namun dalam apa juga keadaan terutamanya yang membabitkan hubungan dua hala antara dua negara, Australia mahu tidak mahu mesti menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak sewenang-wenangnya mencampuri hal-hal lain ataupun hal ehwal dalaman negara Malaysia lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan sistem kehakiman atau perundangan di negara ini.

Ahli Parlimen Australia juga mesti mau ingat yang negara mereka juga sehingga ke hari ini masih lagi bermain tarik tali dengan kerajaan Indonesia dalam isu Balibo Five dimana kerajaan Australia masih bertegas menuduh bahawa Tentera Nasional Indonesia(TNI) bertanggungjawab penuh dalam pembunuhan 5 wartawan Australia di Dili Timor Timur pada tahun 1975 dulu walaupun telah disangkal berkali-kali oleh kerajaan Indonesia.

Oleh itu adalah lebih baik bagi 50 Ahli-ahli Parlimen Australia itu untuk turut sama membantu kerajaan dibawah Perdana Menteri Kevin Rudd menyelesaikan semua saki-baki masalah yang masih menyelubungi hubungan diplomatik Australia dengan negara-negara lain sebelum memandai untuk mengajar Malaysia didalam menguruskan segala hal ehwal dalaman negara ini. Australia tidak usahlah berlagak umpama "ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring sepanjang masa."

Mana dia KeADILan Pakatan Pembangkang untuk Mohd Bakri ?

Hari ini hari Ahad 14hb February 2010 bagi saya tiada apa keistimewaannya jika dibandingkan dengan hari-hari biasa yang lain. Mungkin bagi sesetengah pihak pula hari ini membawa berjuta-juta makna yang tersendiri namun bagi sesetengah pihak yang lain pula ianya seolah-olah cuba untuk menunjukkan kemewahan serta kesenangan hidup pihak tertentu dan di masa yang sama pula tanpa disedari telah memperlihatkan kesukaran serta kesengsaraan dipihak yang lain yang sama hidup sebagai warga Malaysia.

Ini adalah satu hakikat dan ini juga adalah satu perbandingan yang tidak boleh dinafikan. Jika ada pihak yang lain tahu erti bersyukur dapat hidup aman dan damai dalam negara ini maka tiada sebab untuk pihak yang satu lagi untuk bersikap disebaliknya dengan tanpa henti-henti mempertikaikan hak-hak pihak yang lain di negara ini sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Jika semua kaum yang terdapat didalam negara ini mampu untuk membuang jauh-jauh prasangka buruk yang tertanam dilubuk jiwa masing-masing, adalah memang tidak mustahil bagi saya apabila semangat tolenransi diamalkan dalam masyarakat majmuk pasti berjaya melahirkan generasi yang bertanggungjawab serta mewujudkan perpaduan kaum yang sejati di Malaysia.

Berkenaan dengan kes ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim yang memandu ketika dibawah pengaruh alkohol atau berada didalam keadaan yang mabuk lalu melanggar seorang pelajar berusia 23 tahun iaitu adik Mohd Bakri bin Mohd Bazli serta menyebabkan mangsa telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kini difahamkan masih tidak sedarkan diri dan diletakkan dalam wad Unit Rawatan Rapi(ICU) di Hospital tersebut, maka timbul banyak persoalan dalam diri saya berkaitan dengan kejadian itu.

Jika untuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Pakatan Pembangkang(DAP,PKR,PAS) sanggup berbuat apa saja demi untuk menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga TBH disamping turut bersama-sama berjuang bagi mendapatkan keadilan berkonsepkan "sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja" untuk keluarga mendiang TBH tetapi bagaimana pula dengan keadilan untuk keluarga mangsa langgar mabuk YB Ng Suee Lim itu ?

Semasa isu kematian mendiang TBH hangat diperkatakan dan juga masa upacara sembahyang jenazah mendiang TBH diadakan, kita jelas melihat bagaimana Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Syamsul Iskandar, Salahuddin Ayub sanggup mengangguk-anggukkan kepala bersama dengan Chua Jui Meng, Francis Xavier dan yang lainnya disaat upacara itu sedang berlangsung. Dan semua itu sebagai menandakan rasa simpati yang teramat sangat mereka kepada nasib mendiang serta keluarga mendiang yang masih hidup.

Jadi bagaimana pula dengan nasib adik Mohd Bakri ? Bagaimana pihak Pakatan Pembangkang memperlihatkan kepada rakyat keseluruhannya akan pendirian sebenar mereka dalam isu ini dimana sebelum ini merekalah yang begitu lantang sekali bersuara mengakui bahawa merekalah juara dalam memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas serta merekalah juga menjuarai perjuangan untuk keadilan dan hak asasi manusia di negara ini ?

Kejadian tersebut melibatkan secara langsung pemimpin Pakatan Rakyat dan mereka tiada alasan lagi untuk berdalih bagi melepaskan diri dari disabit dengan kes tersebut. Cuma yang saya mahu tunggu ialah bilakah agaknya Pakatan Pembangkang akan memohon kepada kerajaan untuk ditubuhkan satu lagi Suruhan Jaya Bebas bagi menyiasat kes kemalangan itu ?

Jika mereka belum terfikir untuk menggesa kerajaan supaya diadakan sidang khas peringkat Parlimen bagi membincangkan kes kemalangan itu adakah mungkin Pakatan Pembangkang akan melakukannya pada persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung dalam bulan Mac depan ?

Rakyat mau tahu, samada kes kemalangan yang menimpa adik Mohd Bakri itu benar-benar kemalangan biasa ataupun satu kemalangan yang berbentuk ke arah permulaan iaitu "konspirasi jahat" Pakatan Pembangkang menerusi agenda licik mereka untuk menindas hak pihak mangsa serta terus untuk memertabatkan hak pihak yang satu lagi ?

Arkib Blog